JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU 31)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU 31)

Senarai Nama Guru Bertugas:
1. Pn. Nurhidayahni bt Jasni
2. En. Norizi bin Mohamed
3. En. Zawadi bin Ali
4. Pn. Rohaila binti Abdullah
5. Pn. Nasibah binti Yusoff
6. Pn. Norhafiza binti Ismail
7. En. Ahmad Amirul Hidayat bin Abu Bakar

TEMA: Malaysia Negaraku: Identiti Negara

Perhimpunan dimulakan dengan:

  • Nyanyian lagu
  • Bacaan doa
  • Bacaan ikrar



Guru bertugas, Pn. Nurhidayahni, memberikan ucapan berkaitan tema perhimpunan mingguan - Identiti Negara.




Penyampaian 'chocolate bouquet' sebagai penghargaan kepada Cik Felicia Gatun dan Shasnieta A/P K. Muralitharan kerana telah mewakili Persatuan Pandu Puteri ke Taiwan.




Penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang pertandingan Hafazan dan Tulisan Khat yang telah berlangsung sempena Bulan Dakwah.



Perhimpunan bersurai dan murid masuk ke kelas masing-masing tepat jam 8.00 pagi.

Share:

PERTANDINGAN POSTER KEMERDEKAAN


Share:

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 61 (SESI PAGI)

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 61 ( SESI PAGI)

  Tarikh : 15 Ogos 2018
  Hari     : Rabu
  Tempat : Dewan Terbuka
  Tema : Sayangi Malaysiaku


 Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, dan diikuti dengan bacaan doa oleh Alfadil Ustaz Amirul.


Seterusnya, adalah ucapan daripada penyelaras program, Puan Siti Raudhah diikuti dengan ucapan perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran Puan Zulastri.



    Majlis seterusnya diteruskan dengan gimik perasmian, penyerahan bunga kebangsaan sebagai bunga rasmi kebanggaan negara. 5 kelopak melambangkan 5 prinsip rukun negara yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.

Perarakan panji-panji melambangkan penghormatan kepada perajurit yang telah berkorban demi kemerdekaan negara.







Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan silat seni daripada adik Elyana sebagai lambang tradisi masyarakat Malaysia.

Murid seterusnya bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik sebagai tanda cinta terhadap negara diiringi oleh pasukan koir sekolah pimpinan Puan Faiza dan Puan Aliza.



Seterusnya, murid-murid bersama-sama mengikuti aktiviti senamerdeka pimpinan Panitia Pendidikan Jasmani. 
,



                   Tepat jam 10.00 majlis tamat dan murid bersurai.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI MINGGU 30

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (SESI PAGI) MINGGU 30


      Perhimpunan dimulakan dengan nyanyi lagu , bacaan doa serta bacaan ikrar oleh pengawas bertugas.
      Puan Ifahayati selaku guru bertugas menerangkan tentang bulan patriotik dan mengingatkan murid tentang kepentingan semangat cintakan negara



                Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada  Yapiem untuk murid anak yatim



          Seterusnya, majlis diteruskan dengan Penyerahan Sijil Wartikah Lantikan BSMM Peringkat Kebangsaan






          Majlis diteruskan dengan Wartikah Perlantikan Pengakap .






Selain itu, penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Silat Seni


          Seterusnya, Ustaz Razis mengingatkan tentang kepentingan menjaga disiplin dan tungkah laku.

         Pengumuman tambahan, Perjumpaan Kokurikulum berjalan seperti biasa untuk Kelab persatuan dan sukan dan permainan ( Tahun 4 serta murid tahun 5 yang tidak terlibat dengan peperiksaan sekolah agama)

Sekian, terima kasih.


Share:

Bengkel Asas Pengaturcaraan Komputer (coding)


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts