JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

HARI ORIENTASI TAHUN 1


SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 pada pada 14 November 2015 bersamaan hari sabtu. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada bakal murid Tahun 1 sesi 2016 merasai suasana sebenar alam persekolahan yang bakal ditempuh. Ia juga memberi peluang kepada mereka untuk mengenali guru-guru, rakan-rakan dan persekitaran sekolah. Pogram ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid melalui ujian diagnostik yang dijalankan serta memudahkan pengurusan kelas. Berikut merupakan tentatif program Hari Orientasi Tahun 1 yang telah dijalankan:-


TENTATIF HARI ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2016


TARIKH         :           14 November 2015  ( Sabtu )
            MASA             :         8.00 pagi – 12.00  tengah hari


Masa
Aktiviti

7.45 pagi

- Kehadiran ibu/bapa/penjaga bersama murid- murid Tahun 1    
2016.
- Murid – murid beratur mengikut kelas yang telah ditetapkan 
  (mengikut papan tanda kelas) di tapak perhimpunan.


8.00 pagi
 hingga
8.15 pagi.

- Murid- murid berhimpun di dataran perhimpunan.
- Nyanyian lagu :
                            -Negaraku
                            -Negeri Selangor
- Bacaan doa ( Ustaz Ramdani bin Mohd Suhud )


8.15 pagi
hingga
11.30 pagi


-Murid – murid bergerak ke kelas untuk Ujian Diagnostik bagi mata 
 pelajaran:
                 - Bahasa Malaysia
                 - Matematik
                 -Bahasa Inggeris


8.15 pagi
hingga
9.30 pagi

- Ibu/bapa/penjaga bergerak ke dewan terbuka untuk taklimat am
  dan disiplin.
                      -Kata – kata aluan pengerusi majlis
                      -Ucapan Guru besar
                      -Taklimat am dan disiplin oleh Penolong Kanan


9.30 pagi
 hingga
11.30 pagi

- Ibu/bapa/penjaga bergerak ke tempat – tempat yang telah  
  ditetapkan untuk mengambil:
- tanda nama     
- baju Pendidikan Jasmani (PJ)                   
- folder peribadi murid
- buku teks(kaunter di hadapan bilik SPBT)

12.00 tengah hari
Bersurai









































SUASANA SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG


Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik


sebahagian daripada pemeriksa kertas


pendaftaran

bacaan doa oleh Ustaz Ramdani b. Mohd Suhud

Pengacara Majlis

Murid-murid bergerak ke kelas

Ibu bapa / penjaga mengambil Tanda ama, Baju PJ dan Fail Peribadi 
Ibu bapa/penjaga mengambil buku teks
Ucapan aluan daripada Penolong Kanan HEM

Ujian Diagnostik sedang dijalankan

Ucapan aluan daripada Tuan Guru Besar


Antara ibu bapa/penjaga yang hadir

Murid-murid Tahun 1 sesi 2016

Pengacara Majlis




Share:

1 comment:

Suhairy said...

Salam.boleh saya tau buku latihan bila boleh dibeli?

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts