JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (FASA 2)

Jawatankuasa Peningkatan UPSR bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan aktiviti Ceramah Teknik Menjawab UPSR:

Tarikh : 30hb Julai 2011 dan 31hb Julai 2011
Masa : 7.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SKTPP2
Sasaran : Semua murid tahun 6 SKTPP2

Diharapkan selepas menghadiri program teknik menjawab ini murid-murid tahun 6 lebih berkeyakinan untuk menghadapi UPSR 2011
Share:

Bengkel Meningkatkan Kemahiran Catur

Catur merupakan sejenis permainan yang mencabar dan boleh menjana minda murid-murid di Sekolah KebangsaanTaman Putra Perdana 2.  Selain menggalakkan murid-murid untuk aktif bermain catur, ia juga dapat membentuk disiplin mereka. Walaupun terdapat segelintir murid-murid yang berkebolehan bermain catur,namun mereka masih memerlukan khidmat nasihat bagi memantapkan lagi kemahiran mereka. Dengan ini, Kelab Catur SKTPP2 telah mengadakan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Catur seperti di bawah:

Tarikh           : 30 Julai 2011
Masa            : 8.30 pagi - 10.30pagi
Tempat         : SK Taman Putra Perdana 2
Penceramah: En. Idris bin Jamal





Share:

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2011




Sepanjang bulan Ramadhan ini Panitia Agama Islam telah merancang beberapa aktiviti bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Majlis pelancaran program Ihya Ramadhan ini akan diadakan pada 1 Ogos 2011.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

  1. Tadarus Al-Quran
  2. Tabung Amal Jariah
  3. Memohon sumbangan untuk anak yatim dan miskin
  4. Buletin Ramadhan
  5. Bacaan Yasin setiap hari Jumaat
  6. Tazkirah pada setiap hari semasa perhimpunan pagi dan petang
  7. Mengalunkan bacaan-bacaan zikir, nasyid dan ayat-ayat Al-Quran pada setiap pagi
  8. Majlis Khatam Al-Quran pada 26 Ogos 2011
Kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru SKTPP2 dan sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas berupa zakat atau hadiah kepada anak-anak yatim dan miskin boleh menghubungi Ustazah Rahayu bt Ghani pada atau sebelum 26 Ogos 2011.

Majlis penyerahan sumbangan ini akan diadakan serentak dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Terima kasih dan diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SKTPP2 dan seluruh umat Islam.





Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts