MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2025
Tarikh : 22 Mei 2025 (Khamis)
Tempat : Dewan Ad-Din SKTPP2
Tema Hari Guru : Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
Tema Pakaian : All Black
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna pada 22 Mei 2025. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shafie bin Muhamad dan diikuti bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran oleh Puan Siti Raudah bt Hamid (PK Kokurikulum) dan Puan Tanti Idayu bt Abd Karim (PK Petang).
Seterusnya, ucapan hari guru disampaikan oleh Ketua Murid, adik Muhammad Khair Karami bin Muhammad Khalis, Wakil AJK PIBG, Encik Wan Mohd Syazwan bin Wan Mohd Fadzelah dan akhir sekali Tuan Guru Besar, Encik Fakhruddin bin Baharum. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Cikgu Md Suhaidi bin Md Sabar dan diikuti nyanyian lagu tema “Kami Guru Malaysia” yang dinyanyikan oleh semua rakan guru.
Majlis diteruskan dengan gimik potongan kek oleh para pentadbir sebagai simbolik sambutan hari istimewa ini. Cenderahati daripada BKGK telah disampaikan kepada semua guru oleh pengawas sekolah sebagai tanda penghargaan. Persembahan murid-murid daripada Pra Sekolah, PPKI dan Tahap 2 turut memeriahkan suasana.
Beberapa aktiviti sukaneka juga telah dijalankan bagi meraikan guru-guru. Ternyata guru-guru sangat terhibur dan gembira. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka, Anugerah Ikon Guru Pilihan serta Anugerah Pakaian Terbaik Mengikut Tema.
Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi dan murid-murid kembali ke kelas masing-masing. Sambutan ini telah berjaya mengukuhkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan warga sekolah secara keseluruhannya.
Berikut adalah beberapa video dan gambar yang sempat dikongsikan sepanjang majlis sambutan berlangsung.