JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERSEKOLAHAN MINGGU KE-36

 LAPORAN MINGGU KE-36

Sesi persekolahan minggu ini bermula pada hari Selasa berikutan cuti umum pada hari Isnin sempena Keputeraan ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Dirgahayu Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj. Pihak Sekolah dan PIBG merafat sembah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia AlSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, semoga Duli Tuanku dilanjutkan usia dan sihat walafiat memerintah negeri dengan adil dan saksama.  Minggu ini murid-murid tahap 2 menghadapi Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik subjek elektif dari hari Selasa hingga hari Khamis. 

    Pada hari Rabu 12 Disember 2023 sekolah telah melancarkan program Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape semasa di perhimpunan pagi. Program ini dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana 2, Dr. Idris bin Hussein. Guru disiplin Cikgu Fakhrurrazi Amin telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Cegah Rokok dan Vape. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya.

 

Perasmian Kempen Hidup Sihat Oleh Dr. Idris bin Hussein YPD PIBG SKTPP2

 
Penceramah Kempen Gaya Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape oleh Cikgu Fakhrurrazi Amin  

Suasana kondusif dengan cuaca yang redup menambahkan ketekunan murid-murid mengikuti program Kempen Hidup Sihat  

Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape

            Pada hari Khamis Pentaksiran Sumatif UASA selesai dijalankan dan susunan meja di atur kembali seperti kelas pembelajaran biasa. Sepanjang Pentaksiran berlangsung dari hari Selasa hingga Khamis Kelas PdPC berjalan seperti sediakala apabila tiada kertas ditafsir. Pada hari yang sama juga sekolah dikunjungi oleh dua orang Pegawai Pendidikan Daerah sebagai kunjung bantu dalam urus tadbir sekolah. Kunjungan ini sangat dialu-alaukan oleh pihak sekolah dan banyak memberi manfaat dalam urustadbir sekolah menjadi lebih baik. Kepada Puan-puan Pegawai PPD Sepang, sedap sungguh talam keladi, lain masa singgahlah lagi.

        Pada hari Jumaat bacaan Surah Yasin untuk kesejahteraan warga sekolah diteruskan seperti rutin Sayyidul Ayyam SKTPP2 dipimpin oleh Ustaz Syafie. Setelah selesai bacaan Surah Yasin, disampaikan pula sijil kepada murid-murid yang terlibat dalam penyertaan Ko-Akademik English In Camp peringkat Daerah Sepang oleh Cikgu W. Heliza dan Kem Akil Baligh Peringkat Negeri Selangor 2023 oleh Ustazah Norehan. Sesi penyampaian ini di sempurnakan oleh Puan Zulastri binti Mohd Zahidi PK Pentadbir dan Puan Siti Raudah binti Hamid PK Kokurikulum. 

 

Peserta-peserta English In Camp bersama guru pembimbing Teacher W. Heliza dan pentadbir-pentadbir sekolah yang telah melakarkan kejayaan yang membanggakan Sekolah 

 

Peserta-peserta Kem Akil Baligh Peringkat Negeri Selangor 2023 bersama guru-guru pembimbing Ustazah Norehan, Ustazah Fauziah, Ustazah Atikah dan Ustazah Rohaila serta barisan pentadbir Sekolah. 

                Sesi persekolah penggal ke-3 2023/2024 berakhir pada hari Jumaat 15 Disember dengan harmoni. Murid-murid akan bercuti selama lebih kurang dua minggu dan kembali semula ke sekolah pada 2 Januari 2024  bagi menghabiskan baki persekolahan penggal ke-3 2023/2024. Pihak sekolah menitipkan pesan agar anak-anak sentiasa cakna dan menjaga kesihatan diri dan harta benda sepanjang cuti sekolah ini terutama musim tengkujuh dan peningkatan covid-19 yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Pihak Sekolah juga mengucapkan Selamat Hari Natal kepada murid-murid dan warga sekolah yang beragama Kristian yang akan menyambung Hari Natal pada 25 Disember ini dan Selamat Tahun Baru 2024. Akhir kata selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 35 (SESI PETANG)

 Pada 04 Disember 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perasmian bermula awal kerana perasmian minggu Pusat Sumber Sekolah(PSS).

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu En.Muhamad Amirul bin Md Arif. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu ke 35 persekolahan bermula 4 Disember 2023 – 8 Disember 2023, adalah:

  1. Encik Muhamad Amirul
  2. Puan Wan Shafifah. K.
  3. Puan Nur  Fasihah
  4. Puan Mawadah
  5. Cik Norhayati
  6. Puan Nurlina 

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Kasih Sayang – Saya Anak Malaysia. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah terutama berkaitan peningkatan jumlah kes covid-19 di Malaysia. Di samping itu, beliau menegaskan berkaitan sikap pengawas yang perlu tegas dalam menjalankan tugas.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN BAGI PERTANDINGAN ROBOTIK

Penerangan mengenai pertandingan tersebut yang berlangsung pada 24 – 26 November yang merupakan pertandingan terbesar di Malaysia bertempat di Pearl Point Shopping Mall, Kuala Lumpur. Sktpp2 berjaya mendapat tempat ke 23 daripada 100 penyertaan. Walaupun tidak menjuarai pertandingan tersebut pihak sekolah ingin memberi penghargaan atas penyertaan 3 orang murid dalam pertandingan tersebut.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH (MINGGU PSS)

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya sepanjang aktiviti yang dijalankan dalam minggu PSS iaitu pada 20 November – 30 November 2023.

UCAPAN GURU DISIPLIN

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz  Hafidzuddin bin Yahya, Ketua Disiplin SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya mematuhi peraturan sekolah.
  2. Beliau juga mengingatkan  supaya murid tidak bermain ditempat yang mendatangkan bahaya semasa rehat dan semasa berkumpul di dewan terbuka.
  3. Mengingatkan murid supaya menjaga perilaku dan adab ketika bersama dengan guru serta rakan-rakan didalam kawasan sekolah.

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.



Laporan Disediakan Oleh,

MUHAMAD AMIRUL BIN MD ARIF

Ketua Guru Bertugas Minggu 35



LAMPIRAN BERGAMBAR
























Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts