JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

SEKITAR SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK 2013


Latar Belakang

Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Merekalah yang bakal menjadi teraju pada masa hadapan. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kita meraikan mereka dengan menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah merupakan satu acara wajib dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-kanak Sedunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman di kalangan Kanak-kanak seluruh dunia.

Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah disambut pada mana-mana hari dalam bulan Oktober.



Objektif

Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi Kanak-kanak. Dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan Kanak-kanak di Malaysia. Memilih Tokoh Kanak-kanak peringkat sekolah sebagai satu perangsang untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek. Menanam dan menyuburkan kesedaran murid-murid tentang hak-hak mereka. Memberikan kegembiraan kepada Kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak.











Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts