Kepada,
IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,
PROGRAM TEMU MURNI GURU-GURU TAHUN 6 BERSAMA IBU
BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 6
KALI PERTAMA 2014
KALI PERTAMA 2014
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa perjumpaan
bersama semua ibu bapa/ penjaga murid tahun 6 dan guru-guru tahun 6/2014 akan
diadakan pada 21 Mac 2014 (Jumaat)
iaitu pada pukul 10.50 pagi hingga 12.20 tengah hari bertempat
di Dewan Terbuka. Program Temu Murni
ini diadakan untuk:
2.1) Konsultasi
dua hala antara ibu bapa dan guru berdasarkan pencapaian murid.
2.2) Bersama-sama
menyelesaikan masalah dan disiplin anak anda dalam konteks
pembelajaran.
pembelajaran.
3. Sesi pembelajaran dan pengajaran akan berjalan seperti biasa
sebelum majlis bermula. Semua murid juga telah diminta untuk membawa buku
latihan subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains). Ibu
bapa/ penjaga yang hadir akan dibenarkan
membawa pulang anak di bawah jagaan masing-masing setelah selesai konsultasi.
Sekian, untuk makluman.
No comments:
Post a Comment