JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-42 (Sesi Pagi)

Tarikh   : 14 November 2016
Hari      : Isnin
Masa    : 7.30 pagi - 8.30 pagi

Perhimpunan pada pagi ini dikendalikan oleh Puan Nur Leen binti Ismail selaku ketua guru bertugas dengan dibantu oleh rakan-rakan guru bertugas yang lain dan beberapa orang pengawas. Guru bertugas untuk minggu ini adalah Puan Nur Leen binti Ismail, Cik Farah Hanis binti Ramli, Puan Norizan binti Isa, Ustazah Syarifah binti Sulaiman, Encik Yusoff dan Encik Ezol Fitri

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar rukun negara, ikrar murid dan ucapan guru bertugas. Dalam ucapannya, guru bertugas menyentuh mengenai tema minggu ini yang berkaitan dengan kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran. Murid-murid juga diberi penerangan tentang bahaya merokok dalam Slot 5 minit bebas dadah.

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan anjuran Panitia Bahasa Melayu bekerjasama dengan PSS turut diadakan. Pemain-pemain bola baling lelaki dan perempuan dalam KATMO MSSS turut menerima sijil penghargaan dalam perhimpunan pagi ini. Tidak ketinggalan pemain-pemain bola sepak juga turut menerima sijil penghargaan masing-masing.

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan Tuan Guru Besar, Encik Kamsani bin Sahlan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan agar murid-murid menghormati guru-guru kerana kejayaan seseorang murid berkait rapat dengan keberkatan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru terhadap murid-muridnya.












     

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts