Monday, January 4, 2016

Amalan Guru Penyayang (AGP) 2016

"Kami Datang Dengan Harapan, 
Kami Pulang Dengan Kejayaan"

Keceriaan jelas terpancar di wajah setiap murid yang hadir ke sekolah pada hari ini. Kesungguhan yang sebegini diharapkan dapat dikekalkan sepanjang tahun 2016. Guru-guru juga bersemangat melaksanakan Amalan Guru Penyayang (AGP) yang telah dilaksanakan semenjak 3 tahun yang lalu.

Objektif pelaksanaan AGP adalah
  • Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Pelaksanaan AGP adalah harus berterusan dan mempunyai beberapa fasa. Namun fasa pertama dan sangat penting adalah mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah. Antara momen-momen menarik yang sempat dirakamkan sepanjang AGP.

Keceriaan guru-guru menyambut kehadiran murid seawal pukul 7.00 pagi

Guru Besar bersama PK Kokurikulum turut bersama-sama mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar utama

Lawatan oleh Jemaah Nazir untuk hari pertama persekolahan
Semoga AGP dapat terus diamalkan sepanjang tahun ini dengan kerjasama semua guru SK Taman Putra Perdana 2. TAHNIAH dan terima kasih dari pihak sekolah untuk semua.



No comments:

Post a Comment