JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pada 23 Julai 2012 yang lalu, jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SKTPP 2 telah menganjurkan Majlis Pelancaran SPSK. Majlis pelancaran ini telah di laksanakan pada kedua-dua sesi persekolahan (sesi pagi dan sesi petang) semasa perhimpunan mingguan.

Tujuan utama majlis pelancaran ini dibuat adalah bertujuan untuk menghebahkan kepada warga sekolah serta masyarakat setempat bahawa SKTPP2 telah mengorak langkah bagi menjadikan SKTPP2 sebagai sebuah sekolah yang berkualiti dan seterusnya melonjakkan pencapaian murid-murid sekolah ini. Hal ini bertepatan dengan visi "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang" dan misi "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti" sebagai panduan.

Secara keseluruhan sistem pengurusan sekolah kualiti di Sekolah-sekolah Negeri Selangor melibatkan proses-proses seperti Pengurusan Panitia, Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran & Pengajaran, Pengurusan Pencerapan, Pengurusan Peperiksaan, Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid, Pengurusan Mesyuarat dan Pengurusan Bimbingan &
Kaunseling.

Secara keseluruhannya, majlis pelancaran ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Jawatankuasa SPSK SKTPP2 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh kakitangan serta guru-guru SKTPP2 bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih.
Sekitar majlis pelancaran..
 Gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh
En Md Zohri Bin Saluki (Guru Besar SKTPP2)- Sesi Pagi

 Ucapan perasmian oleh Pn Norlela Bt Hashim (PK Petang)- Sesi Petang
 Penyerahan fail SPSK kepada jawatankuasa SPSK SKTPP2
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts