• permohonan tahun 1 2019/2020

    sila ke laman www.public.moe.gov.my

  • TAJUK TUKAR DI SINI

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

PENANGGUHAN PENGAMBILAN GAMBAR HAC

Assalamualaikum..

Makluman kepada semua murid sktpp2 yang membeli gambar Hari Anugerah Cemerlang (HAC), di atas masalah yang tidak dapat dielakkan, tarikh pengambilan gambar pada 26/11/2013  (selasa) ditunda kepada 29/11/2013 (jumaat).

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Share:

SEKITAR HARI ANUGERAH CEMERLANG KALI KE 4 2013

Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Taman Putra Perdana 2 kali yang ke-4 telah diadakan pada 14 November 2013 (Khamis) di Dewan Terbuka SKTPP2. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Shahrom bin Dato' Shariff . Majlis dimulai dengan nyanyian lagu NegaraKu dan bacaan doa untuk memberkati majlis. Majlis ini telah berakhir pada pukul 12.15 tengah hari.


Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan sijil. Sekalung terima kasih dan penghargaan  kepada Tuan Shahrom bin Dato' Shariff selaku perasmi serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Kali yang ke-4 dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Penyampaian Anugerah-anugerah Khas Prasekolah


Ucapan perasmian     : Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato’ Shariff (Adun Dengkil)


Penyampaian Sijil-sijil dan hadiah


Penyampaian Sijil-sijil dan hadiah


Anugerah Kecemerlangan UPSR (5A)


Anugerah Khas


Persembahan  (Persembahan Kindergym)


Persembahan  (Persembahan Muzikal Tahap 1)

Share:

PINDAAN MASA PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN UPSR 2013

Kepada Ibu bapa/ Penjaga Murid- Murid Tahun 6,

Pindaan masa pengambilan slip keputusan UPSR adalah seperti ketetapan yang berikut:

Masa  :   11.00 pagi

Tempat  : Pusat Sumber SKTPP2


Segala kesulitan amatlah dikesali.
Share:

MAKLUMAN KEPUTUSAN UPSR 2013


Kepada,
Ibu bapa/ Penjaga
Murid- murid Tahun 6

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN KEPUTUSAN UPSR 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah merujuk surat PPDS.PEP.700-1/1/1 Jld 3(54).

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan UPSR bagi sesi persekolahan 2013 akan diumumkan pada ketetapan yang berikut:

                        Tarikh                                     : 14 November 2013 (Khamis)
                        Masa                                      : 10.00 pagi
                        Tempat
            Pengambilan Slip UPSR      :  Pusat Sumber SKTPP2
        
                                                                                               
3.         Sehubungan dengan itu, ibu/bapa/penjaga boleh hadir untuk mengambil slip keputusan UPSR selepas pukul 10.00 pagi. Untuk makluman tuan/puan, murid- murid yang terlibat menerima hadiah sempena majlis Hari Anugerah Cemerlang dikehendaki berada di khemah penerima hadiah sehingga majlis selesai bagi melancarkan perjalanan majlis tersebut.

4.         Tuan/Puan juga dinasihati agar dapat menyelesaikan segala urusan persekolahan seperti buku teks, bayaran dan siji- sijil melalui guru kelas masing-masing. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan amatlah dihargai dan sebarang kesulitan amatlah dikesali.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(KAMSANI BIN SAHLAN)
Guru Besar
SK Taman Putra Perdana 2
Share:

HARI ANUGERAH CEMERLANG KALI KE - 4

TARIKH : 14 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)

MASA     : 7.30 PG - 1.30 PTG

TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK TAMAN PUTRA PERDANA 2



ATUR CARA MAJLIS

7.30 pagi * Ketibaan murid, ibu bapa/penjaga, guru dan jemputan

8.00 pagi * Ketibaan dif-dif kehormat

8.15 pagi * Nyanyian lagu Negaraku
               * Bacaan doa oleh En. Mohd Razis B. Mohd Shainisi

8.25 pagi * Ucapan alu-aluan Guru Besar

8.35 pagi * Ucapan perasmian : Yang Berhormat Tuan Shahrum Bin Dato’ Shariff
                  Adun Dengkil

8.50 pagi * Persembahan 1 (Persembahan Muzikal Tahap 1)

9.00 pagi * Penyampaian Graduasi Prasekolah
               * Penyampaian Anugerah-anugerah Khas Prasekolah
               * Penyampaian Sijil-sijil dan hadiah
                  - Pengawas Sekolah Tahun 6
                  - Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 6
                  - Pengawas SPBT Tahun 6
               * Penyampaian Hadiah Kedudukan Kelas bagi tempat pertama, kedua
                  dan ketiga Tahun 6

               * Penyampaian Terbaik Mata Pelajaran Tahun 6
10.15 pagi * REHAT

10.30 pagi * Persembahan 2 (Persembahan Kindergym)

10.40 pagi * Penyampaian Anugerah Kokurikulum – Individu
                 * Penyampaian Anugerah Kokurikulum – Kumpulan

11.40 pagi * Penyampaian Hadiah Kedudukan Kelas bagi tempat pertama,
                    kedua dan ketiga dari Tahun 1 hingga 3
                 * Penyampaian Terbaik Mata Pelajaran Tahun 1 hingga 3
                 * Penyampaian Hadiah Kedudukan Kelas bagi tempat pertama, kedua dan ketiga dari Tahun 4                       dan 5
                 * Penyampaian Terbaik Mata Pelajaran Tahun 4 dan 5
12.40 tengah hari * Persembahan 3 (Choral Speaking)

12.50 tengah hari * Anugerah Khas
                             1)Anugerah Intan (Pemulihan Khas)
                             2)Anugerah NILAM & Tokoh NILAM
                             3)Anugerah Kecemerlangan UPSR (5A)
                             4)Tokoh-tokoh Sinar (Bestari ,Nurani dan Kesatria)
                             5)Tokoh Bitara

1.30 petang * Majlis tamat dan bersurai (Sesi fotografi)

Share:

SEKITAR SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK 2013


Latar Belakang

Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Merekalah yang bakal menjadi teraju pada masa hadapan. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kita meraikan mereka dengan menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah merupakan satu acara wajib dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-kanak Sedunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan Kanak-kanak seluruh dunia.

Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah disambut pada mana-mana hari dalam bulan Oktober.



Objektif

Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi Kanak-kanak. Dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan Kanak-kanak di Malaysia. Memilih Tokoh Kanak-kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek. Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka. Memberikan kegembiraan kepada Kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.











Share:

HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

Hari Orientasi Tahun 1 2014 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh  :  9 November 2013
Masa   :  8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2
Kehadiran : Semua murid tahun 1 dan ibubapa murid tahun 1 2014

Murid - murid diminta memakai 't-shirt' putih kosong dan seluar 'track' hitam/biru gelap dan membawa alat tulis masing - masing. Atur cara majlis adalah seperti berikut:

i) Berkumpul di tapak perhimpunan
ii) Taklimat ibubapa & Ujian Diagnostik
iii) Sesi lawatan untuk murid - murid tahun1 2014
Share:

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

ATURCARA MAJLIS
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

2013

Aturcara
Tarikh              :   8 November 2013 (Jumaat)

Tempat            :   Dataran Perhimpunan dan Dewan  Terbuka

SESI PAGI
7.20 pagi
Murid dan guru berkumpul di Dataran Perhimpunan

8.00 pagi
Pertandingan Persembahan
v  Pra sekolah
v  Tahun 4
v  Tahun 5
v   tahun 6

10.00 pagi
Rehat

10.30 pagi
Ucapan Tuan Guru Besar dan perasmian penutupan  Sambutan Hari Kanak-kanak

10.45 pagi
Penyampaian hadiah

11.00 pagi
Penyampaian hadiah Tokoh Kanak-kanak

11.30 pagi
Bersurai



SESI PETANG
3.50 ptg
Murid dan guru berkumpul di Dewan Perdana

4.00 ptg
Pertandingan Persembahan
v  Tahun 1
v  Tahun 2
v  Tahun 3

5.30 ptg
Ucapan Tuan Guru Besar dan perasmian penutupan Sambutan Hari Kanak-kanak

5.40 ptg
Penyampaian hadiah

6.15 ptg
Penyampaian hadiah Tokoh Kanak-kanak

6.40 ptg
Bersurai

Share:

PEMBAYARAN YURAN PIBG 2014

Ibu bapa/ Penjaga murid tahun 1/2014

Dimaklumkan bahawa tuan/puan boleh menjelaskan yuran PIBG 2014 sebanyak RM30/ satu keluarga semasa Hari Orientasi Tahun 1, 2014 pada 09 November 2013 (Sabtu).
Kaunter pembayaran PIBG akan dibuka di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2 selepas sesi taklimat.
Share:

HARI JALINAN MESRA TAHAP 1 2013 DAN SESI PENGAGIHAN BUKU TEKS SERTA KENAIKAN KELAS TAHUN 4 DAN 5 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Hari Jalinan Mesra Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : 07 November 2013 (Khamis)
Masa     : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat  : Dewan Terbuka SKTPP 2, Bilik KH dan Bilik Pendidikan Seni.
                ( Rujuk Pelan yang ditampal di Dewan Terbuka )

3.    Bagi murid Tahun 4 dan 5 tiada Hari Jalinan Mesra. Proses Kenaikan Kelas 2014 dan Agihan buku Teks 2014 akan diadakan pada ketetapan di atas. Penyerahan slip keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2013 akan diberi kepada murid - murid beserta dengan nama kelas 2014.

4.   Sehubungan dengan itu, persekolahan sesi petang pada tarikh tersebut adalah dibatalkan. Namun begitu murid - murid sesi petang digalakkan hadir bersama ibu bapa semasa sesi perjumpaan dengan guru kelas. Persekolahan sesi pagi adalah seperti biasa.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG *BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 BAGI TAHUN 2019/1440H *******PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2019 PADA 29 JULAI - 2 OGOS 2019 (ISNIN - JUMAAT)

TUTORIAL BALUT BUKU TEKS

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts