JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN HARI SUAI KENAL TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2024/2025

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

    Pada 27 Januari 2024 bersamaan pada hari sabtu yang lepas, Hari Suai Kenal Tahun 1 dan Pra Sekolah bagi Sesi 2024/2025 telah diadakan di SK Taman Putra Perdana 2. Sepanjang Hari Suai Kenal dijalankan, ibu bapa atau penjaga telah diberikan taklimat mengenai pembelajaran di Tahun 1 dan Pra Sekolah di Dewan Terbuka. Manakala murid-murid pula telah menjawab Ujian Diagnostik di dalam kelas yang telah disediakan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan bermula dari kumpulan 1 - 10 Penyerahan buku teks juga telah dijalankan pada hari tersebut.

    Tahniah dicapkan kepada murid-murid yang bakal memasuki Tahun 1 dan Pra Sekolah bagi Sesi 2024/2025 di SK Taman Putra Perdana 2. Semoga Hari Suai Kenal yang telah dijalankan ini dapat memberi semangat kepada murid-murid untuk bersekolah pada sesi akademik yang akan datang.


Gambar Sepanjang Hari Suai Kenal Berlangsung:














Share:

HARI INTERAKSI AKEDEMIK 2023/2024

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada akhir persekolahan sesi 2023/2024 ini, SK Taman Putra Perdana 2 akan mengadakan Hari Interaksi Akedemik iaitu perjumpaan  ibu bapa bersama guru untuk  membincangkan tentang prestasi akademik anak masing-masing. Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut :

  • Tarikh : 7 Februari 2024   
  • Hari : Rabu    
  • Tahun 4,5,6 : 9.00pagi - 1.00 petang.  
  • Tahun 1,2,3 : 1.45 petang - 5.45 petang.  
  • Pendidikan Khas : 9.00pagi - 12.00 tengah hari.
Poster edaran

Sekian untuk makluman,terima kasih.





Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI KE 40 (SESI PETANG)

  Pada 22 Januari 2024, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada jam 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan bacaan doa, lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas Pn Saerah binti Rejeli. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang minggu 40 (22 Januari – 26 Januari 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:

  1. Puan Saerah binti Rejeli
  2. Puan Norhafizah binti Che Zainal
  3. Encik Mazwan bin Muhammad
  4. Encik Mohamad Salmizi bin Salim
  5. Puan Noraziah binti Katimin

 Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan lantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas SPBT untuk sesi 204/2025. Kriteria pengawas yang baik juga turut disentuh. Murid dilihat memberikan sepenuh tumpuan sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid yang tidak sihat dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah.





UCAPAN GURU SPBT

Majlis seterusnya ialah sedikit ucapan daripada guru SPBT Ustaz Yamin Aswat  berkaitan pemulangan dan pinjaman buku teks untuk tahun 1, 2, dan 3.


UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan tentang pengagihan BAP kepada murid-murid yang belum mengambilnya. Seterusnya, memberi nasihat agar duit yang diperolehi dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan murid.
  2. Mengingatkan balik berkaitan tugas-tugas pengawas.
  3. Mengingatkan murid berkaitan baki hari persekolahan dan cuti sekolah akhir sesi yang akan datang.


 

 Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

SAERAH BINTI REJELI

Ketua Guru Bertugas Minggu 40


Share:

MAKLUMAN HARI SUAI KENAL TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI AKADEMIK 2024/2025

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

    Hari Suai Kenal Tahun 1 dan Pra Sekolah akan diadakan pada 27 Januari 2024 bersamaan pada hari Sabtu bermula dari pukul 08.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Bagi murid-murid Tahun 1, Hari Suai Kenal akan diadakan di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2, manakala Hari Suai Kenal murid-murid pra sekolah akan diadakan di Bilik Anggerik SK Taman Putra Perdana 2.

    Murid-murid dikehendaki memakai seluar track hitam, baju t-shirt putih, tudung berwarna putih bagi murid-murid perempuan yang memakai tudung serta berkasut sekolah.





Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 39 (SESI PETANG)

 

Pada 15 Januari 2024, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas  Pn Rina Wati binti abu Othman. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang minggu  39 (15 Januari – 19 Januari 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:

  1. Puan Rina Wati binti Abu Othman
  2. Puan Juslinda binti Bakar
  3. Puan Nor A’fifah binti Muhammada Yusof
  4. Puan Siti Suriati binti Abdullah
  5. En Muhammada Syamil bin Yahya
  6. Puan Suriayati binti Mohd Sulaikhan

 

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Hormat Menghormati – Mengekalkan Hubungan Positif Negara. Murid dilihat memberikan sepenuh tumpuan   sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan  murid tentang kebersihan kelas dan adab serta perkara yang perlu dilakukan pada waktu rehat. Murid-murid diingatkan supaya membuang plastik makanan dan cawan plastik ke dalam tong sampah selepas makan/minum.




UCAPAN WAKIL GURU

Cikgu Sharizam mengingatkan murid tentang menjaga disiplin. Murid hendaklah menghormati guru, memberi salam ketika berselisih atau berjumpa dengan guru. Murid juga diberi teguran ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu Negeri Selangor. Murid diingtkan supaya lebih serius dan berdiri tegak semasa menyanyi.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa menjaga disiplin.

2.    Murid-murid dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan akibat penularan virus covid-

       19. Murid-murid yang tidak sihat perlu berehat di rumah.




Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

Laporan Disediakan Oleh,

RINA WATI ABU OTHMAN

Ketua Guru Bertugas Minggu 39


Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 38 (SESI PETANG)

 

Pada 8 Januari 2024, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.00 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas  Pn Yuzainismar binti Yusoff. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang minggu  38 (8 Januari – 12 Januari 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:

  1. Puan Yuzainismar binti Yusoff
  2. Encik Ahmad Zakee bin Abdullah Zawawi
  3. Encik Ezol Fitri bin Ahmad Muniran
  4. Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
  5. Puan Suriani binti Ibrahim
  6. Puan Nor Iylia Irina binti Mohd Rashid 

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Hormat Menghormati – Menghargai Alam Sekitar. Murid dilihat memberikan sepenuh tumpuan   sepanjang penjelasan itu disampaikan. Murid juga dapat menjawab soalan berkenaan Alam Sekitar yang dikemukakan oleh guru. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid yang tidak sihat dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah. Beliau juga mengingatkan kepada murid-murid yang mempunyai ahli keluarga yang positif covid agar turut sama kuarantin dirumah untuk mengelakkan dari murid menjadi pembawa virus kepada rakan-rakan yang lain di sekolah.




PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS

Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi sesi 2022/2023.




UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz Md Noor Bin Billak, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengucapkan selamat kembali ke sekolah setelah berakhirnya cuti Penggal ke 3 .
  2. Mengingatkan murid-murid agar hadir ke sekolah setiap hari kerana guru-guru sedang melaksanakan pentaksiran akhir PBD.
  3. Mengucapkan tahniah kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas atas penyerahan sijil penghargaan yang diberikan.



Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

YUZAINISMAR BINTI YUSOFF

Ketua Guru Bertugas Minggu 38


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts