• permohonan tahun 1 2019/2020

    sila ke laman www.public.moe.gov.my

  • TAJUK TUKAR DI SINI

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

LAPORAN PROGRAM KEPIMPINAN JATI DIRI 2016


Program Kepimpinan Jati Diri Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 202 orang murid telah hadir untuk mengikuti program ini. Berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar program.



Murid berkumpul untuk pendaftaran
Murid sedang mendaftar dan mendapat fail, roti serta air
Murid berkumpul di Dataran Terbuka sebelum sesi ceramah motivasi bermula
Murid mengambil tempat di Dewan Terbuka untuk sesi ceramah motivasi
Pn. Aliza bt Ahad selaku Pengacara Majlis

Penceramah Motovasi En. Isma Izuan bin Ismail
Aktiviti bersama penceramah
 Sesi taklimat kepada Pengawas Sekolah
Sesi taklimat kepada Pengawas Pusat Sumber
Sesi taklimat kepada Pengawas SPBT
Sesi taklimat kepada Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
Sesi bergambar Pengawas Sekolah
Sesi bergambar Pengawas Pusat Sumber
Sesi bergambar Pengawas SPBT
Sesi bergambar Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
Program ini tamat pada pukul 12.50 tengah hari. Semoga segala ilmu kepimpinan yang diperolehi pada hari ini dapat dipraktikkan sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin kecil ini di peringkat sekolah khasnya.
Share:

PROGRAM KEPIMPINAN JATI DIRI 2016

PROGRAM KEPIMPINAN JATI DIRI PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH/PENGAWAS SPBT, KETUA KELAS & PENOLONG KETUA KELAS TAHUN 2016

Program Kepimpinan Jati Diri Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
                       Tarikh:            30  Jan 2016 (Sabtu)

                       Masa:             7.30 pagi – 12.30 t/hari

                       Tempat:          SK Taman Putra Perdana 2
 
LATAR BELAKANG

Program Kepimpinan Jati Diri ini diadakan setiap tahun bagi memberi pendedahan dan persediaan tentang tugas-tugas seorang pemimpin. Ia juga diadakan sebagai satu usaha untuk melahirkan barisan pemimpin sekolah yang berwibawa dan berketrampilan serta amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas supaya disiplin murid di sekolah dan di dalam kelas dalam keadaan baik dan terkawal serta dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan cekap.


OBJEKTIF
  1. Membina nilai dan sikap kepimpinan yang berwibawa dan berkaliber dalam diri sendiri sebagai seorang pemimpin. 
  2. Dapat membentuk diri supaya mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat menjalankan tugas dan amanah dengan jujur dan ikhlas.
  3. Dapat mendedahkan peserta program terhadap halangan dan cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan. 
  4. Memberi ruang kepada peserta program menunjukkan sifat kepimpinan dan tahu menjaga maruah diri sebagai pemimpin. 
  5. Mewujudkan ikatan hubungan muhibah antara sesama pemimpin yang berbilang kaum agar mereka dapat bersatu hati dalam menjalankan tugas.
 
TENTATIF

MASA
AKTIVITI
7.30 pg-8.00 pg
Pendaftaran
8.00 pg-10.00 pg

Ceramah
Komitmen dan Tanggungjawab Pemimpin Sekolah
10.00 pg-10.30 pg
REHAT

10.30 pg-11.30 pg

Taklimat mengikut tugasan masing-masing
- Pengawas-Dewan Terbuka
- PSS-Pusat Sumber Sekolah
- SPBT-Bilik SPBT
-Ketua/Pen ketua-Bilik Anggerik

11.30pg-12.30t/hari

Pengawas-Bergerak ke stesyen mengikut tugasan
SPBT-Praktikal semakan dan penjagaan buku teks
PSS-Praktikal pemprosesan buku
Ketua/Pen Ketua Kelas- Praktikal pengurusan kelas
12.30 t/hari-
1.00 ptg
Majlis Penutup
Sesi Bergambar
1.00 ptg
Bersurai
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG *BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 BAGI TAHUN 2019/1440H *******PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2019 PADA 29 JULAI - 2 OGOS 2019 (ISNIN - JUMAAT)

TUTORIAL BALUT BUKU TEKS

TV SKTPP2

Total Pageviews

PAUTAN GURU

 
  
  
 

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

Recent Posts