• permohonan tahun 1 2019/2020

    sila ke laman www.public.moe.gov.my

  • TAJUK TUKAR DI SINI

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 23 /2015 SESI PAGI

Selamat Sejahtera. Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.
Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn. Lee Sau Mei
Tema: Peraturan
Guru bertugas menerangkan maksud “Peraturan” , Di antara peraturan sekolah ialah:

  1.  Datang pada waktu yang  tepat  iaitu sebelum pada pukul 7:20 pagi.
  2.  Memakai tanda nama, tali leher dan lencana sekolah.
  3.  Menghormati guru .
  4.  Buang sampah ke dalam tong sampah .
  5.  Merawat dan menjaga tanaman yang ada di sekolah.  
  6. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah membuktikan dengan mengemukakan surat.  
  7. Memakai barang kemas adalah tidak dibenarkan.Pihak sekolah tidak bertanggungjawab  jika berlaku kehilangan.
  8.  Semasa pergi ke bilik-bilik khas ataupun turun ke padang  wajib beratur.
  9.  Mesti menjaga keceriaan kelas masing-masing.
  10. Apabila hendak keluar kelas mesti mendapat kebenaran dari guru dan wajib memakai pas keluar kelas.   



Ketua Bertugas Mingguan sedang memberi ucapan

      Guru Bertugas:
  1.   Cikgu Noraini bt Yusoff   
  2. Ustaz Rosmadi b Abdul Manaf
  3.   Cikgu Mazilah bt Jamaludin
  4. Cikgu Norizan bt Isa
  5.  Cikgu Nurhidayahni bt Jasni


      Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dan Pertandingan Perahu Layar Peringkat Negeri.








Puan  Norlela Bt Hashim mengingatkan murid supaya:
·         Jangan menconteng dinding dengan tapak kaki atau  sebagainya
·         Kelas lonjakan Tahun 6 berjalan seperti biasa iaitu dari pukul 1:00 petang – 2:30 petang sepanjang bulan puasa
·         Jangan membawa bunga api atau mercun ke sekolah





Ditulis oleh : Pn. Lee Sau Mei










Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 22/2015 SESI PAGI


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.
Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn. Suzianti binti Suhaimi
i.Tema: Sedia Menghadapi Cabaran ; Usaha Meneruskan Kecemerlangan.
Guru bertugas mengingatkan murid-murid tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian akademik. Antaranya ialah:
  • menjaga kesihatan diri
  • menghafal sifir 
  • banyakkan membaca
  • menyiapkan kerja sekolah
  • belajar/ ulang kaji secara konsisten
  • berbuat baik kepada ibu bapa dan guru-guru kerana doa mereka sangat mustajab untuk mencapai kejayaan. 


Ucapan Penyelaras Ihya' Ramadhan
Ucapan Penyelaras Ihya' Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Ramdani bin Mohd Suhud. Beliau menerangkan aktiviti-aktiviti yang  berlangsung sepanjang Ihya' Ramadhan. Antara objektif Ihya' Ramadhan ialah:
  • memupuk rasa cinta terhadap Allah.
  • meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental murid.
  • meningkatkan ukhwwah sesama umat Islam.
  • melahirkan murid yang seimbang di antara dunia dan akhirat


Ucapan dan Perasmain Ihya' Ramadhan
 
Ucapan dan perasmain dilakukan oleh Guru Besar SKTPP2, En. Kamsani bin Sahlan.Antara ucapan yang disampaikan ialah:
  • Selain melakukan kewajiban berpuasa, murid juga perlu menunaikan solat fardhu agar puasa mereka diterima oleh Allah S.W.T
  • Selain itu, murid digalakan melakukan amalan bersedekah kerana ianya mendapat ganjaran yang besar pada bulan ramadhan ini.
  • Melakukan amalan-amalan baik yang lain.
 
 
 
 Persembahan Murid: Bacaan Al-Quran 
Bacaan Al-Quran oleh adik Shaza Shazwina binti Nasharuddin

Sekian.
Guru Bertugas:
  1. En. Ezol Fitri b. Ahmad Muniran
  2. Pn. Suzianti bt. Suhaimi
  3. Pn. Aliza bt. Ahad
  4. Pn. Roselind bt. Mustapha
  5. Pn Fauziah bt Solehudin
  6. Pn Nur Hafizah bt Othman
  7. Pn Cik Nor Saadah bt Sabidin
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 21/2015 SESI PETANG Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 6.10 petang dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan ketua guru bertugas : Pn. Narimah Bt Zamri
i.Tema: H

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 21/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan ketua guru bertugas : Pn. Narimah Bt Zamri
i.Tema: Hak dan Tanggungjawab Kanak-Kanak
Beliau mengingatkan murid-murid tentang hak dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi terhadap mereka. Antara tanggungjawab kanak-kanak ialah mengenang jasa ibu, bapa dan guru. Belajar dengan sungguh-sungguh dan hormat kepada ibu bapa, guru dan masyarakat. Antara hak kanak-kanak pula ialah kehidupan yang terjamin, perlindungan yang sempurna, penyertaan dan perkembang dalam aktiviti yang dijalankan.

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PESERTA SEMARAK TARI
 
- Sijil penyertaan disampaikan oleh Pn Azlimariah Bt Arifin selaku GPK Petang kepada semua peserta Semarak Tari SKTPP 2.




UCAPAN GURU DISIPLIN

Beliau telah menyampaikan beberapa perkara penting, di antaranya:
-mengucapkan selamat kembali ke sesi persekolahan bagi penggal kedua.
-menasihati murid yang tidak berpuasa agar menghormati murid berpuasa dengan tidak makan atau minum di hadapan murid.
-amaran kepada murid-murid yang ponteng kelas supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Sekian.

Guru Bertugas:
  1. En Ridzuan bin Ismail
  2. Pn Narimah bt Zamri
  3. Pn Choo Pin Teng
  4. Pn Nor Anis
  5. Pn Hamidah bt Hassan
  6. Pn Syarifah bt Sulaiman








Share:

PENANGGUHAN HARI TEMU MURNI 2 BAGI TAHUN 6

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,

HARI TEMU MURNI 2 BAGI TAHUN 6

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa program HARI TEMU MURNI 2 BAGI TAHUN 6 adalah ditangguhkan kepada tarikh dan waktu yang akan ditetapkan kemudian. Makluman sebelum ini adalah terbatal.

3.         Tarikh dan masa baharu akan dimaklumkan kelak. Pihak kami memohon maaf atas penangguhan tersebut.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA TAHUN 2015 ( SESI PAGI)

Tarikh       : 16 Jun 2015
Masa         : 11.00 pagi
Tempat      : Kelas maing-masing


          Program Hari Jalinan Mesra Kali Pertama SK Taman Putra Perdana 2 bagi tahun 2015 bagi sesi pagi telah diadakan pada hari ini. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga murid.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk bertemu dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak masing-masing. Mereka juga boleh berbincang dengan guru-guru berkaitan dengan prestasi pembelajaran anak mereka serta dapat bertukar fikiran demi kecemerlangan anak-anak SKTPP2. Ibu bapa dan penjaga juga boleh membawa anak mereka pulang selepas selesai perjumpaan. 


PENDAFTARAN

5 UM & 5 USM

5 UKM & 5 UTM

5 UPM & 5 UUM

5 UITM & 5 UIAM

4 UM & 4 USM

4 UKM & 4 UTM

4 UPM & 4 UUM

4 UITM & 4 UIAM

SUASANA HARI JALINAN MESRA

SUASANA HARI JALINAN MESRA

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 21/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan ketua guru bertugas : En Noorhisham bin Mohamad
i.Tema: Hak dan Tanggungjawab Kanak-Kanak
Beliau mengingatkan murid-murid tentang hak dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi terhadap mereka. Di antaranya ialah kehidupan yang terjamin, perlindungan yang sempurna, penyertaan dan perkembangan yang sepatutnya.


Ucapan Tuan Guru Besar En Kamsani bin Sahlan
Beliau telah menyampaikan beberapa perkara penting, di antaranya:
-mengucapkan selamat kembali ke sesi persekolahan bagi penggal kedua
-murid lebih rajin belajar terutamanya murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
-makluman tentang cuti peristiwa sempena awal ramadan dan Hari Jalinan Mesra yang akan diadakan pada 16 jun 2015





Sekian.

Guru Bertugas:
  1. En Noorhisham bin Mohamad
  2. Pn Murnie binti Ahmad
  3. Pn Nurul Aida
  4. Cik Noraziah
  5. En Mohammad Rani
  6. Pn Kahirun Nisa binti Abdul Halim
Share:

CUTI PERISTIWA SEMPENA AWAL RAMADHAN 2015

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,

 CUTI PERISTIWA SEMPENA AWAL RAMADHAN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk,

2.         Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 18 Jun 2015
( Khamis ) sempena Awal Ramadhan.  Semua murid Prasekolah dan Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan bercuti sehari pada tarikh tersebut.  Sekolah berjalan seperti biasa pada 19 Jun 2015 ( Jumaat ).
           
3.         Waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadhan boleh dirujuk pada surat edaran yang bertarikh 27 Mei 2015 dan blog sekolah.
           
4.         Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Ibu bapa/ penjaga dan murid yang beragama Islam.


Sekian untuk makluman dan terima kasih.



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG *BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 BAGI TAHUN 2019/1440H *******PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2019 PADA 29 JULAI - 2 OGOS 2019 (ISNIN - JUMAAT)

TUTORIAL BALUT BUKU TEKS

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts