JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

GURU SKTPP2 NAIK PANGKAT

MAKLUMAN :

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru bimbingan dan kaunseling sesi petang, Puan Zulastri bt Mohd Zahidi atas kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum (Gred DGA 32 Hakiki) di SK Desa Putra mulai 1 Mac 2014. Selamat menjalankan tugas di tempat baharu. Jasamu tetap dikenang.
PUAN ZULASTRI
Share:

Perhatian kepada semua murid dan ibu bapa Tahun 6,

Sukacita dimaklumkan Teknik Menjawab UPSR untuk murid-murid Tahun 6 akan diadakan seperti di bawah :

20/3/2014 (Khamis) Kertas Matematik 2.00 hingga 4.00 petang.

31/3/2014 (Isnin) Kertas Sains 8.30 hingga 10.30 pagi


Sekian, terima kasih.

Share:

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA ATLET-ATLET HOKI DAN OLAHRAGA SKTPP2

      Pada 1 hingga 3 Mac 2014 yang lalu, seramai 7 orang atlet hoki perempuan SKTPP2 telah menyertai Kejohanan Terbuka Piala Diraja Klang yang telah diadakan di Stadium Hoki Panda Maran Klang.Pasukan Hoki SKTPP2 telah mendapat tempat kedua di dalam kejohanan tersebut.Selain itu, lebih membanggakan lagi, seorang atlet hoki sekolah telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik perempuan keseluruhan bawah 12 tahun.Tahniah diucapkan...

Jeslena Ezlin binti Amar Fahmi Pereira dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Perempuan Keseluruhan Bawah 12 Tahun




Pemain-pemain Hoki SKTPP2 


Pada 25- 28/2/2014 yang lalu, atlet-atlet olahraga SKTPP2 telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Sepang yang telah diadakan di Stadium Mini Sepang Bandar Baru Salak Tinggi.Pelbagai acara telah disertai oleh atlet-atlet sekolah dan telah membawa banyak kejayaan.Dengan kejayaan itu, SKTPP2 telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam kejohanan tersebut.Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengharumkan nama SKTPP2.



Barisan Atlet-atlet Olahraga SKTPP2





Share:

PENANGGUHAN ACARA MERENTAS DESA KALI KE-5 2014

Adalah dimaklumkan bahawa acara Merentas Desa kali ke-5 SK Taman Putra Perdana 2 pada 15 Mac 2014 , Sabtu adalah DITANGGUHKAN pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ini berikutan  masalah jerebu yang semakin teruk. Harap Maklum.

Sekian, terima kasih.
Share:

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT KALI PERTAMA 2014

Pada 6 Mac 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Kali Pertama 2014. Majlis tersebut diadakan untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Majlis bermula pada jam 7.00 malam dan berakhir pada jam 10 00 malam.



Pendaftaran ibu bapa/ penjaga dan murid-murid.

Persediaan solat hajat

Bersedia untuk solat hajat

Jamuan

Share:

PROGRAM TEMU MURNI GURU-GURU TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 6 KALI PERTAMA 2014

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,

PROGRAM TEMU MURNI GURU-GURU TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 6
KALI PERTAMA 2014

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa perjumpaan bersama semua ibu bapa/ penjaga murid tahun 6 dan guru-guru tahun 6/2014 akan diadakan pada 21 Mac 2014 (Jumaat) iaitu pada pukul  10.50 pagi hingga 12.20 tengah hari bertempat di Dewan Terbuka. Program Temu Murni ini diadakan untuk:

            2.1)      Konsultasi dua hala antara ibu bapa dan guru berdasarkan pencapaian murid.
            2.2)      Bersama-sama menyelesaikan masalah dan disiplin anak anda dalam konteks
                        pembelajaran.
3.         Sesi pembelajaran dan pengajaran akan berjalan seperti biasa sebelum majlis bermula. Semua murid juga telah diminta untuk membawa buku latihan subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains). Ibu bapa/ penjaga  yang hadir akan dibenarkan membawa pulang anak di bawah jagaan masing-masing setelah selesai konsultasi.

Sekian, untuk makluman.
Share:

Merentas Desa Kali-5 2014

Tarikh: 15 Mac 2014
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Sekitar kawasan perumahan Taman Putra Perdana
Share:

MINUMAN MILO PERCUMA



Minuman MILO akan diberi secara percuma  kepada murid-murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) dan murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) pada hari ini 03/03/2014 (Isnin).

Terima kasih MILO.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts