JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERKHEMAHAN PERDANA SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Perkhemahan Perdana SKTPP 2 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh    : 28 - 30 Jun 2019
Tempat  : Padang SKTPP 2


Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 23 (SESI PETANG)

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian:



1) Lagu Negaraku

2) Lagu negeri Selangor

3) Lagu sekolah



Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas bertugas,



Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, Pn. Mawadah binti Shamsuddin. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa mengamalkan sikap yang baik dengan sesiapa sahaja terutamanya ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Guru bertugas juga mengingatkan murid-murid supaya menjaga kesihatan kerana cuaca yang panas pada waktu sekarang.



Guru bertugas mingguan:
1) Puan Fasihah
2) Encik Salmizi
3) Puan Hamizah
4) Puan Baizura 
5) Puan Anis



Seterusnya guru disiplin, Encik Mohd Kamarulizam bin Ngah memberikan ucapan berkenaan disiplin murid sepanjang pemerhatian beliau terutamanya dari segi duit raya. 


Ucapan dari PK Petang, Pn Fauziah binti Salehoddin mengenai kebersihan kawasan sekolah dan di dalam bilik darjah perlu dititikberatkan kerana berlakunya pengurangan "cleaner" di sekolah serta disiplin murid

Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang
Share:

LAPORAN HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA (DARJAH 4 - 6) BAGI TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt. & Salam sejahtera.



Program Hari Jalinan Mesra Kali Pertama SK Taman Putra Perdana 2 bagi tahun 2019 (sesi pagi) sedang diadakan pada hari ini. Pihak sekolah sangat menggalakkan ibu bapa dan penjaga murid untuk hadir ke sekolah sehingga jam 12.00 tengahari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk bertemu dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak masing-masing.



Tarikh       : 21 Jun 2019 / 17 Syawal 1440H
Masa         : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Tempat      : Mengikut kelas masing-masing


Berikut merupakan suasana sekitar program Hari Jalinan Mesra :

Guru Kelas dan Pembantu Guru Kelas saling bertukar pandangan bersama ibubapa yang hadir


Para Ibubapa setia menunggu dihadapan kelas bagi mendengar perkembangan anak masing-masing
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 22 (ISNIN 17 JUN 2019)

Minggu ini ialah minggu ke 22bagi sesi persekolahan tahun 2019. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu sekolah.

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Guru bertugas pada minggu ini adalah :

1. PN. NORIZAN BINTI ISA
2. PN. SITI SARAH BINTI MOHD NOR
3. PN. SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
4. PN. MARGARET ANN ARPUTHAM
5. PN. IFAHAYATI BINTI ISMAIL
6. CIK NOR SA'ADAH BINTI SABIDIN
7. EN. ZAWADI BIN ALI
8. EN. ROSMADI BIN AB MANAF

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan. Tema minggu ini ialah Kesediaan Menghadapi Cabaran : Usaha.Guru bertugas menyentuh beberapa aspek berkaitan kepentingan usaha dalam mencapai kejayaan. Antaranya:
1. Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan yang lebih cemerlang.
2. Seseorang akan lebih mengetahui pelbagai bidang ilmu seperti mempelajari ilmu pelajaran di
    sekolah ( Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris ).
3. Seseorang yang berilmu mampu menghadapi serta menyelesaikan masalah dengan cara yang
    positif.
4. Boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang.
5. Dapat memajukan diri serta negara.

Ucapan Guru Bertugas : Pn Norizan bt Isa

Ucapan Guru Disiplin : En Fakhrul Razi Amin b Senin


Ucapan PK Pentadbiran : Pn Zulastri bin Mohd Zahidi


Share:

HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA (DARJAH 4 - 6) BAGI TAHUN 2019

 Assalamualaikum wbt. & Salam sejahtera.


Program Hari Jalinan Mesra Kali Pertama SK Taman Putra Perdana 2 bagi tahun 2019 (sesi pagi) akan diadakan pada hari jumaat ini. Pihak sekolah menggalakkan ibu bapa dan penjaga murid untuk hadir.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk bertemu dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak masing-masing. Ibubapa / penjaga juga boleh berbincang dengan guru-guru berkaitan dengan prestasi pembelajaran anak serta dapat bertukar fikiran demi kecemerlangan anak-anak SKTPP2. Ibu bapa dan penjaga juga boleh membawa anak pulang selepas selesai perjumpaan.


Tarikh       : 21 Jun 2019 / 17 Syawal 1440H
Masa         : 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari
Tempat      : Mengikut kelas masing-masing





SURAT PEKELILING BAGI HARI JALINAN MESRA 2019




Share:

MAJLIS SAMBUTAN HARI JALINAN MESRA KOKURIKULUM SKTPP2 2019

Majlis Sambutan Hari Jalinan Mesra Kokurikulum SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan pada 14 Jun 2019, Hari Jumaat, bermula dari pukul 7.20 pagi hingga 12.20 tengah hari bertemakan P.Ramlee.

Murid-murid berkumpul di dewan terbuka dan dataran perhimpunan pada pukul 7.20 pagi. Murid-murid menyerahkan makanan yang dibawa ke khemah yang ditetapkan sebelum beratur dalam barisan kelas mereka.


Majlis bermula pada pukul 8 pagi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, Puan Nor Anis binti Suhaimi sebelum diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Zainurin bin Md Yasn dan Guru Besar SKTPP2, Encik Zanuddin bin Sanuan. Ucapan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SKTPP2.


Majlis diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan guru-guru SKTPP2.





Murid-murid, para guru, kakitangan sekolah dan wakil PIBG sekolah disajikan dengan makanan yang disediakan serta makanan yang dibawa oleh mereka.




2 pertandingan juga dipertandingkan pada majlis tersebut.
1) Pertandingan pakaian terbaik mengikut tema
2) Pertandingan menganyam ketupat


 Sesi penyampaian hadiah bagi kedua-dua pertandingan diadakan pada pukul 11.20 pagi.




Majlis berakhir pada pukul 12.20 tengah hari.
Share:

SAMBUTAN JALINAN MESRA KOKURIKULUM SKTPP2 2019

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

 SAMBUTAN JALINAN MESRA KOKURIKULUM SKTPP2 2019

Tarikh : 14 Jun 2019
( Jumaat)
Masa : 7.20 pagi hingga 12.20 tengahari

Pakaian : Baju tradisional
Kasut : Kasut raya

 Cadangan makanan untuk dibawa (tidak diwajibkan):



 Tahun 1  dan  4
Biskut raya/ kerepek/  makanan bergoreng
(Nuget, sosej, drummet, kentang goreng)

 Tahun 2 dan 5
Kuih-muih / kek/ manisan/ buah-buahan

 Tahun 3 dan 6
Mee/ bihun/ kuew teow/spaghetti


 Sumbangan :
Air mineral dan air bancuhan gula

Sekian, terima kasih


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts