JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. 

Majlis Perhimpunan pada pagi yang berbahagia ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku' ,Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Pengerusi majlis bertugas, Adik Nur Iffah Syazwany bt Hamsa dari 5UKM mengingatkan murid semua dapat menyanyikan dengan penuh semangat serta berdiri tegak semasa menyanyikan lagu tersebut. Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah oleh pengawasa bertugas. Seterusnya pengerusi majlis menyerahkan majlis kepada ketua guru bertugas pada minggu ini iaitu Puan Aliza bt Ahad.
Ketua guru bertugas pertama sekali memaklumkan barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini seperti berikut :-
1. En. Ezol Fitri b. Ahmad Muniran 
2. Pn. Suzianti bt Suhaimi
3. Cik Nor saadah b. Sabidin
4. Pn. Roslind bt Mustafa
5. Pn. Fauziah bt Salahuddin
Sebarang masalah dan kecemasan bolehlah berhubung dengan guru bertugas mingguan.

Seterusnya, ketua guru bertugas menerangkan kesan-kesan bahaya dadah kepada penagih dan keluarga penagih seperti penagih akan mengabaikan tugasan dan pekerjaannya, perubahan fizikal menjadi semakin merosot, perlakuan menjadi ganas serta menghidapi penyakit merbahaya seperti kanser, HIV dan AIDS. Manakala kesan penagihan dadah kepada keluarga pula ialah maruah keluarga tercalar, dihina oleh masyarakat sekeliling, penderaan serta kebajikan ahli keluarga terabai.

Ucapan Ketua guru bertugas minggu ini - minggu ke 8

Seterusnya majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan slot disiplin oleh guru disiplin sesi pagi, Ustaz Mohd Razis b. Shainisi. Beliau memberi peringatan kepada murid berkenaan tingkahlaku- tingkahlaku jenayah di sekolah seperti berjudi, pecah masuk kawasan larangan sekolah, bergaduh, memcuri, buli, membawa senjata merbahaya, mengedar dadah, membawa orang luar ke dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran dan lain lain. Akibat dari perbuatan tersebut, murid boleh dikenakan hukuman gantung sekolah serta buang sekolah. 

Sebelum perhimpunan berakhir, Tuan Guru Besar telah memberikan ucapan mingguannya yang mana beliau telah mengingatkan murid-murid agar tidak melakukan aktiviti luar yang ekstrem berikutan cuaca panas yang melampau ketika ini. Beliau juga mengingatkan agar semua murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang banyak bagi menyeimbang bendalir dalam badan. Seterusnya, Tuan Guru Besar memperkenalkan barisan guru baharu yang telah melaporkan diri pagi ini. 

Perhimpunan pagi ini diakhiri dengan surah Al-As.

Guru baharu yang melapor diri hari ini.


Murid sedang khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan.


Tuan Guru Besar sedang memberikan ucapan.


Guru disiplin sedang memberikan taklimat disiplin kepada murid.














Share:

JADUAL UJIAN BULANAN 1 TAHUN 2015 (TAHUN 6)

JADUAL UJIAN BULANAN 1  TAHUN 2015

TAHAP 2 (TAHUN 6 )



NOTA PENTING:
a)    Kehadiran murid adalah wajib kecuali sakit. Murid yang tidak hadir lebih daripada 3 hari, markah ujian/peperiksaan tidak akan diambil sebagai markah ujian bulanan 1  tetapi dianggap sebagai latihan sahaja.



Tarikh

7.45 - 9.00 pg.

9.15 -10.15 pg.

10.30 -10.50 pg.

11. 05 - 11.55 pg.

12.00-12.50 tgh.


3 .3. 2015
Selasa

Bahasa Melayu (Penulisan ) (1jam
15 minit) 

Matematik
(Kertas 1)
( 1 jam )


REHAT

Bahasa Inggeris
(Kertas 1)
(50 minit )

Bahasa Melayu
(Pemahaman)
( 50 minit )


4 .3. 2015
Rabu

7.45 - 9.00 pg.


9.15 - 10.30 pg

10.30 -10.50 pg.

11.05 - 12.05 tgh.

12.10 -12.50 tgh.

Bahasa Inggeris
(Kertas 2)
( 1jam
15 minit )

Sains
( 1jam15 minit )


REHAT

Pend. Islam/Pend. Moral
( 1 jam )

Matematik
(Kertas 2)
( 40 minit )
Share:

MAKLUMAN KEJOHANAN LARIAN MERENTAS DESA KALI KE-6 SKTPP2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Kejohanan Larian Merentas Desa kali ke-6 Peringkat SKTPP2 akan diadakan tidak lama lagi. Kejohanan ini melibatkan semua murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6.

Butiran latihan sebelum kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh : 25/2/2015 (Rabu)
Masa : 9.30-11.45 pg ( murid tahun 3)
            2.30- 4.30 ptg ( murid tahun 4,5 &6)

Murid-murid dikehendaki memakai pakaian sukan semasa sesi latihan dijalankan.

Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh : 28/2/2015 (Sabtu)
Masa : 7.30pg - 12.30 tgh hari.

Laluan dan trek merentas desa akan dimaklumkan melalui papan kenyataan kokurikulum di sekolah.

Makluman dan surat siaran telah diberikan kepada murid- murid untuk disampaikan kepada ibu bapa sebagai makluman dan pemberitahuan.


Share:

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2015

Kem Bestari Solat siri 1/2015 yang melibatkan semua murid tahun 6 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

            Tarikh     :    14 Februari 2015 (Sabtu)
            Masa      :    8.00 pagi  - 12.00 tengah hari
            Tempat   :    Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2


Tentatif program adalah seperti di bawah :
 



 
                                             JADUAL / ATUR CARA PROGRAM                                                                



              TARIKH

MASA


14 FEBRUARI 2015
( SABTU )

07.30   - 08.30 pagi    

        Pendaftaran
        Taklimat & Pembahagian Kumpulan
         Sarapan Pagi

 8.30     - 09.30 pagi



LDK 1  
              Penerangan oleh guru:
              Pengertian Solat Jenazah
              Hukum Solat Jenazah
              Pengurusan Jenazah

     9.30- 10.00 pagi                     

       REHAT


   10.00 – 11.00 tghari   

 
11.00- 12.00 Tghari
LDK 2    
  Ceramah Cara Pengurusan Jenazah
  Oleh : Ustaz Mohd Razis bin Shainisi
           
 LDK 3
            Amali Solat Jenazah  dan Tatacara Pengebumian  
            Jenazah - Dataran

     12.00 Tengah hari


             Penutup & Bersurai

                              

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts