JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN SAMBUTAN HARI LAHIR

Amalan Guru Penyayang
Sambutan Hari Lahir APRIL

Makluman kepada ibu bapa / penjaga bahawa Jawatankuasa Guru Penyayang dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dan Persatuan Ibu bapa/penjaga bersama barisan guru-guru akan mengadakan sambutan hari lahir kepada semua murid yang lahir sepanjang bulan APRIL pada JUMAAT (27 April 2018). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sekiranya terdapat ibu bapa dan penjaga yang ingin memberikan sumbangan juga, bolehlah berbuat demikian dengan mengirimkan kepada anak-anak, berhubung dengan saya sendiri di talian 012-6301246 selaku penyelaras program atau dengan guru kelas anak masing-masing.

Kami para guru di sekolah cuba untuk merealisasikan impian anak-anak kecil untuk menyambut hari lahir bersama kawan-kawan di sekolah. Moga ukhwah yang terjalin antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat memberikan kebaikan dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Harapan kami agar sambutan akan datang lebih meriah dengan sumbangan-sumbangan yang diberikan.

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA SEMUA MURID YANG DILAHIRKAN SEPANJANG BULAN APRIL.

Senarai nama murid yang lahir sepanjang bulan APRIL

Senarai nama murid untuk Tahap 2

Senarai nama murid untuk Tahap 1
 Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts