JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 31



SK Taman Putra Perdana (2), 24 Ogos (Isnin): Pada minggu ke 31, murid SKTPP2 ditekankan tentang amalan nilai murni, terutamanya nilai patriotisme. Nilai ini amat bersesuaian bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Nilai Patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Murid yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri samada dalam akademik mahupun ko-akademik. Justeru itu, Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah menganjurkan Kuiz Kemerdekaan yang bertempat di PSS sekolah. Kuiz ini diadakan untuk mengukur sejauh mana pengetahuan murid tentang Kemerdekaan Negara. 
                                                       
                  
Pn. Zaripah bt. Ismail
                 
      Pada minggu ini,  guru yang bertugas ialah Pn. Zaripah bt. Ismail, Pn Nadhrah bt. Ab Satar, Cik Jagjer Kaur, Cik Siti Mushrifah bt. Ahmad Kamal, dan En. Ramdani b. Mohd Suhud. Murid-murid yang mempunyai masalah bolehlah merujuk kepada guru-guru berkenaan.

                                                En. Rosmadi b. Abd Manaf


         Selain itu, murid dimaklumkan tentang pembukaan rasmi Bilik VLE Frog. Semua murid dijemput untuk menggunakan aplikasi tersebut. Murid juga diingatkan tentang semakan kata laluan mengikut senarai nama kelas tahun lepas. Terdapat tawaran hadiah yang lumayan bagi murid yang banyak melayari aplikasi tersebut. Pengumuman ini telah dibuat oleh En. Rosmadi b. Abd Manaf
      
                                             
              
                     Akhir Perhimpunan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Norlela bt. Hasim telah memberi nasihat kepada murid-murid SKTPP2 terutamanya kepada calon UPSR, murid Tahun Enam tentang penjagaan kesihatan. Seterusnya beliau memberi peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah. 


Share:

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE-30

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhimpunan rasmi sesi petang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Lagu Sekolah, dan Malaysia Berjaya, bacaan doa dan ikrar Rukun Negara serta ikrar murid.

GURU BERTUGAS MINGGUAN 
1. Pn. Faiza Fitria bt Che Mat (K)
2. Pn. Wan Marhaini bt Wan Mohammad
3. En. Mohd Sazali b. Abd Rani
4. Pn. Faziha bt Abdullah
5. Pn. Umi Nazrah
6. Pn. Sulia Syazwani
7. Pn. Mariam
Ucapan guru bertugas

TEMA : SAYANGI NEGARA - SEMANGAT PATRIOTIK
Guru menerangkan maksud semangat patriotik iaitu perasaan cintakan negara. Murid -murid diminta menyayangi negara sendiri. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah semasa menyanyikan lagu Negaraku, dimana murid perlu berdiri tegak sambil menyanyi dengan penuh semangat dan penuh perasaan sayang akan negara.

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2015
Pn. Asniza bt Amirudin memulakan majlis dengan menerangkan bahawa sambutan Bulan Kemerdekaan berlangsung selama sebulan bermula 16 Ogos hingga 16 September 2015. Pelbagai aktiviti telah dirangka oleh untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan. Tema Bulan Kemerdekaan tahun ini ialah Sehati Sejiwa.

Pn. Asniza - Pengacara Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2015

Seterusnya, Pn Asniza menjemput murid-murid dari tahun 2 untuk mempersembahkan sajak dalam pelbagai bahasa. Pn. Azlimariah bt Arifin selaku PK Petang seterusnya merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015 diikuti dengan penyerahan Jalur Gemilang. Majlis dimeriahkan lagi dengan gimik membebaskan burung dari sangkar tanda simbolik kemerdekaan. Ahkhir sekali, murid-murid dan guru-guru menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh semangat. 
Persembahan sajak

Penyerahan Jalur Gemilang

Gimik melepaskan burung

Nyanyian Jalur Gemilang
 Perhimpunan tamat pada pukul 6.40 petang


Share:
PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-30

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Perhimpunan rasmi ini didahului dengan nyanyian, doa dan bacaan ikrar.


Guru bertugas memberi ucapan pada minggu ini yang bertajuk Negaraku Malaysia - semangat patriotik. Semangat patriotik bermaksud semangat cinta akan negara. Ia perlu dipupuk di kalangan murid-murid agar dapat mempertahankan keamanan negara kita daripada dijajah lagi. Ia boleh ditunjukkan melalui berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan, menghormati bendera dan sebagainya.



Ucapan Penyelaras Bulan Kemerdekaan 2015 oleh Pn. Mazilah binti Jamaludin. Sambutan Bulan Kemerdekaan berlangsung selama sebulan bermula 16 Ogos hingga 16 September 2015. Pelbagai aktiviti dirangka oleh Panitia Kajian Tempatan/Sejarah dengan kerjasama Panitia-panitia lain bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan. Temanya ialah Sehati Sejiwa.


Akhir sekali ucapan oleh Puan Siti Hanim binti Sungit selaku PK Pentadbiran yang menekankan tentang semangat patriotik yang perlu dipupuk di kalangan murid-murid. Seterusnya beliau merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015


Kemudian, penyerahan Bendera Malaysia kepada Guru Besar. Manakala gimik perasmian ialah melepaskan dua ekor burung merpati ke udara sebagai tanda kebebasan. Majlis perasmian Bulan Kemerdekaan diakhiri dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang.


Guru Bertugas Pada Minggu Ini :
1. Pn Mazilah bt Jamaludin
2. Pn Norizan bt Isa
3. Pn Lee Sau Mei
4. Cik Noraini bt Yusoff
5. Cik Nurhidayahni bt Jasni
6. En Rosmadi bin Abd Manaf



Share:

MAKLUMAN: MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Assalamuaikum, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Dimakluman bahawa SK Taman Putra Perdana 2 akan mengadakan majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015 seperti ketetapan berikut:

Tarikh               : 17 Ogos 2015
Tempat             : Dataran Perhimpunan
                           SK Taman Putra Perdana 2
Masa                : 7.20 pg – 8.00 pg (Sesi Pagi)
                           6.00 ptg – 6.40 ptg (Sesi Petang)                
Perasmi            : En Kamsani bin Sahlan

                           (Guru Besar SKTPP2)


Tentatif Program

WAKTU
AKTIVITI
7.20 pg /
6.00 ptg
Perhimpunan mingguan bermula.
7.35 pg /
6.15 ptg
Majlis perasmian bermula dengan dikendalikan oleh pengerusi majlis.

Persembahan murid.

Ucapan perasmian oleh Guru Besar / Penolong Kanan Petang.

Penyerahan bendera Jalur Gemilang.

Nyanyian lagu patriotik (Tanggal 31/Jalur Gemilang/Keranamu Malaysia).
8.00 pg /
6.40 ptg
Majlis perasmian tamat dan perhimpunan bersurai.


Share:

FUN ENGLISH CAMP SKTPP2 2015

Sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru Bahasa Inggeris, guru-guru bukan opsyen yang turut membantu dan para murid yang terlibat dalam menjayakan FUN ENGLISH CAMP 2015. Turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Siti Hanim, Penolong Kanan Kurikulum, ahli-ahli PIBG dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Program yang diadakan ini mempunyai tiga objektif iaitu:
1.1  Menimbulkan minat murid dalam Bahasa Inggeris.
1.2  Menguji tahap kefahaman dan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris.

1.3  Membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.


Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Bil
Aktiviti
Deskripsi
1
Newspaper-in-Education (NIE)
Focused skill: Grammar
Murid akan menggunakan surat khabar untuk mencari pelbagai jenis tatabahasa.
2
Be Creative (Listen and Perform)
Focused skill: Language Arts
Murid akan mendengar lagu dan akan membuat persembahan secara kreatif menggunakan alatan muzik dan lagu.
3
Be Confident (Public Speaking)
Focused skill: Listening and Speaking
Murid akan diberi 1 tajuk. Murid akan diberi 2 minit untuk membuat pengucapan berdasarkan tajuk yang dipilih.
4
Let’s write! (Continuous writing)
Focused skill: Writing
Murid akan bergilir-gilir menulis sepotong ayat untuk dijadikan 1 cerita lengkap.
5
Listen and Draw
Focused skill: Listening and Speaking
Murid akan diberi arahan dan perlu melukis berdasarkan arahan yang diberi.
6
Do you know how to use a dictionary?
Focused skill: Dictionary skill
Murid menggunakan kamus untuk mencari maksud perkataan tertentu.
7
Treasure Hunt
Focused skill: Reading
Murid akan diberikan arahan untuk mencari lokasi terakhir.
8
Telematch
Focused skill: Reading & Writing
Murid akan menjalani aktiviti sukaneka sebelum menyusun perkataan dan ayat.
9
3R (Relax, Respond and Regain)
Focused skill: Grammar & Language Arts
Pelbagai aktiviti yang merangkumi ‘word search’, ‘hidden items’ dan ‘puzzle’.
10
Puzzle 4Pictures 1Word
Focused skill: Language Art
Murid akan meneka satu perkataan yang menerangkan keempat-empat gambar yang diberikan atau persamaan gambar berikut.

Fun English Camp in pictures:






See ya in the next camp!!
~Felicia~ 


Share:

PROGRAM MOTIVASI PECUTAN AKHIR UPSR 2015

Sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat bagi menjayakan Program Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2015. Program ini telah diadakan seperti ketetapan berikut:

HARI                    : ISNIN
TARIKH               : 10 OGOS 2015
MASA                  :  8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT              : DEWAN TERBUKA SKTPP2
PENCERAMAH    : NIK SYUHARUL APIZO BIN SAFIEN
                              (UNIT INTEGRITI, JABATAN KETUA PENGARAH MARA)

TENTATIF PROGRAM

7.20 pg - 8.10 pg                     : Perhimpunan Rasmi Mingguan
8.10 pg - 8.30 pg                     : Murid berkumpul di Dataran Terbuka SKTPP2
8.30 pg - 10.30 pg                   : Slot Pertama (Motivasi dan kesedaran)
10.30 pg - 11.00 pg                 : Rehat
11.00 tgh hari - 1.00 ptg          : Slot Kedua (Persediaan Menghadapi Peperiksaan)

1.20 ptg                                   : Bersurai



SUASANA SEMASA PROGRAM










Diharapkan agar program ini dapat meningkatkan lagi motivasi anak-anak didik SKTPP2 untuk terus berusaha dan bersemangat bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan hadapan. Semoga kejayaan mengiringi anak-anak didik SKTPP2. 
Share:

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG (MINGGU KE-29)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perhimpunan rasmi sesi petang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah, dan Malaysia berjaya, bacaan doa dan ikrar Rukun Negara serta ikrar murid.



Guru Bertugas Minggu 29:



1. Cik Mazliyana Amalina Bt Mazlin
2. Cik Monei
3. Puan Normah Bt Shafie
4. Puan Suryanie Bt Hamzah
5. Puan Nur Rahayu Binti Yusof
6. En. Wan Adli B. Wan Deraman

Tema :Seni dan Kebudayaan Melayu
Guru menerangkan tentang jenis-jenis seni dan kebudayaan Melayu yang dipraktikkan dalam mata pelajaran Dunia Seni Visual seperti mewarna, mengecat, melukis, dan menganyam.

Ucapan Guru Disiplin Petang : En Mohd Kamarulizam Bin Ngah

Antara teguran dan masalah disiplin yang diberi peringatan kepada murid ialah :
A. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah.
Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Dua orang murid tahun 1 didapati membawa telefon bimbit ke sekolah dan kes ini telah pun diselesaikan.

B. Larangan keberadaan murid di dalam kelas semasa rehat.
Semua murid perlu berada di kantin atau dewan terbuka semasa waktu rehat. Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa rehat bagi mengelakkan kes kehilangan barang.

Perhimpunan bersurai tepat jam 6.40 petang.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-29

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Perhimpunan rasmi ini didahului dengan nyanyian, doa dan bacaan ikrar.

Guru bertugas memberi ucapan pada minggu ini yang bertajuk Seni  Tari Di malaysia.Terdapat pelbagai seni tarian di Malaysia dari pelbagai kaum. Antaranya tariannya ialah tarian Singa oleh Kaum Cina, Tarian Dikir Barat oleh Kaum Melayu dan Tarian Sumazau oleh kaum Kadazandusun.



Ustaz Razis memberikan peringatan kepada semua murid tentang tindakan yang akan diambil berikutan tentang kehilangan basikal murid baru-baru ini.








Akhir sekali ucapan oleh Tuan Guru Bersar. Guru Besar menekankan tentang peraturan sekolah. Beliau menekankan tentang  pemakaian sekolah yang lengkap terutamanya pemakaian tali leher sekolah. Beliau turut menegur tag nama  murid yang berwar-warni dan meminta PK HEM iaitu Pn Norlela untuk melaraskan warna tag nama pada tahun hadapan.

Guru Bertugas Pada Minggu Ini :
1. Pn Fauziah bt Salehoddin
2. Pn Suzianti bt Suhaimi
3. Pn Aliza bt Ahad
4. Cik Nor Sa'adah bt Sabidin
5. Pn Roselind bt Mustapha
6. Pn Nur Hafizah bt Othman
7. En Ezol Fitri b Ahmad Muniran

















Share:

JADUAL UJIAN BULANAN 2 2015 ( TAHUN 6 )




SK TAMAN PUTRA PERDANA 2, 47130 PUCHONG,
SELANGOR DARUL EHSAN
JADUAL UJIAN BULANAN 2  TAHUN 2015

TAHAP 2 (TAHUN 6 )


Tarikh

8.00 - 8.50 pg.

9.10 -10.25 pg.

10.30 - 10.50 pg.

11.10 - 12.00 tgh.

12.20 - 1.20 ptg.

11 .8. 2015
Selasa
Bahasa Inggeris
( Kertas 1)
( 50 Minit )
Bahasa Melayu
(Penulisan)
 ( 1 Jam 15 Minit )

Rehat
Bahasa Melayu (Pemahaman )
(50 Minit )
Matematik
 (Kertas 1)
( 1 Jam )


12 .8. 2015
Rabu
8.00 - 9.15 pg.

9.30 - 10.30 pg.
10.30 -10.50 pg.
11.10 - 12.25 tgh.
12.40 -1.20 ptg.
Bahasa Inggeris
 (Kertas 2)
( 1 Jam 15 Minit )
Pend. Islam/Pend. Moral
( 1 Jam )

Rehat
Sains
( 1 Jam15 Minit )
Matematik
 (Kertas 2)
( 40 Minit )

NOTA PENTING:
a)    Kehadiran murid adalah wajib kecuali sakit. Murid yang tidak hadir lebih daripada 3 hari, markah ujian/peperiksaan tidak akan diambil sebagai markah ujian bulanan 2  tetapi dianggap sebagai latihan sahaja. 
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts