JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pengurusan SKTPP2 dan semua guru mengalu-alukan dan mengucapkan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua murid untuk sesi persekolah 2016. Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan rasmi sekolah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu rasmi, ikrar dan ucapan guru bertugas dan pentadbir.

Ucapan ketua guru bertugas: En Rosmadi bin Abd Manaf. Tajuk : Penampilan diri
Murid-murid diingatkan supaya sentiasa beruniform sekolah dengan lengkap dan mesti sentiasa mengamalkan disiplin yang cemerlang kerana penampilan diri mencerminkan keperibadian yang sebenar.

Ucapan Ketua Guru Disiplin : Ustaz Mohd Razis Bin Shainisi.
Ustaz menyampaikan ucapan tentang disiplin dan peraturan sekolah. Beliau juga mengingatkan para pelajar supaya dapat hadir ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi.


Ucapan Penolong Kanan HEM : Pn Norlela Bt Hashim.
PK HEM mengalu-alukan kedatangan para pelajar ke sekolah bagi sesi 2016 dan beliau berharap pada sesi ini murid-murid akan sentiasa bersemangat dan belajar dengan bersungguh-sungguh.





Pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia
EN Azman Bin Abdul Kadir
(Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia)


Sesi persekolah sesi petang bermula pukul 1.10 petang dimulai dengan perhimpunan. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Diikuti dengan ucapan guru bertugas dan seterusnya murid-murid tahun 1 diiringi guru kelas masing-masing naik ke kelas bagi mengikuti Program Transisi Tahun 1.

Murid-murid Tahun 1 2016


Ibubapa menemani hari pertama murid-murid Tahun 1.


Keadaan trafik di hadapan sekolah agak sesak berikutan ibubapa mengambil
peluang menghantar sendiri anak-anak pada hari pertama persekolahan.




AJK Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) mengambil inisiatif membuka
kaunter bagi membantu melicinkan proses pendaftaran hari pertama persekolahan.


Waktu rehat Tahun 1

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts