JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN : SERONOKNYA HADIR KE SEKOLAH (SESI PETANG)

    Sepanjang minggu pertama persekolahan bermula pada 17 Februari 2025 sehingga 21 Februari 2025, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk memastikan murid-murid merasa seronok dan teruja untuk kembali ke sekolah. Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk mencipta suasana positif dan menyeronokkan agar murid dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan semangat untuk memulakan tahun persekolahan yang baru. Aktiviti pada minggu pertama persekolahan ini merupakan aktiviti yang telah dirancang oleh panitia dan unit yang terlibat. 



JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI SEPANJANG MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN 





AKTIVITI SENAMROBIK OLEH 
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN






AKTIVITI MEMBUAT KAD SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
 OLEH PANITIA BAHASA MELAYU






AKTIVITI MELODI KITAR SEMULA OLEH PANITIA PENDIDIKAN MUZIK





AKTIVITI JOM DISIPLIN OLEH UNIT DISIPLIN






AKTIVITI FIRST DAY FEELINGS OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING






AKTIVITI MEMBUAT MENARA STRAW OLEH PANITIA SAINS






AKTIVITI MEMBUAT SIFIR ARTISTRY OLEH PANITIA MATEMATIK







AKTIVITI BONEKA MELOMPAT OLEH PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL






AKTIVITI KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA OLEH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Share:

LAPORAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH (SESI PETANG)

    Program "Jom Ke Sekolah" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini diadakan pada hari pertama persekolahan iaitu pada 17 Februari 2025 (Isnin) untuk memberi sokongan moral dan motivasi kepada pelajar, khususnya mereka yang baru memulakan sesi persekolahan atau yang mungkin menghadapi rasa takut atau cemas khususnya kepada murid Tahun 1. Program ini bertujuan untuk mewujudkan suasana positif serta menggalakkan pelajar agar dapat menjalani sesi persekolahan dengan semangat yang tinggi dan optimis. Program ini dimulakan pada pukul 12.30 tengah hari di mana guru-guru menyambut kehadiran murid di depan pagar pintu sekolah. Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menmberikan hadiah sebagai penghargaan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah.









Share:

PROGRAM JOM KE SEKOLAH (SESI PAGI)

        Program "Jom Ke Sekolah" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan guru bertugas dilaksanakan bagi memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah dan meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah.













Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts