• permohonan tahun 1 2019/2020

    sila ke laman www.public.moe.gov.my

  • TAJUK TUKAR DI SINI

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

WARGA SKTPP 2 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

Share:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013

Adalah dimaklumkan bahawa semua murid prasekolah dan tahun 1 hingga tahun 6 (sesi pagi dan petang) dikehendaki hadir ke sekolah mengikut waktu persekolahan sesi pagi pada 2 Ogos 2013 (Jumaat), seperti ketetapan berikut:- 


BIL
MURID
 
WAKTU MASUK
 
 
WAKTU KELUAR/ BALIK
 
 
CATATAN
1.
Prasekolah
7.20 pagi
 
11.30 pagi
 
 
*Semua murid
tidak
perlu
membawa  
beg sekolah.
 
*Pakaian:
  Berpakaian  
  seragam
  sekolah.
           
 
 
2.
 
Tahun 1 hingga Tahun 6
 
 
7.20 pagi
 
12.20 tengah hari
 
 

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DAN CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA TAHUN 2013

Dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti pada 03  Ogos 2013 (Sabtu) hingga 18 Ogos 2013 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada     19 Ogos 2013 (Isnin). Berikut adalah makluman tentang cuti tersebut :


Tarikh Cuti
Perkara
Tarikh Ganti
05 Ogos 2013 (Isnin)
Cuti Peristiwa
Tidak Perlu Diganti
06 Ogos 2013 (Selasa)
Cuti Berganti
24 Ogos 2013 (Sabtu)
07 Ogos 2013 (Rabu)
 hingga
18 Ogos 2013 (Ahad)
Cuti Pertengahan Penggal Kedua
-


Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Share:

MAJLIS PERASMIAN BULAN IHYA’ RAMADHAN SKTPP2 TAHUN 2013 (SESI PETANG)

 Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkanatas kalian untukberpuasasebagaimanadiwajibkanatas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa, (yaitu) dalambeberapahari yang tertentu.
 [Al-Baqarah: Ayat183 ]

BulanRamadhan yang muliatelahdatanglagipadatahunini.Bulan yang penuhberkatiniharuslahdiisidenganamalanibadahdankebaikan yang lebihdaripadabulan-bulan Islam yang lain. Sehubungandenganitu, pada  hariIsnin yang laluiaitu 8 Julai2013 telahberlangsungperasmianbulanIhya’ Ramadhanperingkatsekolahbagisesipersekolahanpetang. Majlisinitelahdirasmikanoleh Guru PenolongKananPetangiaituPuanNorlelabintiHashim.PelbagaiaktivititelahdiaturuntukmengimarahkanbulanRamadhanini di sekolahseperti :
-          1) TazkirahRamadhan
-          2) Tadarus Al-quran
-          3) Kutipan derma tabungamaljariah
-          4) BuletinRamadhan
-          5) CeramahNuzul Al-quran
-          6) Majliskhatam Al-quran
-          7)SumbanganRamadhan   

       Berikutmerupakanbeberapabingkisanmemorisewaktupelancaranmajlistersebut :

                                                               
MAJLIS PERASMIAN TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH USTAZ KAMARULIZAM BIN NGAH










GPK PETANG, PUAN NORLELA BINTI HASHIM SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN. 











   

PELANCARAN BULAN IHYA’ RAMADHAN DISEMPURNAKAN OLEH PUAN NORLELA BINTI HASHIM










  



PENYERAHAN AL-QURAN SEBAGAI TANDA BERMULANYA PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN INI


Share:

MAKLUMAN CUTI NUZUL AL-QURAN

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga murid              SK Taman Putra Perdana 2, sekolah akan bercuti pada
26 Julai 2013 (Jumaat) sempena Nuzul Al-Quran.
Sekian untuk makluman dan terima kasih.
 
 
Share:

PREFERRED MOTIVATION & TRAINING

Program Khas 6 bulan Pemantapan Bahasa Inggeris secara Intensif 2013


Perjumpaan bersama ibu bapa murid yang mengikuti program akan diadakan pada ketetapan yang berikut:-

TARIKH : 20 / 7 / 2013
HARI      : SABTU
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SKTPP2
MASA    : 8.00 pg - 9.30 pg

Pendaftaran yang berminat masih lagi terbuka pada hari tersebut dan diharap dapat mengikuti perjumpaan tersebut. Sekian, Terima Kasih.
Share:

JADUAL UJIAN BULANAN 2 (TAHAP 2) & PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR TAHUN 2013






Share:

PROGRAM INTENSIF KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS SELAMA ENAM BULAN DAN PROGRAM KHAS TAHUN 6 DI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Dengan segala hormatnya pihak Preferred Motivation & Training akan mengadakan program intensif Bahasa Inggeris di SK Taman Putra Perdana 2. Preferred menggunakan kaedah psikologi (pemikiran positif terhadap proses belajar) dan motivasi (sentiasa berminat untuk belajar). Setiap data perkembangan pelajar akan direkodkan seperti bilangan ' vocabulary' yang diingati oleh pelajar (kaedah statistik), kebolehan membina ayat dan kemampuan belajar bertutur atau 'public speaking'. Matlamat preferred adalah perubahan 100% pelajar terhadap pencapaian Bahasa Inggeris mereka dan berdasarkan pengalaman yang lepas, keseluruhan pelajar yang mengikuti program ini mampu berubah menjadi yang lebih baik. 'Master Trainer' untuk program ini menggunakan kaedah 'reengineering iaitu penyelesaian masalah individu dengan data terperinci dimana kelemahan dan pencapaian mereka dikaji secara terperinci dan dibincangkan dengan ibubapa serta penjaga.

Adalah dimaklumkan Program promosi khas secara percuma akan diadakan di dewan sekolah pada:

Tarikh   : 13/07/2013
Hari      : Sabtu
Tempat : Dewan Sekolah
Masa     : Seperti di bawah:

1) Motivasi pelajar tahap 2: dari jam 11.00 pagi - 1.00 ptg
2) Motivasi pelajar tahap 1: dari jam 1.00 ptg - 3.00 ptg
3) Penerangan program keseluruhan untuk ibubapa secara percuma : Dari jam 3.15 - 4.45ptg.
4) Penerangan untuk program khas tahun 6 (Intensif Bahasa Inggeris dan Matematik) akan dibuat serentak dengan program di atas.

 
 

Penerangan oleh Mr. Kentucky tentang Program Intensif Kecemerlangan Bahasa Inggeris selama enam bulan

Pihak Preferred Motivation & Training mengedarkan surat untuk makluman ibubapa

 
 Berikut adalah makluman program 6 bulan BI:
1) Ibubapa serta pelajar yang berminat bolehlah membuat pendaftaran pada tarikh tersebut dan membuat pembayaran penuh atau sebahagiannya (dari kos keseluruhan RM100.00 sahaja untuk selama enam bulan dan pihak Preferred hanya menerima 300 pelajar pertama sahaja yang mendaftar).

2) Kos untuk program khas tahun 6 (Pemantapan BI & Math) sebagai persediaan secara intensif
adalah sebanyak RM100.00 sahaja dan pelajar boleh meneruskan program BI selepas selesai peperiksaan UPSR dan mengikuti pelajar tahun 1 sehingga 5.

3) Program BI selama 6 bulan akan bermula pada 20/07/2013 mengikut jadual dimulai dengan program keibubapaan dengan tajuk 'How to support our children to be success in English Language'
dan disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
 

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi ( tel: 019-2668274 atau e-mel - afandi.ali63@yahoo.co.uk).
Share:

MAJLIS PERASMIAN BULAN IHYA' RAMADHAN 2013

SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Perasmian Bulan Ihya' Ramadhan pada 8 Julai 2013 iaitu hari Isnin yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Kamsani bin Sahlan. terdapat banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Ihya' Ramadhan ini, antaranya seperti :-
  • TADARUS AL-QURAN
  • TAZKIRAH
  • MEMPERDENGARKAN ALUNAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
  • KUTIPAN DERMA TABUNG AMAL JARIAH
  • BULETIN RAMADHAN
  • CERAMAH NUZUL AL-QURAN
  • MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Semoga dengan pengisian yang bermakna ini dapat menanamkan semangat cintakan Islam dalam diri murid-murid dan dapat mendidik mereka menghidupkan bulan yang penuh barakah ini.

MAJLIS DIPENGERUSIKAN OLEH  USTAZAH SALINA BT HASHIM

KATA-KATA ALUAN DARIPADA KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, USTAZAH ROZLINA BT MUSTAFA

UCAPAN PERASMIAN DARIPADA TUAN GURU BESAR, EN.KAMSANI BIN SAHLAN

PELANCARAN BULAN IHYA' RAMADHAN

PENYERAHAN AL-QURAN KEPADA USTAZ MOHD RAZIS SELAKU KETUA TADARUS AL-QURAN

Share:

WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2013


MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA SKTPP2

Berikut adalah waktu persekolahan bagi semua murid SKTPP2 sepanjang bulan Ramadhan 2013. Semoga semua ibu bapa / penjaga  dapat menguruskan pengangkutan anak untuk pergi dan balik sekolah mengikut waktu-waktu tersebut. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa sempena bulan Ramadhan 2013 kepada semua warga pendidik dan ibu bapa / penjaga SKTPP2. Harap maklum. Terima kasih.

SESI
HARI
WAKTU DATANG
WAKTU BALIK
PAGI
ISNIN HINGGA KHAMIS
7.20 PAGI
12.50 TENGAH HARI
PAGI
JUMAAT
7.20 PAGI
12.20 TENGAH HARI
PETANG
ISNIN HINGGA KHAMIS
12.50 TENGAH HARI
5.30 PETANG
PETANG
JUMAAT
1.50 PETANG
5.30 PETANG
Share:

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA AWAL RAMADHAN 2013


Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama satu (1) hari pada 1 Ramadhan 1434H - 09 Julai 2013 (Selasa) atau 10 Julai 2013 (Rabu) sempena awal Ramadhan.           

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Share:

MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN BAHASA ARAB 2013 (SESI PAGI)

Majlis Perasmian Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 1 Julai 2013. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Siti hanim bt. Sungit, PK Pentadbiran SK Taman Putra Perdana 2. Berikut merupakan aturcara majlis yang telah diadakan:-

7.30 - Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
7.35 - Ucapan Pengerusi majlis bagi memulakan Perhimpunan Rasmi
7.45 - Ucapan Pengurus / Penyelaras Majlis
7.50 - Ucapan Perasmian oleh Pn. Siti Hanim bt Sungit
7.55 - Persembahan murid ( Kaedah al-Baghdadi dan Kompang Formasi)

Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ini diadakan bermula pada 1 Julai 2013 sehingga 5 julai 2013 (Isnin-Jumaat). Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :-

TAHUN 4 - Buku Skrap ( Ciptaan Allah dan Manusia) - AG, Cuba Teka Siapa Saya?- BA ,
                    Tanda Baca - AG dan Imlak - BA

TAHUN 5 - Mencari Kalimah Misteri - AG , Mencari Harta Karun - BA , Menjawikan teks - AG,
                    Menghafaz dan mengeja teks - BA

TAHUN 6 - Buku Skrap ( Ciptaan Allah dan Manusia) - AG, Cuba Teka Siapa Saya?- BA ,
                    Tanda Baca - AG dan Imlak - BA

Pertandingan terbuka - Bercerita Bahasa Arab dan Hafazan Surah


GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN 
BAHASA ARAB (SESI PAGI)

MAJLIS DIRASMIKAN OLEH PN. SITI HANIM BT SUNGIT

PENGERUSI MAJLIS : USTAZAH SALINA BT HASHIM DAN USTAZ MOHD. RAZIS B SHAINISI

PERSEMBAHAN MURID : KAEDAH AL-BAGHDADI

PERSEMBAHAN MURID : KOMPANG FORMASI

Share:

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

Setiap tahun minggu penghayatan Islam dijalankan mengikut perancangan aktiviti panitia agama Islam yang mana banyak membantu murid-murid dalam pembelajaran ilmu agama Islam dan bahasa Arab serta dapat menarik minat murid-murid suka pada mata pelajaran Pendidikan Islam dan bahasa Arab setanding mata pelajaran lain. Oleh itu, Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab telah merancang untuk mengadakan minggu penghayatan Islam dengan hasrat ianya dapat mencungkil bakat murid-murid serta menguji sejauh mana ilmu pengetahuan tentang Pendidikan Islam, jawi dan Bahasa Arab yang diajar.


Objektif
· Menjadikan murid-murid celik jawi dan bahasa Arab
· Meningkatkan peratus kelulusan murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
· Boleh membaca jawi dan bertutur dalam Bahasa Arab dengan baik

Sasaran
Semua murid Islam SK Taman Putra Perdana 2 (sesi pagi dan sesi petang)
AKTIVITI MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN BAHASA ARAB (SESI PETANG)
 24.6.2013 (Isnin)
Pelancaran Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab

25.6.2013 (Selasa)
Tahun 1
Kumpulan
Sukaneka (AG) : Ustz Surina Bt Muhammad
Teka anggota badan (BA)    : Ust Wan Adli Bin Wan Derahman

Individu
Teka Silangkata (AG): Ustz Surina Bt Muhammad
Mengenali Nombor (BA)    : Ust Wan Adli Bin Wan Derahman


26.6.2013 (Rabu)
Tahun 2
Kumpulan
Sukaneka (AG) : Ust Mohd Kamarulizam Bin Ngah
Mengeja kalimah (BA) : Ustz Rasina Bt Hj Yaacob

Individu
Imlak Jawi (AG) : Ust Mohd Kamarulizam Bin Ngah
Kamus Poket (BA): Ustz Rasina Bt Hj Yaacob


27.6.2013 (Khamis)
Tahun 3
Kumpulan
Perkataan Pinjaman (AG) : Ust Mohd Nawawi B Kandar
Bahasa Arab & Inggeris
Kenali Kenderaan (BA)  : Ustz Murnie Bt Ahmad

Individu
Imlak Jawi (AG) : Ust Mohd Nawawi B Kandar
Imlak Bahasa Arab (BA) : Ustz Murnie Bt Ahmad

Pelancaran Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab sesi petang dikelolakan  oleh Ustaz Nawawi

Puan Norlela bt Hashim (GPK Petang) merasmikan Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab untuk sesi petang


Perasmian Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG *BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 BAGI TAHUN 2019/1440H *******PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2019 PADA 29 JULAI - 2 OGOS 2019 (ISNIN - JUMAAT)

TUTORIAL BALUT BUKU TEKS

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts