JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN WAKTU KOKURIKULUM 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MAKLUMAN WAKTU KOKURIKULUM 2020

Aktiviti Kokurikukum bermula pada 8 Januari 2020 pada setiap Hari Rabu




Kerjasama semua amat dihargai Dan didahului dengan ucapan terima kasih
Share:

MAKLUMAN WAKTU PERSEKOLAHAN SKTPP2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut merupakan waktu persekolahan bagi Tahun 2020



Kerjasama semua amat dihargai Dan didahului dengan ucapan terima kasih

Share:

KEDAI BUKU SEKOLAH SKTPP2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KEDAI BUKU SEKOLAH SKTPP2

Perhatian kepada ibu bapa serta penjaga, kedai buku sekolah akan mula beroperasi pada 2 Disember 2019.

Waktu Operasi :

Isnin hingga Sabtu
9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pembelian secara online juga boleh dibuat di laman sesawang 👇

 http://www.eco.pustakarakyat.com.my:84

Sekian makluman, terima kasih




Share:

Hari Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Prasekolah 2019


MAKLUMAN

  1. Murid-murid yang tidak terlibat , direhatkan pada tarikh tersebut. 
  2. Persekolahan seperti biasa pada 22 November 2019 ( Jumaat)
  3. Murid-murid Tahun 6 yang akan mengambil keputusan UPSR dibenarkan masuk ke kawasan sekolah pada jam 10.30 pagi
  4. Cuti Akhir Tahun bermula pada 23 November hingga 1 Jan 2020
Share:

MAKLUMAN HARI ORIENTASI TAHUN 1 (KEMASUKAN TAHUN 2020)

TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 16 NOVEMBER 2019 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKTPP2
MASA : 8.00 Pagi - Pendaftaran
               8.30 pagi - Taklimat kepada Ibubapa
               9.00-11.00 pagi - Agihan Buku Teks dan Fail


SENARAI NAMA MURID TAHUN 1 2020 (ORIENTASI) MENGIKUT KUMPULAN

Share:

KARNIVAL KELUARGA PIBG SKTPP2 2019







DEBARAN MAKIN TERASA !!

Jom kunjungi KARNIVAL KELUARGA PIBG SKTPP2 2019 esok 👍

Banyak gerai serta kejutan menarik menanti anda . Pastikan temujanji kita esok! 10 hb ❤️

Jangan lepaskan peluang ! Jom Belanja Sambil Menderma ⭐⭐⭐


Share:

MAKLUMAN PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MAKLUMAN PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM 2019

Perhatian kepada semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) Perhimpunan Unit Beruniform akan diadakan di ketetapan di bawah.

Hari : Isnin
Tarikh :14 Oktober 2019
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi

Proses pembelajaran berjalan seperti biasa 

Murid-murid digalakkan memakai unit beruniform lengkap. Jika memakai tshirt unit uniform sila pakai seluar sekolah.

Bagi murid-murid yang tiada hendaklah memakai baju uniform sekolah yang lengkap.

Sekian makluman dan terima kasih.


Share:

MAKLUMAN CUTI PERAYAAN DEEPAVALI 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

MAKLUMAN CUTI PERAYAAN DEEPAVALI 2019

Cuti Perayaan Deepavali adalah seperti berikut :


Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Share:

JADUAL PENTAKSIRAN SUMATIF 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berikut merupakan Jadual Pentaksiran Sumatif 3




Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
Share:

MAKLUMAN MASALAH BEKALAN AIR SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pihak sekolah mengalami masalah bekalan air  jadi pihak sekolah mencadangkan murid - murid untuk membawa 2 botol mineral (kecil)

Pihak sekolah sedang berusaha menangani masalah air secepat mungkin.

Segala kesulitan amat kami dikesali. Terima kasih atas kerjasama.


Share:

MAKLUMAN MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut merupakan makluman bagi Majlis Apresiasi Tahun 6 2019 :





Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Share:

Makluman Jerebu Terkini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

*SK: TPP2 SEKOLAH DIBUKA SEMULA PADA ISNIN 23/9/19*

Berdasarkan bacaan nilai IPU di stesen Putrajaya pada pukul 6 petang yang *berada di bawah 200* [TIDAK BERADA di paras Sangat Tidak Sihat (201-300)] maka sekolah akan dibuka semula esok.  Bagi kebaikan bersama adalah dipohon kerjasama semua ibubapa/penjaga agar:

1. memastikan anak membawa dan memakai topeng muka (face mask) ke sekolah

2.  merehatkan anak tuan/puan di rumah sekiranya dia mempunyai simptom-simptom tidak sihat seperti demam, batuk, semput, lelah dan sebarang penyakit yang membahayakan akibat alah pada jerebu

3. memastikan anak tuan/puan memakai pakaian seragam sekolah lengkap kerana semua aktiviti fizikal/majlis di kawasan terbuka adalah dibatalkan.

4. membekalkan anak dengan bekalan air minuman masak yang banyak dari rumah.

5. sentiasa prihatin dan peka terhadap nilai IPU semasa (stesen Putrajaya)  dan mengikuti pengumuman semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Sekian. Terima kasih.

*Guru Besar*
SK TPP 2
22/9/2019
6.15 pm

#1 *Jika trend bacaan IPU menunjukkan peningkatan melebihi 200 bermula malam ini hingga 5.00 pagi esok, maka sesi persekolahan esok akan dibatalkan.*
Share:

MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN JEREBU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 *SKTPP 2 : SEKOLAH DITUTUP SELAMA DUA HARI (KHAMIS, JUMAAT - 19 & 20 SEPTEMBER 2019).*

Bersama ini disertakan surat arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memaklumkan semua sekolah di Selangor ditutup selama dua hari mulai esok.

Sehubungan itu, murid tidak perlu hadir ke sekolah sementara para guru dan Anggota Kumpulan Sokongan hadir bertugas seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

GURU BESAR
SKTPP 2
Rabu, 18/9/19
6.15 pm




Share:

MAKLUMAN BERKENAAN JEREBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makluman Jerebu SKTPP2



Sekian , terima kasih .
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 29 SESI PAGI (ISNIN 5.8.2019)




Perhimpunan rasmi Isnin, 05 Ogos 2019 dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.


UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Siti Sarah binti Mohd Nor mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1.       PN. SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
2.       PN. MARGARET ANN a/p ARPUTHAM
3.       PN. IFAHAYATI BINTI ISMAIL
4.       CIK NOR SA’ADAH BINTI SABIDIN
5.       PN. NORIZAN BINTI ISA
6.       EN. ROSMADI BIN ABD MANAF
7.       EN. ZAWADI BIN ALI

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Tema pada minggu ini ialah “BERTANGGUNGJAWAB – CELIK WANG”.
Makna ‘celik wang’ ialah cara kita mengurus wang dengan bijaksana supaya boleh berbelanja mengikut kemampuan. Antara faedah celik wang adalah :
1.       Supaya kita tidak ditipu oleh orang lain
2.       Berbelanja mengikut kemampuan
3.       Boleh menabung dan digunakan untuk kecemasan

Dalil Al-Quran dari surah Al-Furqan ayat 67 bermaksud ‘dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah apabila membelanjakan hartanya tidak melampui batas dan tidak bakhil (kedekut) sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana’.

Konklusinya, jadilah seorang yang bertanggungjawab dalam menguruskan wang perbelanjaan dan berbelanjalah secara berhemah

Sekian, terima kasih.


Ucapan Guru Bertugas Mingguan

PENYAMPAIAN SIJIL

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada murid  yang terlibat mewakili sekolah dalam acara :
1)       Anugerah Tunas Harapan Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruh Jaya Cawangan
2)       Pertandingan Scrable
3)       Seni bela diri Teakwando KPM Peringat Negeri Selangor


Penyampaian Sijil Kokurikulum

 
UCAPAN GURU DISIPLIN DAN PENOLONG KANAN KURIKULUM
En. Fakhrurrazi Amin bin Senin selaku guru disiplin menegur sikap murid yang tidak Mengambil berat tentang kebersihan di dalam kelas. Pn. Zulastri binti Mohamad Zahidi selaku Penolong Kanan Kurikulum juga menegur sikap murid yang tidak menjaga kebersihan. Memandangkan sekolah kekurangan kaki tangan pekerja pembersihan, murid seharusnya bersikap prihatin tentang kebersihan di dalam kelas dan juga di kawasan sekolah. Adab menjaga kebersihan bukan sahaja diajar dan diaplikasi di sekolah sahaja, malah dibentuk dari rumah. Seharusnya murid peka dengan kebersihan di dalam kelas supaya keadaan ini juga mencerminkan sikap murid di rumah.


Ucapan Guru Disiplin

Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum


Perhimpunan berakhir pada jam 8.10 pagi.

Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 27 SESI PETANG

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan ikrar oleh pengawas yang bertugas.

Seterusnya ucapan oleh ketua guru bertugas, Puan Mufidah Zafirah. Tema bagi minggu tersebut ialah "Hormat-menghormati : Menghormati warga sekolah." Puan Mufidah mengingatkan murid cara-cara menghormati warga sekolah, antaranya mendengar arahan guru semasa guru sedang mengajar di dalam kelas dan menjaga kebersihan kawasan sekolah. Puan Mufidah menyatakan guru-guru yang turut bertugas pada minggu ini iaitu:

1) Puan Siti Suriati
2) Puan Norehan
3) Cik Nuruk Aisah
4) Puan Normah
5) Puan Suriayati
6) Encik Hafidzuddin

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru pengawas, Puan Baizura. Puan Baizura mengingatkan murid-murid berkenaan peraturan sekolah serta tidak terkut-ikut dengan vape yang sedang diwar-warkan di kalangan murid. Puan Baizura mengingatkan murid-murid supaya tidak membawa sebarang bentuk vape ke sekolah.

Perhimpunan tamat pada pukul 6.40 petang.





Share:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.




Marilah kita sama-sama doakan semoga semua murid tahun 6 dapat menjalani Peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Sekolah yang akan diadakan dari 29 Julai 2019 hingga 2 Ogos 2019 dengan jayanya. Jadual Peperiksaan  Percubaan UPSR adalah seperti di bawah:




Share:

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE 26

Perhimpunan Mingguan dimulakan dengan nyanyian :

1) Lagu Negaraku
2) Lagu Negeri Selangor
3) Lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2

Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas yang bertugas.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru bertugas, Puan Suwaibah. Murid-murid diingatkan berkenaan sikap ketika perhimpunan sedang berlangsung. Guru bertugas juga mengingatkan supaya murid-murid menghormati golongan yang kurang upaya (OKU).

Perhimpunan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian imfree oleh adik bernama Hani Safiyya.

Seterusnya guru pengawas, Puan Baizura memberikan ucapan berkenaan disiplin murid.

Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.



Persembahan nyanyian imfree
Share:

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE 25

Perhimpunan sesi petang pada Isnin 8 Julai 2019 dimulai jam 6.10 petang. Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Pengawas kemudiannya memimpin bacaan doa dan ikrar. Diikuti dengan ucapan Ketua Guru Bertugas, Guru Unit Disiplin  dan Penolong Kanan Petang.

Ucapan guru berkisar tentang disiplin murid-murid dan peringatan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika di sekolah. Murid-murid diingatkan supaya memakai kasut apabila keluar dari bilik-bilik khas. Diberi penerangan juga mengenai tema minggu ini iaitu 'hormat-menghormati di kalangan ahli keluarga'. Murid-murid diminta menanamkan sikap sopan-santun di antara ahli keluarga supaya dapat menjadi murid yang berakhlak mulia dan disayangi.

Perhimpunan berakhir pada pukul 6.40 petang.



Guru-guru bertugas mingguan ( 8 - 12 Julai 2019) :
Puan Wan Syafifah Khalilah binti Wan Bakar
Puan Noraziah binti Katimin
Encik Wan Adli bin Wan Derahman
Puan Mazliyana Amalina binti Mazlin
Puan Rasina binti Haji Yaacob






Share:

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE 24.

Perhimpunan sesi petang dimulai
dengan nyanyian tiga buah lagu.
1 Negaraku
2 Lagu Selangor
3 Lagu Sekolah

Share:

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.


Kami doakan semoga semua murid tahun 6 dapat menjalani Peperiksaan Pra Percubaan UPSR Peringkat Sekolah yang akan diadakan dari 8 Julai 2019 hingga 11 Julai 2019 dengan jayanya. Jadual Peperiksaan Pra Percubaan UPSR adalah seperti di bawah:



Share:

PERKHEMAHAN PERDANA SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Perkhemahan Perdana SKTPP 2 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh    : 28 - 30 Jun 2019
Tempat  : Padang SKTPP 2


Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 23 (SESI PETANG)

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian:



1) Lagu Negaraku

2) Lagu negeri Selangor

3) Lagu sekolah



Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas bertugas,



Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, Pn. Mawadah binti Shamsuddin. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa mengamalkan sikap yang baik dengan sesiapa sahaja terutamanya ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Guru bertugas juga mengingatkan murid-murid supaya menjaga kesihatan kerana cuaca yang panas pada waktu sekarang.



Guru bertugas mingguan:
1) Puan Fasihah
2) Encik Salmizi
3) Puan Hamizah
4) Puan Baizura 
5) Puan Anis



Seterusnya guru disiplin, Encik Mohd Kamarulizam bin Ngah memberikan ucapan berkenaan disiplin murid sepanjang pemerhatian beliau terutamanya dari segi duit raya. 


Ucapan dari PK Petang, Pn Fauziah binti Salehoddin mengenai kebersihan kawasan sekolah dan di dalam bilik darjah perlu dititikberatkan kerana berlakunya pengurangan "cleaner" di sekolah serta disiplin murid

Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang
Share:

LAPORAN HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA (DARJAH 4 - 6) BAGI TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt. & Salam sejahtera.



Program Hari Jalinan Mesra Kali Pertama SK Taman Putra Perdana 2 bagi tahun 2019 (sesi pagi) sedang diadakan pada hari ini. Pihak sekolah sangat menggalakkan ibu bapa dan penjaga murid untuk hadir ke sekolah sehingga jam 12.00 tengahari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk bertemu dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak masing-masing.



Tarikh       : 21 Jun 2019 / 17 Syawal 1440H
Masa         : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Tempat      : Mengikut kelas masing-masing


Berikut merupakan suasana sekitar program Hari Jalinan Mesra :

Guru Kelas dan Pembantu Guru Kelas saling bertukar pandangan bersama ibubapa yang hadir


Para Ibubapa setia menunggu dihadapan kelas bagi mendengar perkembangan anak masing-masing
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 22 (ISNIN 17 JUN 2019)

Minggu ini ialah minggu ke 22bagi sesi persekolahan tahun 2019. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah.

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Guru bertugas pada minggu ini adalah :

1. PN. NORIZAN BINTI ISA
2. PN. SITI SARAH BINTI MOHD NOR
3. PN. SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
4. PN. MARGARET ANN ARPUTHAM
5. PN. IFAHAYATI BINTI ISMAIL
6. CIK NOR SA'ADAH BINTI SABIDIN
7. EN. ZAWADI BIN ALI
8. EN. ROSMADI BIN AB MANAF

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan. Tema minggu ini ialah Kesediaan Menghadapi Cabaran : Usaha.Guru bertugas menyentuh beberapa aspek berkaitan kepentingan usaha dalam mencapai kejayaan. Antaranya:
1. Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan yang lebih cemerlang.
2. Seseorang akan lebih mengetahui pelbagai bidang ilmu seperti mempelajari ilmu pelajaran di
    sekolah ( Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris ).
3. Seseorang yang berilmu mampu menghadapi serta menyelesaikan masalah dengan cara yang
    positif.
4. Boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang.
5. Dapat memajukan diri serta negara.

Ucapan Guru Bertugas : Pn Norizan bt Isa

Ucapan Guru Disiplin : En Fakhrul Razi Amin b Senin


Ucapan PK Pentadbiran : Pn Zulastri bin Mohd Zahidi


Share:

HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA (DARJAH 4 - 6) BAGI TAHUN 2019

 Assalamualaikum wbt. & Salam sejahtera.


Program Hari Jalinan Mesra Kali Pertama SK Taman Putra Perdana 2 bagi tahun 2019 (sesi pagi) akan diadakan pada hari jumaat ini. Pihak sekolah menggalakkan ibu bapa dan penjaga murid untuk hadir.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk bertemu dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak masing-masing. Ibubapa / penjaga juga boleh berbincang dengan guru-guru berkaitan dengan prestasi pembelajaran anak serta dapat bertukar fikiran demi kecemerlangan anak-anak SKTPP2. Ibu bapa dan penjaga juga boleh membawa anak pulang selepas selesai perjumpaan.


Tarikh       : 21 Jun 2019 / 17 Syawal 1440H
Masa         : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Tempat      : Mengikut kelas masing-masing





SURAT PEKELILING BAGI HARI JALINAN MESRA 2019




Share:

MAJLIS SAMBUTAN HARI JALINAN MESRA KOKURIKULUM SKTPP2 2019

Majlis Sambutan Hari Jalinan Mesra Kokurikulum SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan pada 14 Jun 2019, Hari Jumaat, bermula dari pukul 7.20 pagi hingga 12.20 tengah hari bertemakan P.Ramlee.

Murid-murid berkumpul di dewan terbuka dan dataran perhimpunan pada pukul 7.20 pagi. Murid-murid menyerahkan makanan yang dibawa ke khemah yang ditetapkan sebelum beratur dalam barisan kelas mereka.


Majlis bermula pada pukul 8 pagi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, Puan Nor Anis binti Suhaimi sebelum diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Zainurin bin Md Yasn dan Guru Besar SKTPP2, Encik Zanuddin bin Sanuan. Ucapan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SKTPP2.


Majlis diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan guru-guru SKTPP2.





Murid-murid, para guru, kakitangan sekolah dan wakil PIBG sekolah disajikan dengan makanan yang disediakan serta makanan yang dibawa oleh mereka.




2 pertandingan juga dipertandingkan pada majlis tersebut.
1) Pertandingan pakaian terbaik mengikut tema
2) Pertandingan menganyam ketupat


 Sesi penyampaian hadiah bagi kedua-dua pertandingan diadakan pada pukul 11.20 pagi.




Majlis berakhir pada pukul 12.20 tengah hari.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts