JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 16/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan ketua guru bertugas : Ustazah Rozlina binti Mustafa
i.Tema: Tanggungjawab Terhadap Harta Benda Sekolah.
Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga dan menyayangi harta benda sekolah. Harta benda sekolah yang disediakan adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada para pelajar.


Penyampaian Hadiah kepada Para Pelajar
Majlis diteruskan dengan penyampaian medal dan sijil kepada pasukan hoki sekolah yang berjaya menjadi johan berganda. Pasukan lelaki dan perempuan dinobatkan sebagai johan di Kejohanan Hoki MSSD Sepang 2015. Tahniah kepada murid-murid yang terlibat, jurulatih dan guru-guru pengiring.





Pelancaran Minggu Kesihatan dan Kecerdasan 2015
En Suhaidi bin Md Sabar memulakan acara dengan memberi penerangan berkaitan aktiviti yang akan dijalankan dan menyampaikan info-info kesihatan dan kecerdasan dalam amalan kehidupan seharian.
Majlis di akhiri dengan Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan dan merasmikan Minggu Kesihatan dan Kecerdasan 2015 dan Para pentadbir bersama-sama menyempurnakan gimik pelancaran.





Sekian.

Guru Bertugas:
  1. Pn Rozlina binti Mustafa
  2. Pn Norizan binti Isa
  3. Pn Mazilah binti Jamaludin
  4. Pn Lee Sau Mei
  5. Cik Noraini binti Yusof
  6. Cik Norhidayahni binti Jasni
  7. En Rosmadi bin Abd Manaf
Share:

AKTIVITI MINGGU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS - 20-24 APRIL 2015

Assalamualaikum wrm wbt dan salam sejahtera.....


Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah diadakan pada hari Isnin, 20 April 2015 yang melibatkan semua pelajar dan semua guru. Tema 'Bahasa Memartabatkan Bangsa'  telah dipilih sebagai nadi gerakan aktiviti tahun ini untuk mendepani pelbagai cabaran baru terutamanya dalam dunia teknologi maklumat. Program Minggu Bahasa ini bertujuan untuk membantu para pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan penguasaan kedua-dua bahasa secara tidak formal.

Objektif minggu bahasa ini diadakan adalah untuk:

  1.  Melahirkan murid yang dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan cekap.
  2. Membimbing murid supaya dapat mengggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan dengan cara yang kreatif.
  3. Meningkatkan minat dan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan murid  tanpa mengira kaum di luar kelas.
  4. Mencungkil bakat murid agar dapat melahirkan pelajar berpotensi dalam berbahasa.  
Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis perasmian minggu bahasa :-)
Gimik majlis perasmian disempurnakan oleh Guru Besar, PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum.
PK Petang sedang melancarkan majlis perasmian Minggu Bahasa.

 Pengerusi majlis pada pagi itu adalah Ustaz Rosmadi dan Puan Jagjer.

Pengerusi majlis sesi petang - En Sazali dan Ustazah Suryanie.
Antara aktiviti-aktiviti minggu bahasa - Sesi pagi :-)

Tayangan filem 'Big hero'.
Pertandingan mendeklamasikan sajak.
'Book Worm Activity'

Antara aktiviti-aktiviti minggu bahasa - Sesi petang :-)

Murid-murid Tahun 2 sedang menyiapkan aktiviti 'Puzzle'
Pertandingan Pantun.
Pertandingan Bercerita.

Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan minggu bahasa ini. Semoga inisiatif ini memberi manfaat dan natijah yang baik kepada semua. Wassalam...

Share:

JARINGAN MESRA ANTARA SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 DAN SJK(C) SIN MING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
     Encik Kamsani bin Sahlan selaku Guru besar SK Taman Putra Perdana 2 dengan berbesar hati telah membenarkan  SJK(C) Sin Ming menggunakan padang SKTPP2 bagi mengadakan acara sukan tahunan sekolah mereka yang akan diadakan pada 26 April 2015 (Ahad).Pada hari ini, para guru dan sebilangan murid SJK(C) Sin Ming  telah datang untuk mengadakan latihan sukan di padang SKTPP2..Semoga jalinan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak dan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.






Share:

MAKLUMAN: JEMPUTAN KE MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 5 2015

Assalamuaikum, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Makluman kepada Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 5 SK TPP 2, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 5 berdasarkan ketetapan berikut:

                    Tarikh                  : 25 April 2015 (Sabtu)
                    Tempat                : Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2
                    Masa                   : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
                    Kehadiran           : Ibu bapa / penjaga sahaja (tidak perlu bawa anak)
                    Tentatif Program : 8.15 pagi - Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga
                                                  8.30 pagi - Ucapan aluan Guru Besar SKTPP2
                                                                    (En. Kamsani bin Sahlan)
                                                  9.00 pagi - Ceramah Motivasi Ibu Bapa
                                                  9.45 pagi - Rehat
                                                  9.55 pagi - Taklimat Kecemerlangan Tahun 5
                                                  11.00 pagi - Bersurai

Kehadiran tuan / puan amatlah dialukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU 15/2015

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,
Perhimpunan rasmi pada petang ini dijalankan di Dewan Terbuka SKTPP2 berikutan masalah PA sistem di Astaka. Guru-guru yang bertugas telah memastikan agar murid berbaris mengikut kelas dengan baik supaya perhimpunan dapat dijalankan dengan baik. Perhimpunan Mingguan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya tanpa iringan minus one berikutan masalah teknikal yang dihadapi. Majlis diteruskan dengan Bacaan Doa, Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.
Seterusnya adalah ucapan daripada guru bertugas mingguan iaitu Pn. Suryanie binti Hamzah. Beliau mengumumkan guru-guru yang sama-sama bertugas sepanjang minggu. Berikut adalah senarai guru yang bertugas:1) Pn. Suryanie binti Hamzah (K)2) Cik Monei Anak Guntang3) Cik Mazliyana Amalina binti Mazlin4) Pn Nur Rahayu binti Yusof5) En Wan Adli bin Wan Derahman6) Pn Normah binti Shafei
Majlis perhimpunan mingguan diteruskan dengan program perasmian mingguan Bahasa Malaysia yang di pengerusikan oleh En. Mohd Sazali bin Abd Rani. Majlis dirasmikan oleh Pn Azlimariah binti Arifin.



Selesai majlis perasmian Minggu Bahasa Melayu guru bertugas mengumumkan pemenang bagi pertandingan keceriaan kelas minggu 14. berikut adalah pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan :
Tahun 1 - 1 UKM
Tahun 2 - 2 UITM
Tahun 3 - 3 UKM





Perhimpunan Mingguan tamat tepat jam 6.10 petang (20 April 2015).


Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU 15/2015

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU 15 / 2015

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Majlis perhimpunan pada pagi yang mulia ini dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah serta Lagu Malaysia Berjaya.
Seterusnya bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah oleh pengawas yang bertugas pada minggu ini.

Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Guru Bertugas iaitu Cik Nor Sa'adah binti Sabidin. Beliau memperkenalkan barisan guru-guru yang bertugas antaranya :-

1. Pn. Aliza bt Ahad
2. Pn. Fauziah bt Solehudin
3. En. Ezol Fitri b Ahmad Muniran
4. Pn. Suzianti bt Suhaimi
5. Pn. Roselind bt Mustapha
6. Pn. Nur Hafizah bt Othman
Ketua guru bertugas mengingatkan bahawa sekiranya murid-murid menghadapi sebarang masalah atau memerlukan sebarang bantuan bolehlah berjumpa dengan guru-guru bertugas tersebut.

Tema pada minggu ini adalah Ciri-ciri peribadi terpuji. Antara isi yang disampaikan berkaitan tema tersebut adalah :-
  1. Sentiasa menghormati orang lain samada orang yang lebih tua, sebaya mahupun yang lebih muda. Dalam konteks sekolah, murid perlu menanamkan sikap menghormati orang yang lebih tua, seperti guru-guru, pekerja kantin, pengawal keselamatan dan pekerja kebersihan. Manakala rakan sebaya seperti rakan sealiran dan yang lebih muda seperti murid pra sekolah dan sebagainya.
  2. Mempunyai sikap suka membantu dan menolong orang yang memerlukan. 
  3. Bersikap amanah, jujur dan sentiasa berkata benar. Melaksanakan setiap tanggungjawab dengan baik.
  4. Menjauhi penyakit-penyakit hati seperti dengki, dendam, sombong dan sebaginya yang boleh mencetuskan pergaduhan samada sesama rakan mahupun dengan warga sekolah yang lain.
Majlis perhimpunan diteruskan dengan Program 5 minit PPDA  di bawah tajuk, Akibat Pengambilan Dadah Sintetik.
  1. Penagih akan mengalami masalah gangguan mental samada untuk tempoh sementara atau kekal sepanjang hayat.
  2. Penagih mengalami masalah paranoid hingga terdorong bertindak di luar kawalan termasuk melakukan jenayah seperti samun, rogol dan bunuh.
  3. Merangsang fikiran separuh sedar seperti penagih bertindak agresif sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.
KETUA GURU BERTUGAS : CIK NOR SA'ADAH BINTI SABIDIN

Seterusnya majlis perhimpunan diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Kejohanan Tenis MSSD, Pertandingan Sahibba, Story Telling dan Choral Speaking.

TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI CHORAL SPEAKING

TEMPAT KEDUA BAGI KATEGORI STORY TELLING

TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI KEJOHANAN TENIS MSSD

TEMPAT KETIGA BAGI KATEGORI PERTANDINGAN SAHIBA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH SEPANG (MEWAKILI DAERAH KE PERINGKAT NEGERI)

SAGUHATI BAGI KATEGORI PERTANDINGAN SAHIBA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH 
SEPANG

Majlis diteruskan dengan Pelancaran Minggu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi Tahun 2015 serta ucapan daripada Tuan Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan.

Antara isi ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar berkaitan Tema Ciri-ciri Peribadi Terpuji adalah seperti berikut :-
  1. Menjadi pendengar yang baik. Jangan bercakap sewaktu orang lain sedang bercakap atau menyampaikan maklumat.
  2. Biasakan diri mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu dairpada orang lain.
  3. Jadilah orang yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
  4. Diam itu lebih baik daripada berkata yang sia-sia.
  5. Hidup perlu berbudi dan beradab sopan. 
Kemudian, majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian Minggu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi Tahun 2015  oleh Tuan Guru Besar.

PENGACARA MAJLIS BAGI PELANCARAN MINGGU BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

GIMIK PERASMIAN

GIMIK PERASMIAN

PERSEMBAHAN MURID

Dengan berakhirnya majlis pelancaran tersebut, maka berakhirlah perhimpunan rasmi pada minggu ini dan disudahi dengan sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
Cik Nor Sa'adah binti Sabidin

Share:

Perhimpunan Sesi Petang

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhimpunan rasmi pada petang ini dijalankan di Dewan Terbuka SKTPP2 berikutan cuaca yang gerimis. . Murid- murid dikumpulkan di Dewan Terbuka SKTPP2 . Guru yang bertugas telah memastikan agar murid berbaris dengan baik supaya tidak terkena tempias gerimis. Perhimpunan Mingguan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya tanpa iringan minus oneberikutan masalah teknikal yang dihadapi. Namun begitu, murid- murid tetap bersemangat menyanyikan 4 buah lagu tersebut. Majlis diteruskan dengan Bacaan Doa, Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.

Seterusnya adalah ucapan daripada guru bertugas mingguan iaitu Pn. Syarifah tentang interaksi dengan komuniti sekolah. Beliau menjelaskan kepada murid-murid bagaimana cara berinteraksi dengan komuniti di sekolah iaitu guru, kakitangan pejabat, pekerja swasta dan pekerja kantin serta murid-murid yang lain dengan cara yang tertib dan bersopan santun. 

Majlis perhimpunan mingguan diteruskan dengan persembahan "action song" oleh murid tahun 3 sebagai persediaan mereka mewakili sekolah dalam pertandingan yang bakal berlangsung pada hari khamis nanti. Tahniah diucapkan atas persembahan yang memukau.






Perhimpunan Mingguan tamat tepat jam 6.10 petang.

Berikut adalah nama- nama guru yang bertugas sesi petang sepanjang minggu ke 14.
1) Pn. Syarifah bt Sulaiman (K)
2) Pn. Narimah bt Zamri
3) Pn. Choo Pin Teng
4) Pn. Nor Anis bt Suhami
5) En. Ahmad Ridzuan b. Ismail
Share:

Laporan Perhimpunan Sesi Pagi Minggu 14/2015

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Perhimpunan pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya,  pengawas-pengawas yang bertugas mengetuai bacaan doa, Ikrar Rukun Negara, dan Ikrar Sekolah.
      
1.  Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Guru Bertugas pada minggu ini iaitu Pn. Khairun Nisa Binti Abdul Halim. Beliau meminta supaya murid dapat hadir ke sekolah dengan penuh bersemangat dan beriltizam untuk belajar bersungguh-sungguh tanpa menimbulkan sebarang masalah semasa berada di sekolah. Pn. Khairun Nisa memaklumkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah:

    1. EN. NOORHISHAM BIN MOHAMAD
    2. PN. MURNEI BT. AHMAD
    3. PN. NURUL AIDA BT. MOHD ROSLI
    4. CIK NORAZIAH BT. ALI
    5. EN. MOHAMAD RANI BIN ARBAIN 
   
2.  Guru bertugas menyampaikan ucapan tentang penggunaan buku teks SPBT. Beliau mengingatkan murid supaya menjaga, memelihara dan menghargai buku teks SPBT yang diterima kerana Kerajaan Malaysia telah membelanjakan minima RM180.00 setiap murid yang bersekolah di bawah KPM untuk keselesaan dan keberkesanan pembelajaran murid. Bacaan Akujanji Penerimaan Buku Teks SPBT dibuat oleh murid dengan diketuai oleh Ketua Pengawas SPBT adik Muhamad Airul Shahiezat.

3.  Slot PPDA pada hari ini diisi dengan topik Penyahgunaan Dadah Oleh Remaja. Guru bertugas memberi informasi mengenai faktor yang menjebak remaja seawal umur 10 tahun ke kancah dadah berdasarkan buku berjudul 5 Minit Amat Bermakna.  

4.  Ucapan Guru Disiplin ( Ustaz Mohd Razis Bin Mohd Shainisi)

  • Teguran kepada murid mengenai pemakaian tali leher, lencana sekolah dan tanda nama. Murid diberikan tempoh sehingga minggu Isnin hadapan untuk memastikan pakaian seragam sekolah masing-masing lengkap.
  • Ustaz Razis mengingatkan murid tentang peraturan sekolah mengenai Pembelajaran dan Pengajaran yang mana murid perlu berada di dalam kelas sepanjang tempoh P & P. Pergerakan murid yang tidak mengambil matapelajaran Bahasa Arab adalah tertakluk kepada guru Bahasa Arab di dalam kelas tersebut.


5.  Ucapan Pentadbir ( En. Ahmad Mustaqiem Bin Ibrahim, PK Ko-kurikulum ) 

  • Teguran kepada murid mengenai pemakaian tudung hitam semasa sesi persekolahan adalah tidak dibenarkan.
  • Murid perlu memakai baju-T Pendidkan Jasmani pada hari yang sepatutnya dan sekiranya tiada, murid boleh mengenakan baju-T putih yang telah ditampal lencana sekolah dan tanda nama. Murid yang tidak memakai pakaian lengkap tidak dibenarkan menjalankan aktiviti PJ.
  • Hanya 2 orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan dibenarkan masuk untuk mengambil peralatan di dalam bilik PJ mengikut kesesuaian dengan pengawasan guru.




 Ucapan guru bertugas Pn. Khairun Nisa Binti Abdul Halim

 Ketua Pengawas SPBT mengetuai bacaan Akujanji Penerimaan Buku Teks SPBT-
Adik Muhammad Airul Shahiezat

 Bacaan Akujanji Penerimaan Buku Teks SPBT oleh murid.

 Slot PPDA oleh Guru Bertugas

 Ucapan oleh Guru Disiplin - Encik Mohd Razis Bin Mohd Shainisi

Ucapan oleh Penolong Kanan Ko-kurikulum - Encik Ahmad Mustaqiem Bin Ibrahim
Share:
LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PETANG MINGGU KE 13/2015

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Majlis perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Perhimpunan diteruskan lagi dengan bacaan doa, Ikrar Rukunegara dan Ikrar Murid.

1.Guru bertugas Pn Yuzainismar bt Yusoff selaku Ketua Guru Bertugas memaklumkan senarai guru bertugas
   minggu ini iaitu :

   * Pn Nor Atiqah Nasarudin
   *Pn Mufidah Zafirah
   *Pn Suriani Ibrahim
   *Pn Surina Mohamad
   *Pn Salimah Nuriyah
   *En Mohd Sharizam

Pn Yuzainismar menyampaikan ucapan dengan tema Adab Menziarah. Antara adab-adab menziarah yang patut dilakukan ialah memberikan salam, bersalaman dengan orang yang diziarah, menjaga tutur kata ketika berbual dengan orang yang diziarah serta menziarah pada waktu yang sesuai.

2.Ucapan Guru Disiplin En. Kamarulizam antaranya menyentuh tentang :

*Murid-murid perlu beratur mengikut ketinggian ketika hendak bergerak naik ke kelas, ke tapak
  perhimpunan, bilik-bilik khas dan juga semasa hendak pulang.
*Murid-murid diminta menjaga kebersihan diri dan juga persekitaran sekolah dengan membuang sampah di
  dalam tong sampah yang disediakan.

Perhimpunan tamat tepat jam 6.10 petang
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU 13/2015

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Majlis perhimpunan pada pagi ini dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya.Seterusnya pengawas-pengawas yang bertugas membacakan doa, Ikrar Rukun Negara, dan Ikrar Sekolah.

1. Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Guru Bertugas pada minggu ini iaitu Pn. Norshahiza bt Razali.Beliau memaklumkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :

 1. Pn. Nor Shahida binti Ibrahim
 2. Cik Felicia Gatun
 3. Pn. Nur Leen binti Ismail
 4. Pn. Syahida binti Ahmad
 5. Pn. Rohaila binti Abdullah
 6. En. Ahmad Zakir bin Tamsir

Guru bertugas menyampaikan ucapan berdasarkan tema pada minggu ini iaitu Adab Menziarah.
Majlis perhimpunan diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah untuk :
     
         i) Pertandingan Bicara Berirama ( Tempat Ketiga)
         ii) Pertandingan Bola Sepak ( Tempat Ketiga )
        iii) Olahraga MSSD

2. Ucapan Pentadbir ( Pn. Norlela binti Hashim, PK HEM )

     i) Teguran kepada murid mengenai sebutan perkataan "tuanku" dalam lagu Negeri Selangor perlu disebut dengan betul dan jelas.
    ii) Pengurusan masa rehat murid- loceng pertama murid-murid perlu bersedia untuk berkumpul di dewan terbuka dan loceng kedua murid perlu terus berkumpul di dewan terbuka.
    iii) Murid dilarang bermain pada waktu rehat.



Ucapan guru bertugas oleh Pn. Norshahiza binti Razali



Pasukan Bicara Berirama ( Tempat Ketiga )



Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun ( Tempat Ketiga )  



Peserta Pertandingan  Olahraga Peringkat MSSD 



Ucapan oleh Pn. Norlela Binti Hasim ( PK HEM )





Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts