Majlis pelancaran Frog VLE peringkat sekolah SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan pada 23 Jun 2014 pada hari Isnin. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn.Norlela bt Hashim (PK HEM) untuk sesi pagi dan Pn. Azlimariah bt Arifin (PK Petang ) untuk sesi petang. Majlis ini telah dijayakan oleh Unit ICT SK Taman Putra Perdana 2. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat untuk menjayakan majlis ini.
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.
Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.
Frog Student Champions SK Taman Putra Perdana 2 terdiri daripada:
a) AKMALEA INSYIRAH BINTI AZIZUL
b) IRFAN HAZIQ BIN AMEROL HAMZAH
c) LEIA SUSANNAH BT HAIRUNNIZAM
d) MUHAMMAD ADAM SYAHMI BIN MD SAYUTI
No comments:
Post a Comment