JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 25 (SESI PETANG)

 Pada 25 September 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Puan Mariam binti Ibrahim.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 25 persekolahan, iaitu:

  1. Encik M. Shahrizam
  2. Puan Raslinda
  3. Puan Rasina
  4. Puan Faziha
  5. Cik Noor Syazwani

 

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Kebaikan Budaya Memberi Salam. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya mengamalkan budaya memberi salam kepada guru-guru, rakan-rakan dan keluarga.
  2. Beliau mengucapkan tahniah di atas usaha dan kejayaan guru-guru dan murid-murid pada Kejohanan Sukan  SKTTPP2 pada hari Sabtu 23/9/2023.
  3. Beliau berharap agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat diberi focus dengan baik setelah selesainya KESUTRA 12.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MARIAM BINTI IBRAHIM

Ketua Guru Bertugas Minggu 25

  


LAMPIRAN BERGAMBAR










 

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE- 24 (SESI PAGI)

Tarikh: 18 SEPTEMBER 2023 - 22 SEPTEMBER 2023. Guru bertugas : Nur Atikah binti Mazlam,W.M.Lutfi bin Sazali,Rohaila binti Abdullah,Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman,Nor Saadah binti Sabidin dan Ahmad Syazwan bin Armi. Perhimpunan rasmi mingguan ditangguhkan bagi memberi laluan kepada acara akhir hari kedua KESUTRA 12,2023.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 24 (SESI PETANG)

 Pada 18 September 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS 

Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Muhammad Salmizi Bin Salim . Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk  minggu  ke 24 persekolahan, iaitu:

1. Encik Muhammad Salmizi

2. Puan Saerah

3. Puan Norhafizah

4. Puan Noraziah

5. Encik Mazwan

6. Cik Merawati


Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Hormat menghormati - Mematuhi peraturan setempat. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

1. Mengingatkan murid supaya menjaga adab bersama guru dan seluruh warga sekolah.

2. Meminta murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah 

3. Memberitahu murid untuk hadir bersama ibubapa untuk memberi sokongan sempena hari sukan sekolah pada 23 September nanti

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.


Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMMAD SALMIZI BIN SALIM 

Ketua Guru Bertugas Minggu 24


LAMPIRAN BERGAMBAR








Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI KE 23 (SESI PETANG)

 

Pada 11 September 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula pada 5.40 petang telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi acara sukaneka sempena Kesutra 2023. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Encik Muhammad Syamil bin Yahya.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu pertama persekolahan, iaitu:

  1. Puan Suriayati
  2. Puan Rina Wati
  3. Puan Juslinda
  4. Puan Nor A’fifah
  5. Puan Siti Suriati

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu, iaitu Kegembiraan – Negaraku Merdeka. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.

 

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya sentiasa menjaga disiplin Ketika berada di sekolah.
  2. Mengucapkan tahniah kepada murid yang terlibat dan memperoleh hadiah dalam acara sukaneka.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMMAD SYAMIL BIN YAHYA

Ketua Guru Bertugas Minggu 23

 


 LAMPIRAN BERGAMBAR

 







 

 

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-23 (SESI PAGI)

Tarikh: 11 September hingga 15 September, 2023

Tema: KEGEMBIRAAN: NEGARAKU MERDEKA

Guru yang bertugas;

  1. Farah Hanis binti Ramli
  2. Mohd Razis bin Md Shainisi
  3. Zuraini bte Ismail
  4. Md Suhaidi bin Md Sabar
  5. Kavita a/p Kandiah
  6. Noraini binti Yusoff


Laporan:

1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.



2. Murid membaca doa dan ikrar. Pengawas yang bertugas seperti berikut;

Bacaan doa - Saifullah (6 Mawar)

Bacaan ikrar - Zarif Fikri (6 Cempaka)

Pengerusi Majlis - Fakhira Nabihah (6 Cempaka)



3. Seterusnya ialah ucapan Ketua Guru Bertugas minggu ini iaitu Cikgu Farah Hanis. Beliau menyentuh sedikit mengenai tema minggu ini dan disamping itu turut mengingatkan murid mengenai acara akhir padang dan balapan sempena KESUTRA 12 yang akan bermula pada minggu ini. Cikgu turut mengingatkan murid agar sentiasa menjaga keselamatan diri ketika menjalan sebarang latihan sukan.


4. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta Bicara Buku Peringkat Negeri Selangor 2023 dan penyampaian Anugerah Naib Johan Nilam Peringkat Daerah Sepang (2022) bagi kategori Bahasa Inggeris kepada Gautam a/l Govindan @Muralitharan.



5. Agenda seterusnya ialah penyampaian penghargaan kepada kelas terbersih pada minggu lepas. 


Kelas terbersih Tahun 6: Tahun 6 Cempaka
Kelas Terbersih Tahun 5: Tahun 5 Kesidang
Kelas Terbersih Tahun 4: Tahun 4 Kesidang








6. Ucapan dari guru disiplin, Cikgu Fakhrurrazi Amin.




7. Ucapan dari PK HEM, Datin Nora selaku ucapan penutupan bagi perhimpunan rasmi pada minggu ini. PK HEM mengingatkan murid agar sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah memandangkan aktiviti gotong-royong besar-besaran baru sahaja selesai pada hari Sabtu yang lepas.




8. Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.





















Share:

PROGRAM GOTONG -ROYONG MADANI SKTPP2 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 9 SEPTEMBER 2023 , hari Sabtu bertempat di SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 telah diadakan program Gotong - royong Madani SKTPP2 2023. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Gotong-royong Madani 2023 SKTPP2. Majlis dimulakan dengan Taklimat ringkas daripada Cikgu Bahij , penyelaras program dan ucapan alu-aluan oleh PK HEM Datin Nora Binti Yusof. Warga SKTPP2 bekerjasama dengan ibu bapa membersihkan serta menceriakan kawasan sekolah mengikut stesyen yang diberikan. Kerjasama semua amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih 👍
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-22 (SESI PAGI)

 Tarikh: 4-8 September, 2023

Tema: Hormat-menghormati Kepelbagaian Agama, Budaya dan Etnik

Guru Bertugas

1. Norazmah binti Che Omar (K)

2. Wan Marhaini binti Wan Muhammad

3. Wan Pakhitah binti Wan Mohamed

4. Mohd Norizi bin Mohamed

5. Siti Norasyeqah binti Besar

6. Noorhisham bin Mohamad


Laporan:

1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.

2. Murid membaca doa dan ikrar. Pengawas yang bertugas seperti berikut;

Bacaan doa - Muaz (6Angsana)

Bacaan ikrar (6 Cempaka)





Nyanyian 3 buah lagu.


Pengerusi Majlis- Wan Muhamad Ariz (6 Angsana)


3. Cikgu Norazmah berucap berkenaan tema pada minggu ini. Beliau meminta murid menghormati kepelbagaian agama, budaya dan etnit. Dengan itu, barulah keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat dipupuk.



4.Taklimat daripada guru disiplin oleh Cikgu Fakhrurrazi.





5. Cikgu Amira mengumumkan pemenang sempena Explorasi Merdeka. Penyampaian Hadiah disampaikan oleh Guru Besar.






6. Ustazah Salina mengumumkan 5 orang murid yang terpilih menerima kaca mata daripada kedai cermin mata Ete Eye Trading yang datang membuat promosi jualan di sekolah pada dua minggu lepas. Penyampaian cermin mata disampaikan oleh tuan guru besar.



7. Ucapan daripada Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Zulastri bt Mohd Hamidi selaku pentadbir yang bertugas pada minggu ini. Beliau mengumumkan berita berkenaan 3 orang guru yang akan berpindah sekolah iaitu Ustazah Salina, Ustazah Murni dan Cikgu Zawiyah dari PPKI.


8. Ucapan oleh  Tuan Guru Besar, En. Zanudin bin Sanuan selaku ucapan penutup perhimpunan pada minggu ini.



9. Perhimpunan tamat jam 8.10 pagi. 







Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts