JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Cuti Peristiwa Sempena Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP2


Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU 16)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU 16)

Senarai Nama Guru Bertugas:

1. Puan Nur Zayyaniasirah Zamri
2. Puan Suriani Ibrahim
3. Puan Juslinda Bakar
4. Puan Suriayati 
5. Encik Sharizam
6. Encik Ezol Fitri Muniran

Tema : Tanggungjawab Terhadap Harta Benda Sekolah.

Perhimpunan dimulakan dengan :

  • Nyanyian lagu
  • Bacaan doa
  • Bacaan ikrar
Ucapan guru bertugas

Tanggungjawab terhadap harta benda sekolah seperti jangan merosakkan meje, kerusi, almari, tingkap didalam kelas. 


Penyampaian Bintang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Pemenang: 

Tahun 1: 1 USM
Tahun 2: 2 UM
Tahun 3: 3 UITM...yayyy!!!




Ucapan daripada PK Petang Puan Fauziah  tentang disiplin murid.


Perhimpunan tamat pada Jam 6.00 petang.Bersurai.

Share:

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI LAHIR

Amalan Guru Penyayang
Sambutan Hari Lahir APRIL

Makluman kepada ibu bapa / penjaga bahawa Jawatankuasa Guru Penyayang dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dan Persatuan Ibu bapa/penjaga bersama barisan guru-guru akan mengadakan sambutan hari lahir kepada semua murid yang lahir sepanjang bulan APRIL pada JUMAAT (27 April 2018). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sekiranya terdapat ibu bapa dan penjaga yang ingin memberikan sumbangan juga, bolehlah berbuat demikian dengan mengirimkan kepada anak-anak, berhubung dengan saya sendiri di talian 012-6301246 selaku penyelaras program atau dengan guru kelas anak masing-masing.

Kami para guru di sekolah cuba untuk merealisasikan impian anak-anak kecil untuk menyambut hari lahir bersama kawan-kawan di sekolah. Moga ukhwah yang terjalin antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat memberikan kebaikan dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Harapan kami agar sambutan akan datang lebih meriah dengan sumbangan-sumbangan yang diberikan.

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA SEMUA MURID YANG DILAHIRKAN SEPANJANG BULAN APRIL.

Senarai nama murid yang lahir sepanjang bulan APRIL

Senarai nama murid untuk Tahap 2

Senarai nama murid untuk Tahap 1
 Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU 16)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU 16)

Senarai Nama Guru Bertugas:


Tema : Tanggungjawab Terhadap Harta Benda Sekolah.

Perhimpunan dimulakan dengan :

  • Nyanyian lagu
  • Bacaan doa
  • Bacaan ikrar
      Ucapan guru bertugas Cikgu Amira menerangkan tentang tanggungjawab menjaga harta benda sekolah.


      Unit Pandu Puteri menyampaikan sijil kepada peserta Perkhemahan di SK Jalan 6 Bangi. 




      Ucapan daripada PK Pentadbiran Puan Zulastri tentang displin murid, kebersihan sekolah serta adab datang ke sekolah.


      Peringatan tambahan berkenaan dengan Hari KESUTRA dan acara yang bakal dijalankan. 

      Tepat jam 8.00 murid-murid masuk ke kelas masing-masing
Share:

Laman FROG VLE : Hari Guru SKTPP2 2018

Sempena Hari Guru yang bakal kunjung tiba. Frog VLE SKTPP2 melancarkan Laman Hari Guru SKTPP2 2018. Kunjungilah laman ini untuk murid-murid menyertai aktiviti-aktiviti menarik,antaranya:

  • Undian guru pilihan 
  • Ucapan Selamat Hari Guru 
  • Pertandingan Menulis Karangan Pendek “Guru Kesayangan Saya” 
  • Jom Teka Siapa Saya
Share:

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN SESI PETANG YANG AWESOME (MINGGU 15)

Perhimpunan rasmi telah diadakan pada hari Isnin ,  16 April 2018 pada jam 1.30 petang kerana sebab-sebab yang tertentu. 

Perhimpunan  dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 
                                       
Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.



A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN


Ketua guru bertugas, Pn Hamidah mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas ialah :

1.       PN HAMIDAH

2.       EN ZUHAINI
3.       PN NORMAH
4.       PN ASNIZA

5.       PN NORAZIAH
6.       PN YUZAINISMAR

7.       EN BAHIJ

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.


Tema minggu ini : CIRI-CIRI PERIBADI TERPUJI

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Pelancaran KM1M ( kem membaca 1 malaysia)
2. pertandingan akhir lompat jauh tahun 1,2 & 3.
3. Pertandingan akhir lompat tinggi tahun 3.
4. Di jalankan rawatan gigi di sekolah.











Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts