• permohonan tahun 1 2019/2020

    sila ke laman www.public.moe.gov.my

  • TAJUK TUKAR DI SINI

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KELAHIRAN MURID BAGI BULAN JULAI & OGOS

Unit Bimbingan dan Kaunseling (BNK) telah menganjurkan Majlis Sambutan Bulan Kelahiran bagi murid-murid yang lahir pada bulan Julai dan Ogos. Murid-murid diraikan dalam majlis ringkas yang diisi dengan jamuan, acara potong kek dan penyampaian cenderahati dari unik BNK kepada murid-murid. Selamat Hari Lahir, semoga anda semua berjaya.








Share:

Pengesahan Kemasukan Tahun 1 2017

Peringatan mesra kepada Ibubapa / Penjaga yang mempunyai anak menduduki Tahun 1 2017 agar membuat pengesahan SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016. 

Pengesahan boleh di buat di pejabat sekolah dengan membawa bersama dokumen yang diperlukan seperti di dalam surat tawaran.

Keperihatinan dan kerjasama Ibubapa didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Share:

Laporan Perhimpunan Minggu 34 (Sesi Petang)

Laporan Perhimpunan
Tarikh : 19 /9 / 2016

Minggu ini merupakan minggu ke 34 sesi persekolahan tahun 2016.Perhimpunan pada minggu ini dimulai dengan pengawas bertugas yang ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan.Perhimpunan dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu :

1) Lagu negaraku
2) Lagu Negeri Selangor
3) Lagu Sekolah
4)Lagu Malaysia Berjaya

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa , ikrar rukun negara , ikrar murid dan ucapan guru bertugas. 

Guru bertugas En. Muhammad Salmizi memaklumkan nama-nama guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :

a) En Muhammad Salmizi bin Salim
b) Pn Yuzainismar binti Yusof
c) Pn Suryanie binti Hamzah
d) En Muhammad Sazali bin Abdul Rani
e) Pn Saerah binti Rejeli


Perhimpunan pada petang ini diteruskan dengan acara penutupan bulan kemerdekaan dan majlis dipengerusikan oleh Cikgu Yuzainismar binti Yusof. Majlis dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Petang, En Farid Anwar bin Shaari dan disertai dengan acara pemotongan kek merdeka sebagai gimik persembahan.





Antara acara penutupan bulan kemerdekaan adalah penyampaian hadiah kepada peserta-peserta Tahap 1 bagi pertandingan berikut :
1) Penanda Buku
2) Pakaian Beragam Tahun 1 dan 2
3) Lagu Patriotik Tahun 3
4) Mewarna Tahun 1, 2 dan 3
5) Melukis Poster Terbuka
6) Mencanting Batik Terbuka


Guru bertugas juga melaporkan keputusan kelas terbersih bagi minggu ke 4 bulan Ogos iaitu :
1. Tahun 1 : 1 UPM
2. Tahun 2 : 2 UUM
3. Tahun 3 : 3 UTM



Akhir sekali, perhimpunan  ditangguhkan pada pukul 6.40 petang.

Share:

UPSR 2016

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2016

kepada semua murid Tahun 6 SKTPP2

~~ Guru-guru dan seluruh warga SKTPP2 mendoakan
Semoga berjaya menggapai kejayaan yang cemerlang ~~  









Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG *BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 BAGI TAHUN 2019/1440H *******PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2019 PADA 29 JULAI - 2 OGOS 2019 (ISNIN - JUMAAT)

TUTORIAL BALUT BUKU TEKS

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts