JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LARIAN MERENTAS DESA KALI PERTAMA 2010

Pada 20.2.2010 (Sabtu), SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Larian Merentas Desa 2010 buat kali pertama. Larian sejauh 3.4 km di sekitar kawasan perumahan Taman Putra Perdana melibatkan murid dari tahun 4 dan tahun 5. Larian ini bertujuan memupuk perpaduan dan silaturahim di kalangan murid dan warga SKTPP2, membudayakan gaya hidup sihat dan mencungkil bakat baru murid-murid dalam olahraga. Larian berjaya ditamatkan dengan selamat. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang 4 kategori Lelaki 3, Lelaki 2, Perempuan 3 dan Perempuan 2. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Induk, AJK Pelaksana, guru-guru, murid dan Pasukan Polis kerana khidmat dan sumbangan tenaga dalam menjayakan program ini.

  
  
 
 
  
  
 
  
  
 
 
  

  
 
 
 
 
  
 
 
  
  
 

Share:

1 comment:

zaki said...

Tahniah kpd sume guru yg sama2 menjayakannya..

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts