JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS KHATAM AL - QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah akan menganjurkan Majlis Khatam Al - Quran dan Sumbangan Ramadhan peringkat sekolah pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Ogos 2012
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Dalam majlis itu nanti, akan diberikan sumbangan Ramadhan kepada murid - murid yatim, murid miskin, murid Orang Asli (beragama Islam) serta murid muallaf. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengalu - alukan sumbangan ikhlas yang berupa wang tunai, wang zakat atau hadiah dari tuan/puan kepada murid berkenaan. Sebarang sumbangan boleh diserahkan kepada Guru Kelas anak tuan/puan atau kepada Ustazah Rozlina bt Mustafa (Ketua Panitia Pendidikan Islam) sebelum atau pada 15 Ogos 2012.

Kerjasama dan keperihatian tuan/puan kami hargai dan jutaan terima kasih diucapkan.
Share:

PENGESAHAN PENDAFTARAN TAHUN 1 2013

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Ibu bapa atau penjaga diminta membuat pengesahan.  Surat penempatan sedang diedarkan melalui pos.
Sekiranya tidak mendapat surat penempatan tuan / puan juga dikehendaki datang membuat pengesahan.
Ketetapannya seperti di bawah:

         
         Tarikh     : 1 Ogos 2012 hingga 30 ogos 2012 (Hari bekerja sahaja)
         Tempat  :  Pejabat SK Taman Putra Perdana 2
         Masa     :  8.00 pagi hingga 4.00 petang (Sepanjang Bulan Ramadhan)
                           8.00 pagi hingga 5.00 petang (Waktu pejabat biasa)

Terima kasih.

Share:

JADUAL UJIAN PKBS 2 TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Ujian PKBS 2 Tahun 2012 bagi murid tahun 3, 4, 5 dan 6 akan diadakan seperti dalam jadual di bawah. Kerjasama semua ibu bapa/ penjaga amat diharapkan untuk memastikan anak Tuan/Puan membawa kelengkapan alat tulis dan pensil 2B sepanjang peperiksaan dijalankan. Ingin dimaklumkan pensil 2B adalah wajib digunakan untuk menjawab di atas borang OMR.

Add caption



Share:

PELAKSANAAN 'CAMBRIDGE PLACEMENT TEST' (CPT)

Pihak sekolah telah dikehendaki melaksanakan 'Cambridge Placement Test' selama 30 minit di sekolah masing - masing mulai 16 - 20 Julai 2012. SK Taman Putra Perdana 2 telah melaksanakan CPT pada 17 dan 18 Julai 2012 bertempat di Makmal Komputer SKTPP 2 . Pelaksanaan dibuat secara berperingkat untuk mengatasi masalah capaian internet yang agak kurang memuaskan.



Share:

PROGRAM PENDIDIKAN SMART ADVENTURE OLEH PADDLE POP


Pada 13 Julai 2012, satu Program Pendidikan Smart Adventure oleh Paddle Pop telah diadakan di dataran terbuka SK Taman Putra Perdana 2. Program ini melibatkan murid tahun 4 dan 5. Program dijalankan selama 1 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.


Program ini dikendalikan oleh wakil daripada Paddle Pop yang memperkenalkan diri sebagai "Kak Fifi". 


Murid - murid seronok dengan program yang dijalankan. Pendekatan yang menggunakan lakonan untuk menyampaikan maklumat menarik perhatian murid - murid. 


Antara lakonan yang membuat murid - murid tidak berganjak dari tempat duduk.


Kehadiran " Liona " dalam program tersebut membuatkan murid - murid gembira.


Murid yang terpilih untuk merasai sendiri pengalaman bermain " Adventure Game"

Di akhir program, murid - murid diberi aiskrim Paddle Pop.
Share:

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE - 3

Kejohanan Olahraga Kali ke - 3 telah berlangsung pada 1 Julai 2012 bertempat di Padang SK Taman Putra Perdana 2. Kejohanan ini telah di rasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sepang iaitu En. Mohd Halim Bin Sahri, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Ko -akademik PPD Sepang.

Keputusan Kejohanan Olahraga Kali Ke - 3

Johan disandang oleh rumah BIRU
Naib Johan disandang oleh rumah KUNING

Johan perbarisan rumah sukan disandang oleh Rumah HIJAU
Naib Johan perbarisan rumah sukan disandang oleh Rumah BIRU

Johan perbarisan unit beruniform disandang oleh BSM
Naib Johan perbarisan unit beruniform disandang oleh Tunas Puteri

Aturcara Kejohanan

7.30 pagi :· Ketibaan para jemputan, guru-guru, murid-murid dan ibu bapa.

8.00 pagi :· Perbarisan lintas hormat.
                 · Nyanyian lagu Negaraku.
                 · Bacaan doa
                 · Ikrar Kejohanan.

8.30 pagi :· Ucapan Aluan oleh Encik Md. Zohri b. Saluki, Guru Besar SK Tmn Putra Perdana 2.
                 · Ucapan Perasmian Kejohanan Olahraga oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mat Jah        
                    Bin Roslan,  Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang.

9.00 pagi :· Acara Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1

10.00 pagi :· Penyampaian Hadiah.

10.30 pagi :· Acara Balapan

11.15 pagi :Penyampaian Hadiah.

11.45 pagi  :Acara Balapan
                  · Acara Ibu bapa/guru

12.45 tgh : Penyampaian Hadiah

1.15 petang :· Acara Tarik Tali
                     · Penyampaian Hadiah.

2.00 petang :Bersurai.





Kontigen Rumah Biru




Kontigen Rumah Hijau

Kontigen Rumah Kuning

Kontigen Rumah Merah

Kontigen BSM

Kontigen TKRS


Kontigen Tunas Puteri
Kontigen Pengakap

Kontigen Puteri Islam

Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Halim Bin Sahri, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Ko -akademik PPD Sepang.

Acara Sukaneka Prasekolah
Gerai Jualan dibuka kepada pihak luar untuk memeriahkan Kejohanan Olahraga Kali ke - 3

Penyampaian hadiah kepada pemenang




Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts