JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-6 2015









Share:

KEJOHANAN PING PONG MSSD SEPANG 2015


SK Taman Putra Perdana 2 turut memeriahkan kejohanan kali ini yang bertempat di SMK Putra Perdana pada tanggal 26 dan 27 Januari 2015. Seramai 10 orang murid membawa panji sekolah ke kejohanan kali ini. Mereka adalah:
1. Umar Yazid bin Zabidi
2. Ayisy Syahmi bin Abdul Aziz
3. Muhammad Haikal bin Azman
4. Muhammad Izzat A'kif bin Mohd Sanusi
5. Muhammad Isyraf Idham bin Noorhisham
6. Siti Nurnazihah binti Saidi
7. Nur Aishah Hairol
8. Farisha Azalea Bok binti Farouk Le Bok
9. Aniqah Umairah binti Saribuddin
10.Halimahtul Basirah binti Hamdan

Pasukan sekolah berjaya melakar beberapa kejayaan untuk kejohanan kali ini. Di antaranya:
1. Naib Johan Berpasukan Perempuan
2. Tempat ke 3 Berpasukan Lelaki
3. Tempat ke 3 Acara Perseorangan Lelaki (Umar Yazid)
4. Tempat ke 3 Acara Beregu Perempuan Bukan Kaum Cina rendah (Farisha Azalea / Aniqah Umairah)
Tahniah juga diucapkan kepada adik Umar Yazid dan Siti Nazihah terpilih untuk mewakili pasukan daerah ke MSSS pada 9-10 Februari 2015 di Kuala Langat.

Sekalung penghargaan kepada para pentadbir, jurulatih dan guru pengiring serta warga SKTPP2 yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada pasukan sekolah. Majulah Sukan untuk SKTPP2.











Share:

PERHIMPUNAN MINGGUAN KALI KETIGA (SESI PAGI)



Perhimpunan rasmi pada pagi ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Ini diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.
Guru bertugas meminta murid-murid menyedekahkan surah Al –Fatihah kepada arwah Cikgu Siti Hajar Bt. Mokri yang telah kembali ke Rahmatullah pada 8.50 malam semalam. Semoga rohnya arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamin..
Guru bertugas memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. 

1


 Guru-guru tersebut adalah:
 1)      En. Zawadi bin Ali

2     2)      Pn. Salina bt. Hashim
3     3)      Pn. Siti Nora bt. Mohamed Ahyar
4     4)      Pn. Azmani bt. Abdul Halim
Guru bertugas meneruskan dengan menerangkan tema pada hari ini iaitu sayangi diri: disiplin diri. Beliau menerangkan betapa pentingnya disiplin diri kepada murid. Beliau juga menerangkan cara-cara mendisiplinkan diri serta kepentingan mendisiplinkan diri kepada murid.


Guru bertugas meneruskan dengan upacara penyampaian sijil kepada pasukan sekolah yang bertanding dalam kejohanan boling tenpin yang telah diadakan pada 21-22 Januari 2015 bertempat di Bream Bowl, Airport Sport Complex anjuran Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang. Pasukan sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan.. berikut adalah nama murid yang terlibat dalam kejohanan tersebut:
1    1)      Muhd Kamal Aizim bin  Kamaruzaman
2    2)      Muhd Syahmi bin mohd Jasri
3    3)      Muhd Izzat Akif bin Sanusi
4    4)      Alif Haiqal bin Azmi.



Perhimpunan pagi diteruskan dengan cikgu Aliza ahad meminta pengawas-pengawas sekolah yang bakal dilantik menjadi ketua pengawas, Penolong ketua pengawas dan biro-biro tertentu tahun 2015 memperkenalkan diri kepada perhimpunan. Mereka terdiri daripada:
1    1)      Muhd Kamal Aizim bin Kamaruzaman
2    2)      Muhd Haikal bin Jamal Zaidi
3    3)      Nur Ain Nisa Bt. Mohammed Feizal
4    4)      Nur Alyaa bt. Mohd Fauzi
5     5)      Ayisy Syahmi bin Abdul Aziz










Perhimpunan pagi diteruskan dengan  guru Disiplin us. Razis mengingatkan murid supaya murid-murid mematuhi segala peraturan sekolah. Terutamanya apabila lagu Negaraku dinyanyikan murid hendaklah berdiri tegak dan menghormati lagu tersebut. Beliau juga mengingatkan supaya murid sentiasa datang sebelum pukul 7.20 pagi.


Perhimpunan pagi diteruskan dengan ucapan daripada Pn Norleala Hashim (GPK HEM). Beliau meminta agar murid-murid mengingati apa yang dipesan oleh guru bertugas dan guru disiplin.Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan boling tenpin sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah. Beliau juga mengucapkan semoga berjaya kepada bakal ketua pengawas, penolong ketua pengawas dan biro-biro tertentu yang akan dilantik pada tahun 2015.Beliau mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan dan kecerian bilik darjah.

Sebagai penutup Tuan guru besar telah menyampaikan hadiah kepada kelas  4UKM yang memenangi kelas paling ceria dan cantik pada bulan januari





Share:

Perginya Seorang Guru dan Sahabat SKTPP2

Al-Fatihah

Untuk makluman semua, SKTPP2 menerima berita kehilangan seorang Guru Bahasa Inggeris sesi petang pada 25/1/2015 jam 8.50 malam. Insan yang dimaksudkan ialah pn Siti Hajar binti Mokri. Perginya beliau akibat jangkitan pada paru-paru beliau. Segala kenangan Allahyarhamah masih segar diingatan kami semua. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama para syuhada' dan insan- insan solehah. Marilah sama- sama kita hadiahkan al-fatihah agar roh beliau dicucuri rahmat Ilahi.


Share:

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 2015

TARIKH       :  24 JANUARI 2015
MASA          :  8.00 am- 12.00 pm
TEMPAT      :  DEWAN TERBUKA SKTPP2



TENTATIF PROGRAM

7.45 pagi               - Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga
8.00 pagi               - Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd. Razis bin Md. Shainisi
8.05 pagi               - Ucapan aluan oleh En. Kamsani bin Sahlan (Guru Besar SKTPP2)
8.30 pagi               - Motivasi Ibu Bapa oleh Ustaz Subhi bin Asha'ri (BMQ Training and                                                     Consultancy)
10.30 pagi             - Rehat
10.45 pagi             - Taklimat Kecemerlangan UPSR oleh Pn. Zaripah binti Ismail (Penyelaras Tahun                                  6)
                              - Taklimat 'Zoom A' oelh Cik Felicia Gatun
                              - Sesi soal jawab anrata Ibu Bapa / Penjaga dengan pihak sekolah
11.45 pagi             - Lawatan Ibu Bapa / Penjaga bersama Guru Besar dan Penolong Kanan                                                  Pentadbiran ke  Kelas-kelas Tahun 6
12.00 Tengah hari -Bersurai


OBJEKTIF

  1. Perbincangan dua hala antara ibu bapa dan guru berdasarkan prestasi murid-murid tahun 6.
  2. Perbincangan bersama mengenai cadangan penambahbaikan program untuk kecemerlangan murid.
  3. Membincangkan program-program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah dalam peperiksaan UPSR.

SUASANA SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG

BACAAN DOA OLEH USTAZ MOHD RAZIS BIN MD SHAINISI

UCAPAN ALUAN OLEH EN. KAMSANI BIN SAHLAN (GURU BESAR SKTPP2)

MOTIVASI IBU BAPA OLEH USTAZ SUBHI BIN ASHA'RI DARI 'BMQ TRAINING AND CONSULTANCY'

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA SLOT MOTIVASI IBU BAPA

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEMASA SLOT MOTIVASI IBU BAPA

TAKLIMAT KECEMERLANGAN UPSR & SESI SOAL JAWAB ANTARA IBU BAPA/PENJAGA DENGAN PIHAK SEKOLAH

JAMUAN MAKAN

LAWATAN IBU BAPA/PENJAGA KE KELAS-KELAS TAHUN 6

PENDAFTARAN



Warga SKTPP2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan Terima Kasih kepada Ibu Bapa/ Penjaga  dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.


Share:

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KEDUA (SESI PETANG)

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera.

Perhimpunan mingguanpada petang ini berjalan dengan lancar dan teratur walaupun dalam keadaan mendung. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. berikutnya, Perhimpunan Mingguan disambung dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh tiga orang pengawas bertugas. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Patuhi peraturan. Beliau mengingatkan murid supaya mematuhi peraturan sekolah serta memberi kefahaman kepada murid tentang peraturan.

Antara intipati ucapan beliau ialah:

1) Murid dikehendaki untuk memastikan setiap uniform sekolah yang dipakai wajib dilekatkan atau dijahit lencana sekolah
2) murid diingatkan supaya memakai tanda nama sepanjang masa persekolahan.
3) Pengumuman: akan dilangsungkan bacaan selawat sebelum mula sesi persekolahan sempena  Maulidur Rasul 3 Januari 2015 yang lepas.
4) Murid juga diingatkan tentang perubahan waktu kokurikulum bagi murid Tahun 3.
Masa: Rabu
Masa: 9.30pg - 11.45pg.

Majlis Perhimpunan Mingguan diteruskan dengan ucapan guru disiplin sesi petang, En Kamarulizan B. Ngah. Beliau telah menjelaskan salah faham murid berkaitan nama pada kasut. beliau menjelaskan agar setiap kasut murid perlu ditulis nama bagi mengelakkan kasut bertukar terutamanya ketika memasuki pusat sumber sekolah, bilik j-QAF, bilik muzik dan Surau. beliau turut mengingatkan murid agar sentiasa ceria untuk menghadiri sesi persekolahan. Beliau turut mengingatkan murid- murid mengenai tatacara ketika nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya.

Majlis Perhimpunan Mingguan tamat pada jam 6.10ptg seperti yang dijadualkan.

Berikut disertakan nama guru bertugas untuk minggu kedua (19/1/2015- 23/1/2015)
1) EN. MUHAMMAD NAWAWI K
2)PN. JUSLINDA BAKAR
3)PN. TUAN NORHALEZA 
4)PN. MAHALETCHUMY
5)PN. NORAINI BT BAHAROM
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-2(SESI PAGI)

Perhimpunan rasmi pada pagi ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Ini diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Patuhi peraturan. Beliau mengingatkan murid supaya mematuhi peraturan sekolah serta memberi kefahaman kepada murid tentang peraturan.

Seterusnya ucapan daripada GPK KO En. Ahmad Mustaqeim memberitahu murid tentang kegiatan kokurikulum akan bermula pada 21/01/2015 yakni hari Rabu. Beliau juga mengingatkan murid supaya menyerahkan borang kebenaran kegiatan kokurikulum.

Akhir majlis diakhiri dengan ucapan GPK 1 Pn. Siti Hanim yang mengulas lagi tema minggu ini tentang patuhi peraturan sekolah serta berkongsi maklumat tentang "majlis perutusan tahun baru 2015" kepada semua guru dan semua murid yang telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada minggu lepas.sekian........ assalamualaikum.

Guru yang Bertugas minggu ke-3:
1) En. Ramdani bin Mohd Suhud
2) Cik Jagjer Kaur
3) Pn. Noorsuriyati
4) Pn. Nadhrah
5) Pn. Zaripah
6) Pn. Nasibah

KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA.....
Share:

PERMOHONAN KE ASRAMA 1 MALAYSIA

Kepada yang berminat untuk memohon boleh muatturun surat makluman serta borang permohonan pada pautan BORANG yang telah disediakan.
Tarikh tutup permohonan pada 28 Januari 2015.

BORANG ASRAMA 1 MALAYSIA
Share:

MAKLUMAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y.Bhg.Dato / Datin / Tuan / Puan,

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa semua murid warganegara akan menerima bantuan khas awal persekolahan Tahun 2015 sebanyak RM 100.00 seorang. Bantuan akan diagihkan kepada ibu bapa / penjaga murid-murid   Tahun 2 hingga 6 pada ketetapan berikut :

            Tarikh             :  15 Januari 2015
            Hari                :  Khamis
            Masa             :  Sesi 1 ( 11.30 pagi hingga 12.45 tengah hari )
                                      Sesi 2 ( 1.10 petang hingga 2.30 petang )
            Tempat         :  Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2

3.         Syarat kelayakan bagi murid bukan warganegara adalah salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara Malaysia.

4.         Murid Tahun 1 ditangguhkan pemberian RM100 seorang pada satu masa yang akan diberitahu kelak kerana agihan bantuan adalah berdasarkan enrolmen murid tahun 2014.

5.         Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/ penjaga dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan seperti di atas bagi melancarkan proses pengagihan bantuan tersebut. Sila bawa kad pengenalan (asal & salinan) ibu bapa/ penjaga dan salinan surat beranak anak.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

Perhimpunan Rasmi Kali Pertama Sesi 2015 (sesi petang)

Perhimpunan rasmi pada petang ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh murid bertugas. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan, En Sazali b. Abd Rani yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Pengurusan Masa. Beliau juga turut memperkenalkan guru- guru yang bertugas pada minggu ini. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai masa interaksi murid- murid terutamanya waktu berkumpul selepas tamat waktu rehat.


Seterusnya Guru Disiplin Sekolah sesi petang En. Kamarulizam b. Ngah mengambil alih ucapan dengan mengingatkan para pelajar tentang peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh sekolah. Beliau turut menyentuh mengenai larangan murid untuk masuk ke bilik- bilik khas d sekolah tanpa kebenaran guru. Selain itu, beliau menasihati murid- murid agar menepati dan menghargai masa. Murid- murid juga dinasihati supaya mengekalkan kebersihan diri dan penampilan murid ke sekolah.


Berikut adalah gambar- gambar yang diambil sekitar Hari Pertama Persekolahan Sesi 2015 dan hari pertama bagi murid Tahun 1 di SKTPP2.




















































Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts