• permohonan tahun 1 2019/2020

    sila ke laman www.public.moe.gov.my

  • TAJUK TUKAR DI SINI

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME DAN PENGURUSAN PROTOKOL


Pada 18 Mei 2013 (Sabtu), SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang bertajuk Peningkatan Profesionalisme dan Pengurusan Protokol. Kursus ini telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah SK Taman Putra Perdana 2.
Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2, En. Kamsani bin Hj Sahlan mengiringi Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Mahmud bin Karim. 

Bacaan doa oleh Ustaz Razis bin Sainisi


Kursus Peningkatan Profesionalisme telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Mahmud bin Karim. 


Guru - guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan.

Guru - guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan.


Tuan Pengarah bersoal jawab dengan guru - guru.

Penyampaian Cenderahati 

Guru - guru bergambar bersama Tuan Pengarah sebagai kenangan

Taklimat pengurusan protokol telah disampaikan oleh Puan Norazah binti Abas

Demonstrasi protokol


Share:

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2013

SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013 seperti ketetapan berikut :-

              Tarikh   : 16 Mei 2013
              Masa    : 7.30 Pagi - 12.30 Tengah hari
              Tempat : SKTPP2

       Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan sesi bergambar warga SKTPP2, bacaan doa daripada Ustaz Mohd. Razis bin Mohd. Shainisi, ucapan daripada Tuan Guru Besar, En. Kamsani bin Sahlan,  Ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu Transformasi Pendidikan Negara yang diketuai oleh En. Lokman bin Abdullah. Acara diteruskan lagi dengan persembahan daripada guru-guru tahun 1 hingga tahun 6 dan diselangi dengan acara pertukaran hadiah antara guru-guru. Majlis turut diserikan dengan penganugerahan Tokoh Guru Penyayang seramai 10 orang yang terdiri daripada guru-guru sesi pagi dan petang. Acara turut diwarnai dengan pemberian hadiah daripada murid-murid kepada guru-guru. Seterusnya,majlis dimeriahkan dengan acara sukaneka yang melibatkan semua warga SKTPP2. Majlis diakhiri dengan jamuan makan, penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka dan hadiah cabutan bertuah.


WARGA PENDIDIK SKTPP2


BACAAN DOA

UCAPAN TUAN GURU BESAR SKTPP2, EN. KAMSANI BIN SAHLAN
IKRAR DAN NYANYIAN

"Semoga warga pendidik SKTPP2 sentiasa menjadi pendidik yang cemerlang dan berdedikasi"

SELAMAT HARI GURU 2013
Share:

JADUAL KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH TAHUN 6 (MEI/JUN 2013)

JADUAL KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH TAHUN 6 
(MEI/JUN 2013)


Share:

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013


Share:

MAKLUMAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI PILIHAN RAYA 2013


MAKLUMAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI PILIHAN RAYA 2013

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga murid              SK Taman Putra Perdana 2, sekolah akan bercuti pada           06 Mei 2013 (Isnin) sempena Hari Pilihan Raya 2013. Sehubungan dengan itu, sekolah akan diganti pada  22 Jun 2013 (Sabtu).

 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG *BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 BAGI TAHUN 2019/1440H *******PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2019 PADA 29 JULAI - 2 OGOS 2019 (ISNIN - JUMAAT)

TUTORIAL BALUT BUKU TEKS

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts