JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2013

SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013 seperti ketetapan berikut :-

              Tarikh   : 16 Mei 2013
              Masa    : 7.30 Pagi - 12.30 Tengah hari
              Tempat : SKTPP2

       Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan sesi bergambar warga SKTPP2, bacaan doa daripada Ustaz Mohd. Razis bin Mohd. Shainisi, ucapan daripada Tuan Guru Besar, En. Kamsani bin Sahlan,  Ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu Transformasi Pendidikan Negara yang diketuai oleh En. Lokman bin Abdullah. Acara diteruskan lagi dengan persembahan daripada guru-guru tahun 1 hingga tahun 6 dan diselangi dengan acara pertukaran hadiah antara guru-guru. Majlis turut diserikan dengan penganugerahan Tokoh Guru Penyayang seramai 10 orang yang terdiri daripada guru-guru sesi pagi dan petang. Acara turut diwarnai dengan pemberian hadiah daripada murid-murid kepada guru-guru. Seterusnya,majlis dimeriahkan dengan acara sukaneka yang melibatkan semua warga SKTPP2. Majlis diakhiri dengan jamuan makan, penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka dan hadiah cabutan bertuah.


WARGA PENDIDIK SKTPP2


BACAAN DOA

UCAPAN TUAN GURU BESAR SKTPP2, EN. KAMSANI BIN SAHLAN
IKRAR DAN NYANYIAN

"Semoga warga pendidik SKTPP2 sentiasa menjadi pendidik yang cemerlang dan berdedikasi"

SELAMAT HARI GURU 2013
Share:

2 comments:

izyani mistar said...

Sgt happening!

izyani mistar said...
This comment has been removed by the author.

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts