JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2013


Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y.Bhg.Dato / Datin / Tuan / Puan,

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa semua murid warganegara akan menerima bantuan khas awal persekolahan Tahun 2013 sebanyak RM 100.00 seorang. Bantuan akan diagihkan kepada ibu bapa / penjaga pada ketetapan berikut :

TAHUN
TARIKH / HARI
MASA
TEMPAT
4B, 4D, dan 4I  
21/01/2013 (Isnin)
11.00 pagi
Hingga
12.30 tengah hari
Pusat Sumber Sekolah

4M,  4N, dan 4Z
Tahun 5
Tahun 6
21/01/2013 (Isnin)
11.30 pagi
hingga
1.20 petang
Kelas
masing-masing
Tahun 2
Tahun 3
21/01/2013 (Isnin)
2.00 petang
hingga
5.00 petang
Kelas
masing-masing

3.         Semua ibu bapa / penjaga murid kelas 4B, 4D dan 4I, sila berkumpul di Pusat Sumber Sekolah pada jam 11.00 pagi. Semua murid kelas 4B, 4D dan 4I hendaklah berada di kelas masing-masing.

4.         Murid Tahun 1 ditangguhkan pemberian RM100 seorang pada satu masa yang akan diberitahu kelak kerana masalah enrolmen pelajar yang melebihi daripada tahun sebelumnya.

5.         Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/ penjaga dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan seperti di atas bagi melancarkan proses pengagihan bantuan tersebut. Sila bawa salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga dan salinan surat beranak anak.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.                                                                                   

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


..................................................
(KAMSANI BIN SAHLAN)
Guru Besar
SK Taman Putra Perdana 2

PT/FZA150113                       
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts