JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS SAMBUTAN HARI JALINAN MESRA KOKURIKULUM SKTPP2 2019

Majlis Sambutan Hari Jalinan Mesra Kokurikulum SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan pada 14 Jun 2019, Hari Jumaat, bermula dari pukul 7.20 pagi hingga 12.20 tengah hari bertemakan P.Ramlee.

Murid-murid berkumpul di dewan terbuka dan dataran perhimpunan pada pukul 7.20 pagi. Murid-murid menyerahkan makanan yang dibawa ke khemah yang ditetapkan sebelum beratur dalam barisan kelas mereka.


Majlis bermula pada pukul 8 pagi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, Puan Nor Anis binti Suhaimi sebelum diteruskan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Zainurin bin Md Yasn dan Guru Besar SKTPP2, Encik Zanuddin bin Sanuan. Ucapan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG SKTPP2.


Majlis diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan guru-guru SKTPP2.





Murid-murid, para guru, kakitangan sekolah dan wakil PIBG sekolah disajikan dengan makanan yang disediakan serta makanan yang dibawa oleh mereka.




2 pertandingan juga dipertandingkan pada majlis tersebut.
1) Pertandingan pakaian terbaik mengikut tema
2) Pertandingan menganyam ketupat


 Sesi penyampaian hadiah bagi kedua-dua pertandingan diadakan pada pukul 11.20 pagi.




Majlis berakhir pada pukul 12.20 tengah hari.
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts