JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH TAHUN 2023

Tarikh: 31 Oktober 2023

Tempat: Dataran Perhimpunan

Masa: 7.30-9.00 pagi



RASIONAL

i. Pelancaran ini mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegan taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

ii. Penganjuran majlis ini dapat memantapkan lagi kerjasama antara KPM dan PDRM.


OBJEKTIF

i. Penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah dapat membantu menangani isu salah laku disiplin murid di sekolah.

ii. Pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah di peringkat sekolah dapat membentuk hala tuju murid

dengan lebih jelas dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan 

Garis Panduan Salah Laku Buli di sekolah.

iii. Mewujudkan hubungan yang baik antara PPS dan pihak sekolah.

iv. Menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan kesejahteraan mental dan pendidikan

yang lebih berkualiti.


Laporan:

1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.








2. Ucapan Guru Besar

-Guru Besar membaca perutusan teks daripada Menteri Pendidikan Malaysia.

-Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menangini isu disiplin terutama berkaitan adab dan sahsiah

-Falsafah pendidikan berterusan bagimembentuk karekter murid yg berakhak.

-Slogan ABC (Anak Baik lagi Cerdik) dapat membentuk karekter murid yang baik.

-Murid yang ada nilai karamah ihsaniah akan mampu berfikir dan bertindak dengan bijak.

-KPM dengan kerjasama PDRM menggalakkan Program Duta Sahsiah merupakan satu intervensi agar anak-anak tidak terjebak dengan pelbagai salah laku di sekolah.

-Pelantikan Duta Sahsiah di sekolah diharap dapat menjadi suri teladan kepada rakan-rakan.




3. Ucapan Koperal Mohd Fairul bin Rosli selaku Pegawai Perhubungan Awam Sekolah SKTPP2, 2023

-Duta Sahsiah akan menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.

- Duta diminta melaporkan kesalahan murid kepada guru dan guru melaporkan kepada polis.

-Contoh salah laku ialah buli dan gangguan seksual.

- Beliau seterusnya merasmikan Program Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah.






4. Penyampaian Watikah Pelantikan Duta Sahsiah

-Guru Besar telah mengiringi Koperal Mohd Fairul bin Rosli untuk menyampaikan watikah kepada murid-murid yang terpilih.
















5. Ucapan Duta Sahsiah

Ucapan duta sahsiah

-Murid berperanan menghentikan gangguan seksual.

-Murid berperanan menghentikan buli.

- Mangsa  perlu berani  tampiluntuk melaporkan kejadian yang berlaku.

-Sekecil-kecil tindakan dapat mghentikan gangguan sekasual dan buli daripada berleluasa.




6. Pemberian cenderahati 

-Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Koperal Mohd Fairul bin Rosli sebagai tanda terima kasih atas kesudian beliau hadir ke majlis pada pagi ini.


Gambar-gambar sepanjang majlis.












Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-29 (SESI PAGI)

 Tarikh: 30 Oktober - 3 November, 2023

Tema: Bersyukur

Guru Bertugas

1. Mohd Norizi bin Mohamed (K)

2. Wan Marhaini binti Wan Muhammad

3. Wan Pakhitah binti Wan Mohamed

4. Norazmah binti Che Omar 

5. Siti Norasyeqah binti Besar

6. Noorhisham bin Mohamad


Pengawas Bertugas:

1. Nadin selaku Pengacara Majlis (6Raya)

2. Nidal Shafiy mengetuai Ikrar Murid (6Cempaka)

3. Muaz mengetuai bacaan doa (6Angsana)

Laporan:


1. Majlis perhimpunan diadakan dalam Bahasa Inggeris, selaras dengan dasar MBMMBI.

2. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.














3. Ucapan Guru Bertugas

-Cikgu Norizi mengajak murid-murid supaya  bersyukur tinggal di negara Malaysia yang aman damai. 

- Beliau memetik kata-kata Dr Azhar Yaakob iaitu ada 5M dalam bersyukur. 

M- Memperakui - mengakui setiap yang berlaku  adalah dariNya.

M- Menerima - menerima qada dan qadar

M-Muhasabah - muhasabah diri atas apa yang telah berlaku

M- Memperbaiki -memperbaiki setiap apa yang berlaku agar hasilnya lebih baik di kemudian hari.

M- Menyerah Diri Kepada Allah - selepas berusaha, kita perlu berserah kepadaNya.




4. Ucapan Pentadbir yang Bertugas

-Pn. Hamizah menasihati murid-murid supaya lebih fokus kepada UASA memandangkan aktiviti sukan dan rentas desa sudah tamat.

-Beliau meminta murid-murid belajar bersungguh-sungguh.

-Murid-murid PPKI akan menjalani Pentaksiran Alternatif Sek Rendah.


5. Minggu Solidariti Palestin di peringkat sekolah.

-Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Zulastri membaca perutusan daripada KPM.

-Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga  3 November.

-Solidariti bermaksud kebersamaan atau persaudaraan.

-Berdasarkan musibah yang berlaku di Palestin, kita perlu ada nilai manusiawi, empati dan prihatin kepada masalah atau musibah yang berlaku kepada individu lain tanpa mengira bangsa dan agama.

-Sebagai usaha kebersamaan, kita perlu menyumbang wang atau makanan, mendoakan keselamatan mereka dan menyuarakan bantahan ke atas apa yang telah dilakukan kepada rakyat Palestin.

- Kemudian, beliau telah melancarkan Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah.












6. Ucapan Ustaz Rosmadi

- Ustaz Rosmadi menceritakan sejarah Palestin untuk memberi pendedahan kepada murid-murid.

- Antara intipatinya ialah 

i-bangsa Yahudi percaya bahawa mereka bangsa pilihan Tuhan

ii- Yahudi ialah kaum yang berpindah randah

iii- Gaza penjara terbuka terbesar di dunia, 2 juta penduduk yang ditekan dan dibom negara mereka oleh Israel.

iv- Kita perlu sokong dan bersama dengan Palestin.

v- Kemudian, Ustaz Rosmadi membaca doa untuk rakyat Palestin dan diaminkan oleh warga sekolah.




  

Gambar-gambar sekitar Minggu Solidariti Palestin.

















Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts