JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2026 (SESI PAGI)

                   Sempena hari pertama kemasukan sesi persekolahan, Program “Jom Ke Sekolah” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru bertugas telah dilaksanakan bagi menyambut kehadiran murid serta menyemarakkan semangat mereka untuk memulakan sesi pembelajaran yang baharu. Program ini bertujuan memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah dengan rasa gembira dan selamat, di samping menanam kesedaran tentang kepentingan kehadiran ke sekolah sejak hari pertama.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Sarjan Puwaneswaran a/l Margaya dari Cawangan JSJ, IPD Sepang bersama Sarjan Danny Kapung dari Balai Polis Putra Perdana, yang memberikan kata-kata perangsang, nasihat serta peringatan mesra kepada murid agar sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan sekolah dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat serta menyeronokkan untuk menimba ilmu.







Share:

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH SKTPP2 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Sijil Prasekolah 2025 yang bertarikh 17 Disember 2025 (Rabu) telah dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya dalam suasana yang meriah.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Nik Mohd Azam Bin Nik Soh (Ketua Penolong Pengarah, Unit Prasekolah dan Rendah, JPN Selangor) dan alhamdulillah segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar, barisan pentadbir sekolah serta guru-guru khususnya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi, kerjasama yang erat, komitmen yang berterusan serta pengorbanan tenaga dan idea yang dicurahkan demi menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.

Semoga segala usaha dan pengorbanan menjadi kenangan manis yang terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

 

Cahaya gemerlap menghiasi pentas,

Anugerah diberi tanda penghargaan,

Majlis 2025 kini melabuhkan tiras,

Berjumpa lagi kita di tahun 2026 penuh harapan.

























Share:

PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Assalammualaikum dan salam sejahtera

        Pada 23 Ogos 2025 bersamaan hari sabtu, bertempat di SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan Program Gotong Royong Madani. Warga SKTPP2 bekerjasama dengan ibu bapa membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah mengikut stesyen masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan gotong royong ini.


































Share:

HARI INTERAKSI AKADEMIK & DIALOG PRESTASI (PPKI) 2025/2026 (SESI PAGI)

 Assalammualaikum dan salam sejahtera

        Pada 6 Ogos 2025 bersamaan pada hari Rabu akan diadakan Hari Interaksi Akademik & Dialog Prestasi (PPKI) 2025/2026. Program ini merupakan sebuah program khas perjumpaan di antara guru, ibu bapa / penjaga dan murid untuk mengetahui prestasi murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.







Share:

PROGRAM KEPIMPINAN SAHSIAH TERPUJI PEMIMPIN WAJA (SESI PETANG)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


   Pada16 Jun 2025, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah telah menganjurkan Program Kepimpinan Sahsiah Terpuji Pemimpin Waja  yang melibatkan penyertaan daripada barisan kepimpinan murid iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks bagi sesi petang.

   Program ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai kepimpinan yang unggul serta sahsiah terpuji dalam kalangan pemimpin muda sekolah. Melalui beberapa aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dijalankan, murid-murid telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menekankan aspek kerjasama, komunikasi berkesan, penyelesaian masalah dan membuat keputusan secara bijaksana.

   Para peserta kelihatan bersemangat dan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan keyakinan diri murid-murid, malah turut membentuk jati diri seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan beretika.

  Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.





 

















Share:

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2025 (SESI PAGI)

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2025

Tarikh : 22 Mei 2025 (Khamis)

Tempat : Dewan Ad-Din SKTPP2

Tema Hari Guru : Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Tema Pakaian : All Black

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna pada 22 Mei 2025. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Shafie bin Muhamad dan diikuti bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran oleh Puan Siti Raudah bt Hamid (PK Kokurikulum) dan Puan Tanti Idayu bt Abd Karim (PK Petang).

Seterusnya, ucapan hari guru disampaikan oleh Ketua Murid, adik Muhammad Khair Karami bin Muhammad Khalis, Wakil AJK PIBG, Encik Wan Mohd Syazwan bin Wan Mohd Fadzelah dan akhir sekali Tuan Guru Besar, Encik Fakhruddin bin Baharum. Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar guru yang diketuai oleh Cikgu Md Suhaidi bin Md Sabar dan diikuti nyanyian lagu tema “Kami Guru Malaysia” yang dinyanyikan oleh semua rakan guru. 

Majlis diteruskan dengan gimik potongan kek oleh para pentadbir sebagai simbolik sambutan hari istimewa ini. Cenderahati daripada BKGK telah disampaikan kepada semua guru oleh pengawas sekolah sebagai tanda penghargaan. Persembahan murid-murid daripada Pra Sekolah, PPKI dan  Tahap 2 turut memeriahkan suasana. 

Beberapa aktiviti sukaneka juga telah dijalankan bagi meraikan guru-guru. Ternyata guru-guru sangat terhibur dan gembira. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka, Anugerah Ikon Guru Pilihan serta Anugerah Pakaian Terbaik Mengikut Tema.

Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi dan murid-murid kembali ke kelas masing-masing. Sambutan ini telah berjaya mengukuhkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan warga sekolah secara keseluruhannya. 

Berikut adalah beberapa video dan gambar yang sempat dikongsikan sepanjang majlis sambutan berlangsung.


















Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts