JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

JOHAN BERGANDA KEJOHANAN HOKI MSSD SEPANG BAWAH 11 TAHUN 2014.

Pada 23.09.2014 yang lalu, bertempat di Stadium Hoki  UPM, Serdang telah diadakan kejohanan hoki MSSD Sepang bawah 11 tahun.  SKTPP2 menghantar pasukan lelaki dan perempuan. Walaupun tak banyak sekolah yang mengambil bahagian , kita telah berlatih dan bersedia.  Pasukan sekolah telah menjadi JOHAN kategori lelaki dan perempuan. Tahniah diucapkan.  Terima kasih kepada Cikgu  Mustaqeem dan kumpulannya. Majulah sukan untuk negara.
Share:

KEMESRAAN PIBG DAN GURU-GURU SKTPP2 TERJALIN ERAT.

Pada hari Sabtu 27.09.2014 di IOI MALL telah berlangsung pertandingan boling antara  AJK  PIBG  dan Guruguru  SKTPP2. Perlawanan ini sungguh meriah. .Ahli keluarga guru dan AJK PIBG turut sama memeriahkan. Perlawanan dimenangi oleh Pasukan PIBG. Pelbagai hadiah disediakan termasuk juara longkang. Hebat  memang hebat.  Semoga jalinan kemesraan antara  guru guru  dan ibu bapa pelajar sekolah ini akan menzahirkan kecemerlangan anak anak  di SKTPP2. I
Share:

KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 11 TAHUN MSSD SEPANG 2014.

Pada 24.09.2014 yang lalu pasukan bola baling sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Baling  peringkat MSSD  Sepang  bawah  11 tahun. Sekolah kita berjaya mendapat tempat KEDUA  untuk pasukan perempuan. Tahniah  diucapka. Terima kasih kepada Cikgu Syahida Ahmad  dan pasukan jurulatihnya yang membimbing pasukan tersebut.
Share:

KEJOHANAN BOLASEPAK BAWAH 11 TAHUN MSSD SEPANG

Pada 23.9.2014 yang lalu telah berlansung Kejohanan Bolasepak bawah 11 tahun MSSD Sepang. Bertempat di padang SK  Methodist Sg Pelek, sekolah kita telah menyertai kejohanan tersebut.  Tahniah, kita  mendapat tempat KETIGA. Terima kasih kepada cikgu cikgu yang telah melatih. 
Share:

KECEMERLANGAN SUKAN HOKI SEKOLAH. KITA JUGA HEBAT.

Pada 17.9.14  hingga  19.9.2014 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Hoki MSSM di Pulau Pinang.Seorang pelajar sekolah kita telah terpilih untuk mewakili pasukan negeri Selangor. Mara ke Perlawanan akhir dan  kurang bernasib baik kalah  0-1  kepada Pasukan Wilayah Persekutuan.
Share:

Ulangan UPSR, murid beberapa kelas direhatkan

UPSR ulangan kertas Sains dan Bahasa Inggeris akan diadakan pada 30.9.2014
Pihak sekolah akan merehatkan murid murid mengikut kelas tertentu kerana ingin menyusun semula kerusi meja untuk peperiksaan tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan puan  amat dihargai
Share:

SKTPP2 ANTARA SEKOLAH YANG SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI SELANGOR?

Bertempat di MYDIN MALL, Subang Jaya,13.9.2014 Sabtu, satu pelancaran memasuki sekolah swasta telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Bermula seawal pagi hingga jam 4.00 petang. Juara Kindergym peringkat Kebangsaan 2013  iaitu murid murid SKTPP2 dijemput untuk membuat persembahan.  Terima kasih kepada guru guru yang terlibat
Share:

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014


Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.

Dengan perkembangan terbaharu ini, LP akan membuat siasatan atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. Ini adalah bagi memastikan kepercayaan umum terhadap kesahan dan kebolehpercayaan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tidak terjejas.  LP akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung peperiksaan UPSR 2014, sila layari portal Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp


Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

11 September 2014
Share:

PANDUAN PERMOHONAN SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA


PENGENALAN SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Hasrat untuk menubuhkan Sekolah Sukan di Malaysia telah mula diuar-uarkan pada akhir tahun 80an. Pada 20 Januari 1988, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Sukan Negara, satu dokumen komprehensif ke arah kemajuan, perkembangan dan pembangunan sukan negara. Dengan penggubalan Dasar Sukan Negara ini menjadi hasrat dan aspirasi negara untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, berdisiplin serta produktif dan dalam masa yang sama melahirkan satu generasi ahli sukan yang berwibawa untuk mengharumkan serta mempertingkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Kementerian Pelajaran pula telah memberi penekanan yang baru terhadap peranan sukan dan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek. Menyedari betapa pentingnya peranan sukan dalam memupuk perpaduan nasional dan keperluan melahirkan ahli-ahli sukan berkaliber tinggi maka dalam Rancangan Malaysia Ke-5 ( 1991 – 1995 ) perancangan penubuhan Sekolah Sukan telah diluluskan. Sekolah Sukan ini mirip kepada Sekolah Berasrama Penuh dengan memberi tumpuan kepada konsep berikut :
  1. Pembangunan atlet murid bertaraf dunia.
  2. Penggunaan tenaga jurulatih profesional
  3. Pengkhususan Sains Sukan merentasi kurikulum
  4. Penekanan sukan sebagai kerjaya.
Pada tahun 1996 Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang pertama dinamakan Sekolah Sukan Bukit Jalil bertempat di dalam Kompleks Sukan Negara. Kejayaaan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ ) menyediakan atlet-atlet untuk Sukan Komanwel telah membawa kepada pembinaan Sekolah Sukan Malaysia yang kedua iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar ( SSBP ) di Kota Tinggi Johor pada tahun 1998.
Seterusnya di dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan peluang dan kesamarataan dalam bidang sukan kepada murid-murid yang berpotensi dalam bidang sukan, kerajaan akan membina tiga buah lagi Sekolah Sukan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu di Pahang, Sabah dan Perlis.

DEFINISI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.

CARA KEMASUKAN

  1. Pelajar Sekolah Rendah ( Tahun 5 dan tahun 6 )

    Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.Pengambilan atlet murid sekolah rendah ke SSM adalah berdasarkan keperluan sukan teras negara.
     
  2. Pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 – 5 )

    Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan kekosongan dan keperluan sukan semasa.
    Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C di peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.
     
  3. Program Prauniversiti

    Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa terdekat. Cara memohon adalah secara online di laman web KPM. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut :
     

SYARAT-SYARAT AM :-

  • Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.

SYARAT-SYARAT KHAS :

  1. ALIRAN SAINS
    1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
    2. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
      1. Biologi
      2. Fizik
      3. Kimia
      4. Matematik Tambahan
      5. Teknologi Maklumat
      6. Perdagangan
      7. Ekonomi Asas
      8. Prinsip Akaun
      9. Bahasa Inggeris
      10. Lukisan Kejuruteraan
      11. Rekacipta
      12. Teknologi Kejurutera
  2. ALIRAN SASTERA IKHTISAS
    1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
    2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
      1. Perdagangan
      2. Ekonomi Asas
      3. Prinsip Akaun
      4. Bahasa Inggeris
      5. Lukisan Kejuruteraan
      6. Rekacipta
      7. Teknologi Kejuruteraan
      8. Sains Tambahan
      9. Teknologi Maklumat
      10. Biologi
      11. Fizik
      12. Kimia
      13. Sains Sukan

JUMLAH SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Sekarang ini SSM ada 2 sahaja iaitu :
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-90587335
Faks : 03-90587153
Kod Sekolah : WEA 0230
2. Sekolah Sukan Bandar Penawar
81900 Kota Tinggi
Johor
Tel : 07-8223027
Faks : 07-8223028
Kod Sekolah : JEA 3015

JENIS SUKAN DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

BIL.JENIS SUKANSSBJSSBP
1Badminton 
2Bola Jaring
3Bola Sepak
4Bola Tampar Lelaki
5Bola Tampar Perempuan
6Gimnastik Artistic
7Gimrama 
8Golf
9Hoki Lelaki
10Hoki Perempuan
11Judo 
12Karate 
13Kriket 
14Lawan Pedang
15Lumba Basikal
16Memanah
17Menembak 
18Olahraga
19Ragbi 
20Renang
21Renang Berirama 
BIL.JENIS SUKANSSBJSSBP
22Sepak Takraw 
23Squasy
24Tenis
25Tenpin Boling
26Teriun 
27Wushu 

Share:

PANDUAN PERMOHONAN KE SEKOLAH SENI MALAYSIA

SEKOLAH SENI MALAYSIA

LATAR BELAKANG
Peranan seni dalam mewujudkan masyarakat dan negara yang bertaraf tinggi atau bertamadun telah diakui dan diiktiraf oleh negara. Seni merupakan manifestasi tamadun kehidupan sesebuah negara. Teater, Seni Tari, Muzik, Seni Halus, Sinematografi, Seni Halus dan sebagainya adalah prinsip asas yang diamalkan dalam seni dan pelengkap kepada kehidupan berkualiti. Semua negara maju di dunia menegaskan tentang pentingnya latihan dan galakan seni sama ada melalui latihan formal mahupun galakan lain di kalangan masyarakatnya. Pencapaian, kualiti serta kemudahan untuk kegiatan kesenian sering dikaitkan dengan taraf hidup dan turut dijadikan salah satu daripada kayu pengukur antarabangsa dalam penentuan tahap kemajuan sesebuah negara. Pada masa ini peranan seni telah diterima sebagai salah satu daripada elemen pembangunan negara yang berkemampuan menjana kehidupan yang berkualiti. Melalui latihan seni yang berteraskan pendidikan sesuatu masyarakat akan mampu menjelmakan modal insan yang berhemah dan bertamadun. Perkara ini telah diinsafi oleh pelbagai pihak dan melalui jentera kerajaan, mereka telah pun mengambil tindakan dalam bidang kuasa masing-masing.
Pelaksanaan program seni yang berkualiti tidak dapat dijayakan dengan hanya membiarkan program tersebut berjalan sendirian di sekolah-sekolah sahaja. Seni, seperti juga program pembangunan yang lainnya, perlu dibimbing, dipupuk dan dirancang secara tersusun melalui program asuhan, bimbingan dan latihan. Pencapaian cemerlang bakat seni yang tinggi di persada antarabangsa adalah satu tuntutan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh semua pihak yang berkaitan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggembling tenaga dan membuat perancangan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta Bab 23 Buku Rancangan Malaysia Kesembilan berkaitan dengan Memperkayakan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang lengkap, unggul dan prihatin terhadap seni. Pelbagai program yang meliputi bimbingan, asuhan dan latihan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sejajar dengan perkembangan dalam pembangunan pendidikan yang berorientasikan kepelbagaian kemahiran dan kecerdasan supaya generasi hari ini akan lebih berupaya menghadapi realiti dunia pekerjaan yang persaingannya sangat sengit dan mencabar.
Hasrat murni KPM untuk mendaulatkan Pendidikan Kesenian di sekolah adalah selaras dengan Misi dan Visi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang kaya dengan budaya warisan dan kesenian yang luhur dan beridentiti.
KPM telah melaksanakan aktiviti kesenian dalam program seperti berikut:
  1. Kesenian Dalam Pengajaran Pembelajaran,
  2. Kesenian Dalam Kokurikulum,
  3. Latihan Guru Pendidikan,
  4. Latihan Jurulatih Eksekutif Sekolah,
  5. Program Apresiasi Seni,
  6. Program Pengantarabangsaan Kesenian.
Walau bagaimanapun,  KPM berpandangan bahawa usaha ini masih belum mencapai hasrat dan niche untuk menjurus dan membantu murid-murid memperkasakan budaya dan mengukuhkan identiti bangsa Malaysia kerana sistem pendidikan negara kita perlu menyeluruh dan ia bukan semata-mata berkisar kepada akademik semata-mata. Malahan untuk mencapai pengisian negara maju, sistem pendidikan mestilah menghasilkan masyarakat yang mengikut acuan, budaya serta bahasanya sendiri.
Menyedari hakikat tersebut, sudah sampai masa dan ketikanya KPM menubuhkan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) yang akan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni seperti Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual.

KONSEP SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)
Definisi Sekolah Seni Malaysia
Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Falsafah Sekolah Seni Malaysia
Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.
Misi
  1. Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
  2. Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
  3. Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.
Objektif
  1. Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  2. Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  3. Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  4. Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  5. Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Kemudahan yang disediakan di SSeM  adalah berkonsepkan sebuah sekolah berasrama penuh. Kemudahan-kemudahan ini membolehkan murid-murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran akademik, latihan kesenian dan kebudayaan, serta aktiviti kokurikulum dan riadah secara berjadual dan terancang. Secara dasar, kemudahan fizikal SSeM adalah merangkumi perkara-perkara yang berikut:
  • Bangunan dan Kemudahan Asas;
  • Bangunan Kompleks Seni (Studio Kesenian);
  • Peralatan; dan
  • Lanskap dan Persekitaran.
Bangunan dan kemudahan asas di SSeM memerlukan bangunan dan kemudahan asas yang bercirikan reka bentuk menarik dan persekitaran yang kondusif bagi murid-murid membangunkan bakat mereka dalam bidang seni, selain daripada pembelajaran akademik. Kemudahan-kemudahan ini merangkumi:
  • Blok Akademik;
  • Blok Makmal:
  • Makmal Sains;
  • Makmal Komputer;
  • Makmal Bahasa;
  • Blok Asrama – Lelaki dan Perempuan;
  • Rumah Kediaman Guru dan Staf Sokongan;
  • Dewan Makan; dan
  • Padang dan Gelanggang Sukan.
  • Bas dan Coaster.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kompleks Seni adalah bagi tujuan persembahan hasil kerja murid, sama ada bagi maksud penilaian, mahupun persembahan apresiasi seni di peringkat sekolah. Kompleks Seni merangkumi kemudahan-kemudahan yang berikut:
  • Dewan Eksperimen/Auditorium (Persembahan);
    • Muzikal;
    • Teater;
    • Tarian;
  • Dewan Pameran / Galeri Seni
  • Seni Visual;
  • Reka Bentuk;
  • Filem;
  • Video;
  • Rakaman;
  • Penyuntingan;
  • Adunan;
  • Bilik Tayangan;
  • Studio Mini;
  • Studio Tarian.
  • Studio Teater
  • Studio Muzik
Peralatan sokongan kesenian adalah merangkumi kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang berteraskan peralatan moden sesuai dengan pembangunan dan perkembangan dalam dunia seni, teknologi dan kehidupan sosial semasa. Antaranya;
  • Kemudahan ICT;
  • Alat Penggambaran;
  • Alat Siaraya;
  • Kostum dan Prop;
  • Alat Pencahayaan;
  • Peralatan Seni Lukis;
  • Peralatan Seni Muzik;
  • Peralatan Tata Hias.
Lanskap dan persekitaran di SSeM sewajarnya mempunyai ciri-ciri yang kondusif dan lebih menarik bagi membangunkan suasana sekolah ke arah mendorong kreativiti dan daya penciptaan bagi murid menghasilkan karya dan persembahan seni yang berkualiti. Reka bentuk lanskap seharusnya berteraskan budaya dan nilai tempatan, sama ada secara semula jadi atau lanskap tiruan.

PENGAMBILAN MURID
Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara.  Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahajaTIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.
Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan Mei hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan.
Walau bagaimanapun, murid-murid yang terlepas memohon secara atas talian atau murid-murid yang tiada kemudahan internet, bolehlah memohon sebagai calon walk-in dengan mengisi borang permohonan secara manual sewaktu Sesi Serlahan Seni (SSS).
Sesi Serlahan Seni adalah proses uji bakat pemilihan murid ke SSeM yang dilaksanakan di seluruh negara. Sesi ini biasanya dilaksanakan dalam bulan Oktober setiap tahun sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Calon yang memohon akan diuji bakat mereka berdasarkan bidang kesenian yang dipohon; Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual. Panel Sesi Serlahan Seni adalah mereka yang mempunyai kepakaran di dalam salah satu daripada empat bidang kesenian yang dinyatakan di atas.
Syarat Kemasukan
i.
Warganegara Malaysia
ii.
Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian  yang dipohon
(Muzik ,Tari, Teater  atau Seni Visual)
iii.
Tiada kecacatan
iv.
Lulus Sesi Serlahan Seni
v.
Mendapat keputusan minima 3B Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Jumlah Pengambilan
SSeM
Bidang yang ditawarkan
Jumlah pengambilan
SSeM Johor Bahru (SSeMJB)
Muzik, Tari, Teater
dan Seni Visual
75 orang
SSeM Kuching, Sarawak (SSeMKS)
85 orang
SSeM Kuala Lumpur (SSeMKL)
Muzik sahaja
60 orang

Enrolmen Kelas
Bilangan murid yang boleh diterima bagi sesuatu mata pelajaran amat bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Namun untuk menjamin keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran, SSeM dicadangkan menerima maksimum 25 orang murid bagi kelas satu mata pelajaran : (pertambahan kelas adalah tertakluk kepada perancangan fizikal).
SEKOLAH SENI MALAYSIA
2 buah Sekolah Seni Malaysia yang telah di tubuhkan :
1. SEKOLAH SENI MALAYSIA KUCHING
Jalan Demak
93050 Kuching
Sarawak
Tel : 082-449586
Faks : 082-449605
Web / Blog : http://sskuching.blogspot.com/
E-Mel : sskuching@yahoo.com
2. SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR BAHRU
Jalan Abdul Samad,
80100 Johor Bahru
Tel :07 2262100
Fax : 07 2263100
Web /Blog : http://sekolahsenijohorbahru.webs.com/

3. SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam
Jalan Persiaran Anjung Seri
U8/80, Bukit Jelutong Timur
40000 Shah Alam
Selangor
Share:

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my


SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

 BIL
NEGERI
SEKOLAH
1
PERLIS (1)
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis  
2
KEDAH (5)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah      
3
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa,  Sungai Petani, Kedah
4
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,    Pokok Sena, Kedah                                                      
5
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah                                                                  
6
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah                          
7
PULAU PINANG (2)
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang                               
8
Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang                                               
9
PERAK (7)
The Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak                                                                                                                               
10
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak                          
11
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak                                                                  
12
Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan, Perak                          
13
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Gopeng, Perak                           
14
Sekolah Menengah Sains, Bagan Datoh, Bagan Datoh Perak                                                                       
15
Sekolah Menengah Sains Tapah,Tapah, Perak                          
16
W.P. K. LUMPUR (3)
Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur                                       
17
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur                                                              
18
Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur                                  
19
W.P. PUTRAJAYA (1)
Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1,
Putrajaya                                                  
20
SELANGOR (9)
Kolej Islam Sultan Alam Shah,  Klang, Selangor
21
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor                                           
22
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Kajang, Selangor
23
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor                                                                     
24
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor,  Ulu Yam,  Selangor 
25
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang,  Rawang Selangor 
26
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Sabak Bernam Selangor
27
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak,  Gombak Kuala Lumpur                                                     
28
Sekolah Menengah Sains Banting, Banting
Selangor                                                                    
29
NEGERI SEMBILAN (8)
Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
30
Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek,  Negeri Sembilan                                                           
31
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan                                                 
32
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu,  Labu, Negeri Sembilan                                                                                                                   
33
Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan                                          
34
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan
35
Sekolah Menengah Sains Rembau, Rembau, Negeri Sembilan
36
SMS Perempuan Seremban,  Seremban,
 Negeri Sembilan
 (Dijangka buka pada Januari 2014)                                                          
37
MELAKA (2)
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Air Keroh,  Melaka
38
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Selandar, Melaka                                                          
39
JOHOR (7)
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor                                                                     
40
Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor
41
Sekolah Menengah Sains Muar, Ledang, Johor
42
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor                                                                      
43
Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor                                                                                                                                                      
44
Sekolah Menengah Sains Sembrong,  Kluang, Johor                                                                          
45
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Batu Pahat, Johor                                                                                                                                                            
46
PAHANG (7)
Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang                                 
47
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah,
Raub, Pahang                           
48
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang                              
49
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Temerloh, Temerloh, Pahang                                                               
50
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang                            
51
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Kuantan, Pahang                                  
52
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Karak, Pahang
53
TERENGGANU (6)
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu                                                                
54
Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu                       
55
Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu,  Kuala Terengganu, Terengganu                                                         
56
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu                                                           
57
Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu
58
Sekolah Menengah Sains Setiu, Setiu
Terengganu                                                 
59
KELANTAN (5)
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan                                           
60
Sekolah Menengah Sains Machang, Machang, Kelantan                              
61
Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pasir Puteh, Kelantan                            
62
Sekolah Menengah Sains Jeli,  Jeli, Kelantan
63
Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Gua Musang, Kelantan (Sedang dalam pembinaan)
64
SABAH (2)
Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah                                                          
65
Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah                                                            
66
W.P. LABUAN (1)
Sekolah Menengah Sains Labuan,  W.P. Labuan                                                                
67
SARAWAK (3)
Sekolah Menengah Sains Miri, Miri, Sarawak                                                                               
68
Sekolah Menengah Sains Kuching, Kuching, Sarawak                                                                   
69
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara,
Kuching, Sarawak                                                      

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  1. Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1)
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Murid Sekolah Kebangsaan;
  3. Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :
  1. murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakilinegeri ke peringkat kebangsaan.
  2. murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya     3A 2B dalam UPSR dan
  1. Aktif dalam kokurikulum.

SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia;
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
  3. Kelayakan akademik keputusan PMR seperti berikut :-
  • Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
  • Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
  • Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan
  1. Aktif dalam kokurikulum

TAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI
SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:
  1. Murid mestilah warganegara Malaysia.
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
  3. Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID

Semakan keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. Ianya  boleh dibuat melalui ketetapan berikut :

  • Kaunter BPSBPSK

  • Talian BPSBPSK : 03-83217400

  • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

  • Makluman melalui SMS

  • Kiosk BPSBPSK

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBP
JENIS ALIRAN
SAINS
AGAMA
Pakej Mata Pelajaran
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Bahasa Antarabangsa
(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Bahasa Antarabangsa
(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin)
Jenis SBP yang ditawarkan
  • SBP Terawal (Premier)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS)
  • Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts