Program "Jom Ke Sekolah" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini diadakan pada hari pertama persekolahan iaitu pada 17 Februari 2025 (Isnin) untuk memberi sokongan moral dan motivasi kepada pelajar, khususnya mereka yang baru memulakan sesi persekolahan atau yang mungkin menghadapi rasa takut atau cemas khususnya kepada murid Tahun 1. Program ini bertujuan untuk mewujudkan suasana positif serta menggalakkan pelajar agar dapat menjalani sesi persekolahan dengan semangat yang tinggi dan optimis. Program ini dimulakan pada pukul 12.30 tengah hari di mana guru-guru menyambut kehadiran murid di depan pagar pintu sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menmberikan hadiah sebagai penghargaan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah.