JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 35 ( SESI PETANG )

MINGGU 35 

25.9.2017 HINGGA 29.9.2017

 Perhimpunan rasmi Isnin, 25 September 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Wakil guru bertugas, Cikgu Mazliyana Amalina Binti Mazlin mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari . Guru bertugas menyampaikan ucapan berkaitan tajuk Perhimpunan Minggu ke 35 " Adab dan Budaya -Pakaian". Guru bertugas turut membaca senarai guru yang bertugas pada minggu tersebut. Berikut merupakan guru yang bertugas:

1. Cik Mazliyana Amalina Binti Mazlin (Ketua)
2. Puan Mawaddah Binti Shamsudin
3. Puan Suriayati Binti Sulaikhan
4. Puan Raslinda Binti Hassan
5. Puan Juslinda Binti Bakar
6. En. Ezol Fitri Bin Ahmad Muniran






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MINGGU BAHASA INGGERIS

Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh Pn Nor Atiqah Binti Nasaruddin kepada para pemenang sempena minggu Bahasa Inggeris 2017.








UCAPAN PK PETANG (PN FAUZIAH BINTI SALEHODDIN)

Pn Fauziah  memberi peringatan kepada murid tentang disiplin dan tingkah laku murid. Beliau juga menekankan kepada semua murid tentang aspek kebersihan kelas dan keperluan mengemas kelas sebelum pulang ke rumah masing-masing. 

PENUTUP

Dengan berakhirnya ucapan daripada Pk Petang, maka berakhirlah perhimpunan pada petang tersebut. Murid-murid diarahkan beratur dalam barisan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.







Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts