JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI (4/3/2019)

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian:

1) lagu Negaraku
2) lagu negeri Selangor
3) lagu sekolah

Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas bertugas,

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas, Pn. Nurhidayahni, berkenaan adab berinteraksi. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa bercakap dengan sopan dengan sesiapa sahaja terutamanya ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Guru bertugas juga mengingatkan murid untuk membawa bekalan air mineral secukupnya dari rumah memandangkan cuaca yang semakin panas.

Guru bertugas mingguan:
1) Pn. Nurhidayahni
2) Pn. Murnei
3) Pn. Nur Hafizah
4) Pn. Nadhrah
5) Pn. Norshahiza
6) Cik Siti Mushrifah
7) En. Mohd Fikri

Selain itu, pengumuman berkenaan latihan sukantara mengikut tahun mulai hari Selasa (5/3/19) sehingga hari Khamis (7/3/19).


Pn. Nurhidayahni selaku ketua guru bertugas mingguan.


Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Karnival Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019 kepada murid-murid yang terlibat.


Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dengan Karnival Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019.


Seterusnya merupakan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HANIS) 2019.


Pn. Norshahiza selaku penyelaras menyampaikan ucapan aluan.


En. Zanuddin, Guru Besar SKTPP2, menyampaikan ucapan perasmian.


Perasmian Hari Nilam Selangor (HANIS) 2019 oleh Tuan Guru Besar dengan diiringi PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum.


Adik Sharifah Husna, 5UM, mendeklamasikan syair sempena pelancaran program.




Aktiviti membaca selama 5 minit.


Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts