JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012_RM 100.00


Assalamualaikum,


Kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati.

Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat wang bantuan khas persekolahan dari kerajaan yang belum dituntut oleh ibu bapa/penjaga murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa/penjaga dapat menuntut dari pihak sekolah dengan kadar segera sebelum tutup pada 15.12.2011... untuk tujuan pengurusan akaun sekolah. Tuan/puan ibu bapa/penjaga yang masih belum berkesempatan untuk menuntut bantuan, boleh berbuat demikian mulai 1.1.2012 hingga 25.3.2012 di pejabat sekolah.

Sila bawa bersama
a) Surat Beranak/Sijil Lahir anak
b) Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga yang menuntut


Kerjasama tuan/puan ibu bapa/penjaga amat kami alu-alukan dan kami dahului dengan ucapan ribuan  terima kasih.

Md Zohri bin Saluki
SK Taman Putra Perdana 2,
Puchong Selangor.

Share:

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2012

Hari Orientasi Tahun 1 2012 akan diadakan pada:
Tarikh : 27 Disember 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Kehadiran : Semua murid tahun 1 dan ibu bapa murid-murid tahun 1


Perkara penting:
1. Murid-murid diminta memakai pakaian uniform sekolah dan membawa alat tulis masing-
masing.

2. Atur cara:
* Berkumpul di tapak perhimpunan
* Taklimat ibu bapa
* Ujian diagnostik
* Sesi lawatan oleh murid-murid tahun 1
* Agihan kelas 2012
* Pemberian buku teks tahun 1 2012

Di harap semua ibu bapa yang terlibat dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk melancarkan majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.
Share:

SELAMAT BERCUTI

Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bercuti" kepada semua warga pendidik dan murid-murid SKTPP 2. Untuk makluman tuan / puan, sesi persekolahan 2012 akan bermula pada 04 Januari 2012.
Penuhi masa cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah dan jaga keselamatan diri.
Share:

KEPUTUSAN UPSR 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011

5A - 14 ORANG
4A 1B - 14 ORANG
LULUS - 76.10%
GPS - 2.18

PERATUS SETIAP MATA PELAJARAN

PEMAHAMAN 96.2 %
PENULISAN 89.3 %
BAHASA INGGERIS 84.3 %
MATEMATIK 84.9 %
SAINS 93.1 %




NAMA-NAMA MURID YANG MENDAPAT 5A IALAH :
1. Ahmad Afiq bin Mohammed Aman Ullah
2. Alya Sabrina binti Nazri
3. Previna a/p Ganeson
4. Ahmad Zaki Amrie bin Shamsul Kamal
5. Muhammad Ariff bin Zulkiflee
6. Muhammad Danial bin Mohd Sukri
7. Nor Tasha Nadira binti Nor Azamen
8. Norfarisha Hidayu binti Fadzly
9. Nurfatihah binti Mohd Shaffee
10.Siti Aishah binti Mohd Sallehuddin
11.Yasir Azeem bin Yasir Arafat Ali
12.Muhammad Aiman Harith bin Hairan
13.Nurul Inshirah binti Shahruddin
14.Amirul Aimam bin Omar Saifuddin

Syabas diucapkan ! Kepada murid-murid lain yang tidak mendapat 5A jangan berputus asa dan belum gagal lagi kerana perjalanan hidup anda masih jauh.
Share:

MAKLUMAN PENTING UNTUK PERSEDIAAN 2012

1. OPERASI KEDAI BUKU
Sepanjang cuti sekolah, kedai buku akan dibuka mulai 12 Disember 2012(termasuk
Sabtu dan Ahad) dari 8.00 pagi hingga 2.00
petang
. Senarai pembelian buku dan alatan boleh didapati di kedai buku.

2. PEMBERIAN BUKU TEKS 2012
Pihak sekolah telah mengedarkan buku teks 2012 kepada semua murid tahun 2, 3, 4
dan 5 sesi 2011. Manakala bagi murid-murid tahun 2 (2012) buku teks akan
diagihkan pada 28, 29 , 30 Disember 2011
bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
di bilik SPBT.

Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikan buku-buku teks sentiasa
berada dalam keadaan baik dan dibalut.
Share:

KEPUTUSAN UPSR 2011


Warga SKTPP2 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dalam UPSR 2011, guru tahun 6 dan semua guru yang telah mencurahkan keringat dan usaha untuk membimbing murid-murid menempa kejayaan. Tahniah juga kepada semua ibubapa atas usaha dan kerjasama dalam aktiviti kecemerlangan dan meningkatkan prestasi sekolah, tidak lupa juga kepada PIBG atas sumbangan menaja beberapa aktiviti murid ke arah kecemerlangan. Semoga di tahun hadapan kita akan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang. Sekali lagi diucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru, murid, ibubapa, PIBG dan individu yang telah menyumbang kearah kejayaan ini.
Share:

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa semua murid - murid akan menerima bantuan khas awal persekolahan Tahun 2012 sebanyak RM100. Bantuan akan diserahkan kepada ibubapa/penjaga murid:

Tahun           : 2, 3 dan 4
Hari              : Rabu
Tarikh/Masa : 16.11.2011 (2.00 petang - 5.00 petang)
Tempat         : Kelas Masing - masing

Tahun           : 1,5 dan 6
Hari              : Khamis
Tarikh/Masa : 17.11.2011 ( 11.30 pagi - 2.30 petang)
Tempat         : Kelas Masing - Masing

* Tahun 1 (sesi 2012) - Pengagihan bantuan akan dibayar mulai Februari 2012.

Pihak sekolah berharap semua ibubapa/ penjaga dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan seperti di atas bagi melancarkan proses pengagihan bantuan dan sila bawa salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga dan salinan surat beranak anak.
Share:

LAPORAN SAMBUTAN HARI KANAK_KANAK




SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 4 NOVEMBER 2011(JUMAAT)

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKTPP2

MASA : 7.30PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

Tahniah kepada semua yang terlibat kerana telah menjayakan program ini.

Dengan kerjasama yang baik segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya, insyaalah.



Share:

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6 KE TAIPING

Pada 12-13 Oktober yang lalu, AJK Kecemerlangan Tahun 6 telah menganjurkan lawatan ke Taiping, Perak. Antara tempat menarik yang telah dilawati ialah Bukit Merah Laketown Resort, Night Safari dan Gua Tempurung. seramai 40 orang murid Tahun 6 telah mengikuti lawatan ini.

Share:

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1







Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan kem bestari solat bagi murid-murid tahun 1 pada 22 oktober 2011 yang lalu. Murid-murid telah didedahkan dengan ilmu berkaitan solat dan wudhuk yang betul mengikut syariat Islam. Kem ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang dapat menghadirkan diri dan jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bekerjasama menjayakan kem ini.
Share:

KEMERIAHAN HARI KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2

Pada 9 Oktober 2011 yang lalu, telah berlangsungnya Hari Karnival Keusahawanan buat julung kalinya. Pada hari tersebut, ramai pengunjung yang telah hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini.

Dikesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru-guru, staf sokongan, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Tanpa sokongan padu daripada anda semua, sudah pasti sukar untuk pihak sekolah menjayakan karnival ini.

Mudahan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara guru-guru dengan ibu bapa dan murid-murid.
 
Di antara gambar-gambar di sepanjang karnival :


 
  




















Share:

Penyampaian sijil-sijil



Hari ini dijalankan penyampaian sijil-sijil kepada para pengawas sekolah, pengawas SPBT, pengawas PSS dan kehadiran penuh. Di harap murid-murid dapat menyimpan semua sijil tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan.
Share:

HARI KANAK-KANAK, HARI JALINAN MESRA DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2011 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Hari Kanak-kanak, Hari Jalinan Mesra dan Hari Anugerah Cemerlang seperti ketetapan berikut:-


3.         Semoga kehadiran Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis-majlis tersebut dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan prestasi pembelajaran anak Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti peristiwa pada 08 November 2011 (Selasa) sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semua murid akan bersekolah semula seperti biasa pada 09 November 2011 (Rabu).

3. Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua murid-murid yang beragama Islam.

Sekian, untuk makluman Ibu Bapa/ Penjaga murid.

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts