JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (18) SESI PAGI (8 MEI 2017)

Assalamualaikum wrm. wbt dan selamat sejahtera...

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Wan Marhaini Bt Wan Muhammad yang memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Guru bertugas pada minggu ini:

1. Pn. Wan Marhaini Bt Wan Muhammad
2. Pn. Nor Aisyah Bt Zulkifli
3. Pn. Siti Nora bt Md Ahyar
4. En. Md. Suhaidi bin Md.Sabar
5. Pn. Noraslinda Bt Rahmat
6. Pn. Rahayu bt Ghani
7. Pn. Noraziah bt Ali

Klip Minggu ke-18

 Ucapan Guru Bertugas :


 Guru bertugas menyampaikan ucapan tentang tema pada minggu ini iaitu 'gejala sosial'.
 1. Murid-murid diberi penerangan ringkas tentang:
          -Maksud gejala sosial.
          -Jenis-jenis gejala sosial (antaranya buli, vandalisme, ponteng sekolah).
          -Cara menangani gejala sosial (didikan agama, disiplin diri dan berjumpa guru kaunseling)

 2. Murid-murid turut mendengar tentang 5 minit bersama Program Pencegahan Anti Dadah.

Ucapan guru bertugas

Promosi Biasiswa Dari Yeo's - Cik Wawarah Bt Saipudin 



Penerangan dari Cik Wawarah
Cara mendapatkan biasiswa :
1. Murid dikehendaki menulis karangan Hidup Sihat Dengan Minuman Yeo's (tidak lebih 150 patah perkataan) 
2. Borang penyertaan boleh diambil dari Puan Shahiza (Guru PSS).
3. Kepilkan 6 potongan kotak minuman Yeo's bagi setiap karangan. 
4. Masukkan (borang penyertaan + karangan + 6 potongan kotak minuman Yeo's) ke dalam kotak kuning Yeo's yang disediakan    di PSS. 
5. Selain biasiswa, hadiah-hadiah dari BoBoiboy juga menanti murid-murid. 


 Ucapan dari Pn. Norhafiza Ismail (Guru Bimbingan & Kaunseling) 

Sempena sambutan Hari Guru 2017 yang akan datang, Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) akan memberi penghargaan kepada guru-guru penyayang melalui pemilihan/undian yang dibuat oleh murid. 

Ucapan dari Puan Hafiza (Guru B&K)


Ucapan dari Puan Aliza (Guru Pengawas) 


Alat mainan fidget hand spinner  telah menjadi tular di sekolah sejak 2 minggu lalu. Murid-murid telah membelinya dengan harga yang agak mahal (rm20-rm120). Ia telah mengganggu tumpuan murid belajar dan guru mengajar.
Spinner ini digunakan oleh guru-guru yang mengajar murid berkeperluan khas (MBK) supaya murid-murid dapat dikawal. Oleh kerana di SKTPP2 tiada murid MBK, maka ia menjadi satu kesalahan jika spinner ini dibawa ke sekolah. Sekiranya murid didapati membawa spinner ini, maka ia akan dirampas dan TIDAK AKAN DIPULANGKAN..


 Pelancaran Tabung Surau Mengikut Kelas.

Pelancaran Tabung Surau Mengikut Kelas telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTPP2, Encik Zanuddin Bin Sanuan. Ini bertujuan untuk mengutip dana bagi menyiapkan surau sekolah bagi kegunaan murid-murid SKTPP2. Setiap hari, ketua kelas atau penolong ketua kelas akan mengambil sendiri tabung surau tersebut dari Ustazah Salina untuk diagihkan kepada kelas masing-masing. Dengan sumbangan/derma ikhlas dari pihak ibu bapa, adalah diharapkan surau sekolah dapat disiapkan sepenuhnya, In shaa Allah...

Guru Besar merasmikan Pelancaran Tabung Surau







Sekian..Terima kasih..
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts