MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2025
TARIKH : 18 APRIL 2025
HARI :
JUMAAT
MASA :
7.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI ( SESI PAGI)
TEMPAT :
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
SKTPP2 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh meriah dan warna-warni. Setelah tamat bacaan Yassin, murid-murid berkumpul di Dewan Ad-Din untuk aktiviti seterusnya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Shafie bin Muhammad dan ucapan dari Tuan Guru Besar Encik Fakhruddin Bin Baharum. Majlis sambutan hari raya dihiasai lagi dengan acara dewan iaitu persembahan lagu-lagu raya dari murid-murid. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan jamuan hari raya yang bermula jam 9.30 pagi. Pelbagai juadah hari raya telah dihidangkan di setiap kelas. Murid-murid dan guru-guru dapat berkumpul dan mengambil gambar bersama-sama sambil menikmati juadah yang dihidangkan. Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara semua guru dan murid di sekolah.