Kepada,
IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 5
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,
PROGRAM ZOOM A 2015
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua murid Tahun 5 adalah digalakkan untuk menyertai Program Zoom A (subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) yang juga merupakan salah satu program bagi peningkatan akademik murid Tahun 6 2015 dengan bayaran pendaftaran berjumlah RM20.00 setahun. Bayaran perlu diserahkan kepada guru kelas pada atau selewat-lewatnya 5 November 2014 (Rabu). ID/Kata Laluan akan diserahkan kepada murid melalui guru kelas masing-masing kemudian.
3. Capaian internet diperlukan jika tuan/ puan menggunakan program tersebut di rumah.
4. Pihak sekolah berharap program di atas dapat membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran anak-anak Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk persediaan UPSR 2015.
Sekian, untuk makluman.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
No comments:
Post a Comment