Menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya Amalan Guru Penyayang diterapkan di semua sekolah di Malaysia, berbekalkan semangat tersebut, kami warga SK Taman Putra Perdana 2 seawal jam 6.30 pagi telah menyambut kehadiran murid-murid di pintu pagar utama. Dengan bantuan Pengawal Keselamatan, Puan Zabedah dan Encik Kasmani yang banyak membantu memberi penerangan kepada ibu bapa dan menjaga keadaan lalulintas yang agak sibuk pada waktu itu.
Semangat yang membara untuk memulakan sesi persekolahan baharu untuk sesi 2017 bukan sahaja dirasai oleh murid-murid, malah guru-guru juga berasa teruja untuk menyambut kehadiran murid-murid di sekolah pagi ini. Pihak sekolah sangat berharap agar semangat ini akan terus berkobar sehingga ke penghujung sesi persekolahan 2017 kelak.
Antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan sepanjang hari ini:
|
Seawal jam 6.30 pagi, ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah |
|
Keterujaan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah |
|
Dengan bantuan cahaya lampu, menyambut kehadiran murid dengan senyuman yang tidak lekang di wajah |
|
Huluran tangan disambut dengan penuh kasih sayang |
|
Barisan guru penyayang ditemani oleh Tuan Guru Besar yang baharu sahaja berpindah ke SKTTP 2, En Zanuddin bin Sanuan |
|
Guru-guru sesi petang juga bersama-sama menghantar kepulangan murid di pintu pagar utama |
|
Pemantauan hari pertama persekolahan oleh Encik Nazri dari JNJK.
Terima kasih atas kerjasama semua guru dalam merealisasikan matlamat dan komitmen sekolah untuk mewujudkan guru dan sekolah yang penyayang. TAHNIAH diucapkan kepada semua.
|
No comments:
Post a Comment