• permohonan tahun 1 2019/2020

    sila ke laman www.public.moe.gov.my

  • TAJUK TUKAR DI SINI

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 TAHUN 2019

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 TAHUN 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK Taman Putra Perdana 2 akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG seperti ketetapan berikut :-

Tarikh       : 23 Februari 2019 ( Sabtu )
Tempat   : Dewan Terbuka SKTPP2
Masa     : 8.30 pagi

3.Bersama-sama ini disertakan pautan (link) bagi tuan/puan mengisi slip jawapan kehadiran dan usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG kelak. Semua usul hendaklah diisi selewat-lewatnya  09 Februari 2019. Pautan (link) borang usul:
https://goo.gl/forms/v3VKCxyj7iPa0U912

4.Sukacita dimaklumkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika tuan hadir pada mesyuarat tersebut. Usul yang membantu meningkatkan kecemerlangan murid amatlah digalakkan.

5. Kehadiran tuan amat diharapkan bagi menjayakan mesyuarat ini. Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah ,

Setiausaha PIBG
SK Taman Putra Perdana 2.
Share:

Laporan Perhimpunan Minggu 5 (Sesi Pagi)

Laporan Minggu ke 5 (Sesi Pagi)


    Perhimpunan mingguan di mulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu sekola. Seterusnya bacaan doa, dan bacaan ikrar oleh pengawas bertugas.

      Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas berkenaan dengan teknik belajar yang berkesan. Selain itu, pengumuman berkenaan aktiviti kokurikulum pada minggu ialah Unit Beruniform.

   Majlis diteruskan dengan Watikah Pelantikan Pemimpin Waja iaitu

Pengawas sekolah
Pengawas SPBT
Pengawas Pusat Sumber
Prs
Briget Bestari

          Berikut merupakan senarai nama Ketua Pemimpin Waja :

Ketua pengawas : Muhammad Anas Asyraf
P. Ketua pengawas 1 : Muhammad Najhan
P. Ketua pengawas 2 : Aisya Maisara

Ketua Pengawas SPBT : Muhammad Khalis                    Najmi
P. Ketua Pengawas SPBT : Dania Alicesya

Ketua Pengawas PSS : Aisyah Bt Zul Imran
P. ketua PSS : Nur Alya Diyana 

Ketua PRS : Muhammad Sufiullah

Ketua Briged Bestari : Muhammad Adam Syauqi















   Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar. Guru Besar mengingatkan tentang kepentingan menjalankan tugas sebagai pemimpin serta menghormati golongan pemimpin.

     Guru besar mengingatkan murid supaya menjaga keselamatan diri dan tidak mandi di lombong.

       Pada pukul 9.00 murid bersurai masuk ke kelas masing-masing.

Share:

MAKLUMAN : MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 2019





 

























       TARIKH
   MASA
26  Januari 2019
(Sabtu)
9.00 – 9.30 pagi
Pendaftaran
9.30 – 9.40 pagi
Doa
9.40 – 10.00 pagi
Ucapan Aluan Guru Besar
10.00 – 10.15 pagi
Rehat (Minuman Ringan)
10.15 – 11.00 pagi
Taklimat Program Peningkatan Tahun 6
11.00 – 12.30 tengah hari
Ceramah Motivasi Ibu bapa
12.30 tengah hari
Bersurai


Share:

PANDUAN PAKAIAN PASUKAN BADAN BERUNIFOM


Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-3 (SESI PETANG)

Pada 14 Januari telah diadakan perhimpunan utk minggu ke-3 bagi sesi petang. Perhimpunan dimulai dengan empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.

Perhimpunan kemudian diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah yang diketuai oleh pengawas sekolah.

Ketua guru bertugas, Pn. Nor Atiqah memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini:

1. Pn.Nor Atiqah
2. En.Ezol Fitri
3. Pn.Nurul Marshida
4. Pn.Yuszainismar
5. Pn.Juslinda
6. En.Sharizam
7. Ustaz Shafie

Jika terdapat sebarang masalah, murid-murid boleh merujuk kepada guru-guru yang bertugas pada minggu ini.

Tema pada minggu ini ialah peraturan. Murid diingatkan beberapa perkara tentang peraturan sekolah.
Antaranya ialah:

1. Murid dilarang untuk keluar semula dari kawasan sekolah setelah masuk di dalam kawasan sekolah kerana didapati ramai murid yang keluar semula untuk membeli makanan dan minuman di luar.

2.Murid-murid hendaklah meminta izin dari guru  jika hendak keluar kelas sama ada ke tandas atau ke surau. Selepas itu,mereka hendaklah terus pulang semula ke kelas dan tidak melencong ke tempat lain.

3.Murid-murid diingatkan supaya beratur semasa membeli makanan semasa waktu rehat.

4.Sebelum pulang,murid-murid hendaklah beratur dahulu dan berada di dalam barisan kelas masing-masing semasa pulang. Murid-murid juga diingatkan untuk tidak bertolak-tolak dan mengikut tangga yang ditetapkan untuk setiap tahun.

Seterusnya,Guru Penolong Kanan Petang, Pn.Fauziah binti Solehuddin memaklumkan mengenai rombakan kelas yang berlaku pada Jumaat lepas. Rombakan itu dibuat untuk menyamaratakan bilangan murid di dalam setiap kelas dan bukannya kerana ada dasar pilih kasih dan sebagainya.

Dengan berlakunya rombakan ini diharap murid-murid dapat belajar di dalam keadaan yang lebih selesa, gembira dan kondusif.

Perhimpunan bersurai pada pukul 6.40 petang.











Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-3 (SESI PAGI)

 


Pada 14hb. Januari 2019 bersamaan hari Isnin, SK Taman Putra Perdana 2 telah melaksanakan perhimpunan rasmi Kokurikulum.  Majlis perhimpunan bermula pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.  Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah yang diketuai oleh wakil murid yang terdiri daripada pengawas sekolah.



 

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan, iaitu Encik Mohd Fikri Bin Mat Arit yang mana beliau memaklumkan kepada murid-murid akan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu berkenaan, iaitu:


1) En. Mohd Fikri 
2) Pn. Murnei 
3) Pn. Nurhafizah 
4) Pn. Nurhidayahni 
5) Pn. Nadhrah 
6) Cik. Siti Mushrifah
7) Pn. Shahiza




    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang mengikuti kem tunas puteri peringkat kebangsaan.Encik Zainurin yang merupakan penolong kanan kokurikulum meyampaikan hadiah kepada murid yang terlibat.

 


Setelah selesai majlis penyampaian hadiah,majlis diteruskan lagi dengan taklimat disiplin oleh ustaz Mohd Razis Bin Shainisi. Beliau menasihati para pelajar supaya sentiasa mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.


Majlis Perhimpunan pada minggu ini diakhiri dengan ucapan Encik Mohd. Zainurin bin Md Yasin PK Kokurikulum yang memberi maklumat tentang aktiviti kokurikulum yang akan dilangsungkan pada minggu ini.





Share:

MAKLUMAN : KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-10




TARIKH : 12 JANUARI 2019
MASA     : 7.20 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT  : KAWASAN PERUMAHAN TAMAN PUTRA PERDANA


Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2 (SESI PETANG)

Perhimpunan rasmi Isnin, 7 Januari 2019 bagi sesi petang dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. 

Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah, adik Hafiz dari 3 UM.

A.   UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN

Ketua guru bertugas, Puan Nor Anis binti Suhaimi mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :

1.       PN. NOR ANIS BINTI SUHAIMI
2.       PN. HAMIZAH BINTI HAMID
3.       PN. MAWADAH BINTI SHAMSUDDIN
4.       PN. FASIHAH 
5.       PN. BAIZURA BINTI SARANI
6.       EN. SALMIZI

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Antara pesanan dan teguran yang telah disampai oleh ketua guru bertugas adalah:

a) Etika ketika menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah, dan lagu Aku Negaraku.

Murid - murid didapati sangat menghayati lagu - lagu tersebut, sehingga mereka menari - nari dan bergerak. Guru mengingatkan bahawa lagu - lagu tersebut adalah lagu rasmi, dan murid - murid perlu mematuhi etika menyanyikan lagu rasmi iaitu berdiri tegak.

b) Murid yang tidak sihat tidak perlu datang ke sekolah.

Murid - murid diingatkan untuk menjaga kesihatan dan berehat di rumah sekiranya tidak sihat seperti demam, sakit perut dan sebagainya. Ini kerana kemudahan katil untuk murid sakit adalah terhad dan dikhuatiri murid - murid yang sakit tidak selesa sementara menunggu waktu persekoahan berakhir.

B.   TEMA MINGGUAN : PENGURUSAN MASA

Pn. Nor Anis telah menyampaikan beberapa pesanan tentang pentingnya pengurusan masa untuk menjadi orang yang sistematik dan berjaya. Antara perkara yang ditekankan adalah:

- murid perlu tidur awal agar mereka mendapat tidur yang cukup dan mampu bangun awal di pagi hari.
- pada waktu rehat, murid perlu bijak menguruskan diri agar mempunyai cukup masa untuk makan, memyegarkan diri di tandas, dan berehat seketika. Ini amat penting agar mereka mampu lebih bersedia untuk sesi pembelajaran yang seterusnya. 
- murid juga perlu bijak menguruskan masa di dalam kelas, dan seboleh bolehnya menyiapkan tugasan di dalam kelas agar mereka boleh menggunakan masa di rumah untuk berehat.

C.   UCAPAN GURU PENOLONG KANAN PETANG

Seterusnya, Pn. Fauziah bt Solehuddin selaku GPK Petang, menyampaikan amanat beliau. Antara perkara yang ditegaskan adalah:

- ucapan selamat datang kepada warga baru SKTPP2, murid murid tahun 1. Mereka diingatkan supaya terus ke sekolah kerana sekolah adalah tempat yang menyeronokkan dan mereka tidak perlu takut.
- murid murid tahun 2 dan 3 diingatkan supaya menunjukkan contoh yang baik kepada adik adik tahun 1.
- Pn. Fauziah menasihatkan semua murid agar terus belajar bersungguh sungguh dan menghormati guru guru dan kakitangan sekolah.

Setelah itu, murid - murid mula disuraikan dan bergerak ke dalam barisan di koridor.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang.







Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-2 (SESI PAGI)




Pada 7hb. Januari 2019 bersamaan hari Isnin, SK Taman Putra Perdana 2 telah melaksanakan perhimpunan rasmi.  Majlis perhimpunan bermula pada jam 7.35 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.  Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah yang diketuai oleh wakil murid.



Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan, iaitu Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin bin Senin yang mana beliau memaklumkan kepada murid-murid akan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu berkenaan, iaitu:

1. Cikgu Fakhrurrazi
2. Cikgu Noorhisham
3. Cikgu Shahrulniza
4. Cikgu Aliza
5. Cikgu Faiza
6. Cikgu Nurleen
7. Cikgu Jagjer





Majlis diteruskan lagi dengan Manifesto Calon-calon Ketua Pengawas Tahun 2019 dan majlis ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Fikri bin Mat Arit selaku Guru Pengawas Tahun 2019.  Seramai 11 orang calon telah menyampaikan manifesto mereka dengan penuh semangat dan berwibawa.



Majlis beranjak maju dengan ucapan daripada Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2.  Beliau menyampaikan amanat kepada murid-murid Tahun 4 agar boleh mengadaptasi dengan sesi pagi yang lain daripada sesi petang.  Untuk murid Tahun 5, peringatan diberi agar tidak leka dalam pembelajaran dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar pada tahun 2020.  Akhirnya untuk murid Tahun 6 agar senantiasa fokus dan seronok untuk datang ke sekolah dan menimba ilmu.


Share:

MAKLUMAN PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM 2019

Berikut merupakan makluman perhimpunan unit beruniform


Share:

MAKLUMAN WAKTU KOKURIKULUM 2019

Makluman Waktu Kokurikulum 2019

Berikut merupakan waktu kokurikulum 2019. Hanya murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) terlibat dengan aktiviti kokurikulum.

Segala penglibatan aktiviti kokurikulum akan direkod dalam PAJSK.

Share:

APLIKASI CARIAN KELAS 2019


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG *BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 BAGI TAHUN 2019/1440H *******PEPERIKSAAN UPSR 2019 PADA 4 - 12 SEPTEMBER 2019 ****** SEMOGA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG

TUTORIAL BALUT BUKU TEKS

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts