• permohonan tahun 1 2019/2020

    sila ke laman www.public.moe.gov.my

  • TAJUK TUKAR DI SINI

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Majlis Restu Calon-calon UPSR 2012 SKTPP2


Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Majlis Restu calon-calon UPSR 2012 SKTPP2 telah diadakan pada 30 Ogos 2012 (Khamis) bertempat di Dewan Terbuka SKTPP2. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SKTPP2, En. Md Zohri Bin Saluki bersama barisan Pentadbir dan guru-guru SKTPP2. Majlis ini diadakan sebagai satu simbolik restu guru kepada calon-calon UPSR dan juga sebagai persediaan akhir peperiksaan UPSR 2012. Adalah diharapkan semoga calon-calon UPSR SKTPP2 2012 dapat memperolehi keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang.... 














Share:

Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pada 23 Julai 2012 yang lalu, jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SKTPP 2 telah menganjurkan Majlis Pelancaran SPSK. Majlis pelancaran ini telah di laksanakan pada kedua-dua sesi persekolahan (sesi pagi dan sesi petang) semasa perhimpunan mingguan.

Tujuan utama majlis pelancaran ini dibuat adalah bertujuan untuk menghebahkan kepada warga sekolah serta masyarakat setempat bahawa SKTPP2 telah mengorak langkah bagi menjadikan SKTPP2 sebagai sebuah sekolah yang berkualiti dan seterusnya melonjakkan pencapaian murid-murid sekolah ini. Hal ini bertepatan dengan visi "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang" dan misi "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti" sebagai panduan.

Secara keseluruhan sistem pengurusan sekolah kualiti di Sekolah-sekolah Negeri Selangor melibatkan proses-proses seperti Pengurusan Panitia, Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran & Pengajaran, Pengurusan Pencerapan, Pengurusan Peperiksaan, Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid, Pengurusan Mesyuarat dan Pengurusan Bimbingan &
Kaunseling.

Secara keseluruhannya, majlis pelancaran ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Jawatankuasa SPSK SKTPP2 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh kakitangan serta guru-guru SKTPP2 bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih.
Sekitar majlis pelancaran..
 Gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh
En Md Zohri Bin Saluki (Guru Besar SKTPP2)- Sesi Pagi

 Ucapan perasmian oleh Pn Norlela Bt Hashim (PK Petang)- Sesi Petang
 Penyerahan fail SPSK kepada jawatankuasa SPSK SKTPP2
Share:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN

Pada 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1433H telah berlangsung Majlis Khatam Al - Quran dan Sumbangan Ramadhan.


Hadiah dan sumbangan yang akan di sampaikan

Ucapan Perasmian Penutupan Program Ihya' Ramadhan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2, En. Md Zohri bin Saluki

Acara Khatam bermula.
(Khalifah Khatam - Ustaz Mohd Razis bin Md. Shainisi)

Syair Ramadhan telah disampaikan oleh Adik Aneez Kirana bt Mohd Rizal (4B) yang dilatih oleh Ustazah Rozlina

Persembahan Nasyid bertajuk Jalan Lurus dari kelas 3B yang dilatih oleh Ustaz Nawawi

Pantun Musical Raya yang dilatih oleh Ustazah Norzuriah dan Ustazah Absha Atiah

Persembahan Prasekolah (Gabungan murid Prasekolah Kasihku dan Prasekolah Sayangku) telah menyampaikan nyanyian Lagu Raya bertajuk Suasana Hari Raya yang dilatih oleh Pn. Nurul Hanis dan Pn. Norizan

Penyampaian hadiah kepada peserta tadarus tahun 3 oleh GPK Kokurikulum, Pn Zuridah bt Mohd Ali


Penyampaian hadiah kepada peserta tadarus tahun 4 oleh GPK Hal Ehwal Murid, En. Mior Hussin bin Othman

Penyampaian hadiah kepada peserta tadarus tahun 5 oleh GPK Petang, Pn Norlela bt Hashim

Penyampaian hadiah kepada peserta tadarus tahun 6 oleh GPK Pentadbiran, Puan Siti Hanim bt Sungit

Penyampaian hadiah kepada Khalifah Khatam- Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi

Sumbangan kepada 42 orang murid telah disampaikan oleh En. Md Zohri bin Saluki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2


Bersalaman Aidilfitri murid - murid dan guru - guru

Ceramah Nuzul Al - Quran oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi kepada murid - murid tahap 1 di dataran terbuka.

Ceramah Nuzul Al - Quran oleh En. Kamarudin bin Hj. Mohamad kepada murid - murid tahap 2 di Pusat Sumber Sekolah
Share:

Bengkel Program Pembangunan Organisasi (PrOD) Fasa 1

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pada 28 Julai 2012 yang lalu, jawatankuasa PrOD SKTPP2 telah menganjurkan "Bengkel Program Pembangunan Organisasi (PrOD) Fasa 1" Bertempat di Pusat sumber SKTPP2 bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk;
  1. Memberi kefahaman dan mengalakkan penghayatan mengenai PrOD sebagai kaedah membangunkan sekolah.  
  2. Menyemai kesedaran mengenai kepentingan keberkesanan kendiri seorang pemimpin di kalangan guru-guru sekolah. 
  3. Memupuk kerjasama antara guru-guru di samping memberi pengalaman kepada mereka untuk mengurus dan seterusnya mengamalkan nilai PrOD.

Perjalanan bengkel ini berjaya untuk mencapai objektif penganjurannya. Hal ini kerana komitmen yang di tunjukkan oleh guru-guru SKTPP2 amat membanggakan. Ditambah pula kehadiran Pegawai daripada Institut Aminuddin Baki, Tuan Haji Mohd Shahrul Iza Bin Ismail selaku penceramah dapat membantu warga SKTPP2 memahami lebih baik konsep PrOD ini. Warga SKTPP2 turut berkeyakinan untuk melaksanakan PrOD (Fasa 1) bagi melonjakkan prestasi SKTPP2 secara keseluruhannya.
Sekitar Bengkel PrOD
 Sesi pendaftaran

 Sesi "Ice breaking"
 Pegawai IAB, Tn Hj Mohd Shahrul Iza Bin Ismail
 Peserta melancarkan kapal terbang kertas
 Perbincangan dalam kumpulan
 Berbincang lagi
 Penyampain cenderamata kenag-kenangan dari SKTPP2
 Peserta bengkel
  Jawatankuasa pelaksana bengkel PrOD (Fasa 1)
Share:

Majlis Pelancaran PrOD (Fasa 1)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pada 23 Julai 2012 yang lalu, jawatankuasa PrOD SKTPP 2 telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Pembangunan Organisasi atau singkatannya PrOD. Majlis pelancaran ini telah di laksanakan pada kedua-dua sesi persekolahan (sesi pagi dan sesi petang) semasa perhimpunan mingguan.

Pelaksanaan PrOD di SKTPP2 adalah beertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui pembangunan organisasi.

Secara keseluruhannya, majlis pelancaran ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Jawatankuasa PrOD SKTPP2 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh kakitangan serta guru-guru SKTPP2 bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih.


Sekitar Majlis Pelancaran PrOD


Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKTPP2, En Md Zohri Bin Saluki.

 Gimik Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar SKTPP2, En Md Zohri Bin Saluki.
Share:

TENTATIF MAJLIS KHATAM AL - QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN

Tarikh      :    15 Ogos 2012
Masa       :     7.20 pagi - 12.50 tgh hari
Tempat    :     Tapak Perhimpunan / Dewan Terbuka / Pusat Sumber Sekolah




7.30 pagi        : Murid berkumpul di tapak perhimpunan
8.00 pagi        : Ucapan Pengerusi majlis
8.10 pagi        : Bacaan doa
8.15 pagi        : Ucapan Perasmian Penutupan Program Ihya’ Ramadhan
8.25 pagi        : Acara khatam bermula
                        ( Khalifah Khatam - Ustaz Mohd Razis bin Shainisi )
9.15 pagi        : Persembahan murid
9.40 pagi        : Penyampaian Hadiah dan Sumbangan
9.45 pagi        : Bersalaman Aidilfitri di antara murid- murid dan guru - guru
                        Bersalaman Aidilfitri di antara guru - guru
10.05 pagi      : Rehat
10.30 pagi      : Murid berkumpul di Dewan Terbuka (Tahap 1)
                        Murid Tahap 2 berkumpul di Pusat Sumber Sekolah
10.40 pagi      : Ceramah Nuzul Al - Quran
                        Tahap 1 - Ustaz Mohd Razis bin Shainisi
                        Tahap 2 - En. Kamarudin bin Hj. Mohamad
12.40 tgh hari : Penyampaian Cenderamata kepada penceramah
12.50 tgh hari : Bersurai

Share:

PINDAAN MAKLUMAN SEKOLAH GANTI SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN CUTI PERTENGAHAN PENGGAL DUA


Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk dan surat bernombor rujukan:
SKTPP2 07/04/002/2012() bertarikh 03 Ogos 2012 adalah terbatal.

Merujuk Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bernombor rujukan : KP/KPPM/7(13) bertarikh 09 Ogos 2012 adalah berkaitan. Dimaklumkan bahawa, sekolah akan mengambil cuti tambahan sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 16.08.2012 (khamis) dan 17.08.2012 (Jumaat). Cuti ini akan digantikan pada ketetapan seperti berikut:


Sukacita dinyatakan bahawa Cuti Sekolah Pertengahan Penggal 2 akan bermula pada 16.08.2012 (Khamis) dan akan dibuka semula pada 27.08.2012 (Isnin).

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI....
Share:

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN

                      Ucapan daripada ketua panitia pendidikan islam iaitu Ustazah Rozlina bt Mustafa

                            Majlis di rasmikan oleh Tuan Guru Besar Sktpp2 iaitu En Md Zohri bin Saluki

Program-program yang di jalankan seperti berikut:
  • Memperdengarkan Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran
  • Tazkirah Ramadhan
  • Tadarus Al-Quran
  • Kutipan Derma dan Tabung Amal Jariah
  • Bacaan Yassin dan Solat Hajat
  •  Risalah/ Buletin Ramadhan
  • Ceramah Nuzul Al- Quran
  • Majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan kepada Anak-anak Yatim&Miskin..



 
Tadarus Al-Quran dijalankan setiap hari pada waktu rehat 

Bacaan Yassin dan Solat Hajat bagi murid-murid Tahun 6



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG *BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 BAGI TAHUN 2019/1440H *******PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2019 PADA 29 JULAI - 2 OGOS 2019 (ISNIN - JUMAAT)

TUTORIAL BALUT BUKU TEKS

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts