JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR


Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2, 2012

Tarikh         :  30 Oktober 2012 ( Selasa )
Masa          :  8.00 – 11.00 pagi
Tempat      :  Tahun 1 & 2 - (Dewan Terbuka)
   Tahun 3B, 3D & 3I – Bilik Kemahiran Hidup
   Tahun 3M, 3N & 3Z – Kelas 2 Zamrud
   Bilik darjah masing-masing (Thn 4 & Thn 5)

Perjalanan Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2, 2012 telah menunjukkan keperihatinan ibu bapa serta guru-guru SKTPP 2.
Kehadiran ibu bapa pada hari ini adalah seawal jam 7 pagi. Kehadiran mereka pada hari ini menunjukkan kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa serta penjaga. Mereka sabar dan setia menunggu lama untuk berjumpa guru kelas anak-anak mereka bagi sesi bertemu pelanggan untuk kali ke-2 ini. Tiada percanggahan pendapat berlaku walaupun terdapat sedikit sebanyak kritikan yang diberikan tentang anak-anak mereka. Ibu bapa sangat bersikap terbuka kerana mereka sedar bahawa tujuan guru adalah mulia untuk mendidik anak mereka menjadi manusia berguna kelak. Insyaallah …











Secara keseluruhannya, Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2 ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Warga SKTPP2 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh guru-guru, kakitangan serta Ibu bapa dan penjaga SKTPP2 dalam menjayakan Hari Jalinan Mesra SKTPP2 pada kali ini.
TERIMA KASIH...
Share:

HARI JALINAN MESRA KALI KE-2 2012

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Hari Jalinan Mesra seperti ketetapan berikut: Tarikh    :  30 Oktober 2012 ( Selasa )
Masa     :  8.00 – 11.00 pagi
Tempa t :  Tahun 1 & 2 - (Dewan Terbuka)
                Tahun 3B, 3 D & 3 I – Bilik Kemahiran Hidup
                Tahun 3 M, 3 N & 3 Z – Kelas 2 Zamrud
                Bilik darjah masing-masing (Tahun 4 dan Tahun 5)



Share:

Aktiviti Gotong-Royong PIBG bersama SKTPP2

Aktiviti Gotong-Royong PIBG dan sekolah telah diadakan pada 29 Oktober (Sabtu) yang lalu.
Kehadiran ibu bapa, guru dan murid-murid sangat membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut.  Selain membuat Taman Herba, banyak aktiviti lain seperti menanam pokok-pokok yang disumbang oleh para ibu bapa dan pihak luar.  Beberapa orang guru pula membantu mengurus Bilik PBS dan bilik j-QAF.
Diharap aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lebih kerap lagi bagi merapatkan silaturrahim di antara ibu bapa dengan warga sekolah dan seterusnya mewujudkan suasana yang selesa, aman dan ceria.










Pihak PIBG dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan pihak luar bagi menjayakan aktiviti gotong-royong.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts