JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM IHYA' RAMADAN 1444H SKTPP2

    Pada 31 Mac 2023 bersamaan hari Jumaat yang mulia, satu program yang dirancang oleh Panitia Pendidikan Islam telah dilaksanakan, iaitu Program Ihya' Ramadan 1444H peringkat SK Taman Putra Perdana 2. Program ini telah berlangsung di dataran perhimpunan dan dewan terbuka.

    Tepat jam 7.50 pagi, majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah yang telah diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Shafie Bin Muhammad.  Selepas bacaan Yasin, kesemua 800 nama arwah yang telah diberikan oleh warga SKTPP2 melibatkan ibu bapa dan guru-guru telah diselitkan bersama-sama dalam bacaan doa arwah.

    Majlis bacaan Yasin tamat tepat pada jam 9.00 pagi.  Majlis diteruskan dengan Pelancaran Program Ihya' Ramadan yang bertempat di Dewan Terbuka SKTPP2.  Murid-murid digerakkan dari dataran perhimpunan ke dewan terbuka dengan bantuan semua guru.  Guru Besar memberikan pujian dalam ucapannya bahawa pergerakan murid dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan mengambil masa hanya 10 minit.

    Majlis di dewan terbuka diambil alih oleh pengacara majlis, iaitu Al Fadhil Ustaz Ahmad Syazwan Bin Armi.  Beliau memulakan majlis dengan menjemput Penyelaras Program, iaitu Ustazah Siti Norasyeqah Binti Besar untuk menyampaikan ucapan aluan.

    Selesai ucapan Penyelaras Program, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar, Encik Zanuddin Bin Sanuan.  Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berpuasa.  Beliau turut memberi peringatan kepada murid-murid untuk menjaga keselamatan diri terutamanya apabila hari raya yang bakal menjelang.  Akhir ucapan beliau, telah diingatkan kepada murid-murid untuk tidak membawa bahan letupan seperti mercun ke sekolah dan tindakan tegas boleh diambil sekiranya ada murid yang ingkar dengan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.

    Majlis beranjak maju dengan ucapan daripada Yang Dipertua PIBG SKTPP2, Dr. Idris Bin Hussain.  Beliau menyatakan hasrat kepada semua murid agar menjadi murid yang baik kerana apabila sudah baik maka akan membawa kepada kecerdikan yang mapan sebagaimana kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini.  Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan merasmikan Program Ihya' Ramadan 1444H SKTPP2.

    Tepat jam 9.50 pagi, majlis diteruskan dengan gimik perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG bersama-sama dengan Tuan Guru Besar serta barisan pentadbir yang lain.  Gimik yang telah disediakan sangat unik dan menarik.

    Majlis bertambah meriah apabila para guru dan murid dipertontonkan dengan persembahan bercerita yang luar biasa.  Bakat terpendam bercerita ini telah ditonjolkan oleh adik Qaireen melalui ceritanya yang bertajuk "Tiket ke Syurga".  Majlis semakin rancak apabila para penonton dipersembahkan dengan dua persembahan, iaitu nyanyian duet dan nyanyian berkumpulan.  Nyanyian duet diwakili oleh adik Hani Safeeya dan adik Fatini dengan lagunya Ramadan Tiba manakala nyanyian berkumpulan diwakili oleh murid-murid Tahun 4 dan 5 dengan lagunya yang bertajuk Rahmatan Lil A'lamin.  

    Atur cara majlis diteruskan dengan sedikit tazkirah yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Razis Bin Md. Shainisi.  Beliau memberikan tazkirah berkaitan Neraka Jahannam, amalan berpuasa serta tatacara untuk menjadi seorang murid yang baik.  Setiap kalam takzirahnya disertakan dengan alunan bacaan Al Quran yang turut dibacakan bersama-sama dengan murid-murid SKTPP2.  Perkongsian yang telah diberikan oleh beliau sangat bermanfaat dan menikam kalbu warga SKTPP2.

    Tazkirah tamat tepat pada jam 11.10 pagi.  Atur cara majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Mohd. Razis Bin Shainisi yang telah disempurnakan oleh Puan Zulastri Binti Mohd. Zahidi, PK Pentadbiran SKTPP2.  Selesai penyampaian cenderamata, majlis diserahkan kepada Unit Disiplin untuk pergerakan naik ke kelas.

    Akhirnya, Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan YDP PIBG atas kesudian melapangkan masa dalam program ini.  Ribuan apresiasi kepada barisan pentadbir yang memberikan peluang dan saranan untuk pelaksanaan program ini dari awal hingga akhir.  Terima kasih juga kepada semua guru yang telah bersama-sama menjayakan program ini.  Tidak lupa juga kepada anak-anak didik yang mempamerkan tingkah laku yang sangat baik sepanjang program berlangsung.  Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


 Laporan Disediakan Oleh,

 SITI NORASYEQAH BINTI BESAR
 Penyelaras Program Ihya' Ramadan 1444H,
 SKTPP2.


LAMPIRAN BERGAMBAR 

Rajah 1 YDP PIBG bersama-sama dengan barisan pentadbir SKTPP2


Rajah 2 Barisan guru yang turut serta dalam Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah

Rajah 3 Bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Ustaz Mohd. Shafie Bin Muhammad


Rajah 4 Lautan murid yang memberikan tumpuan semasa bacaan Yasin berlangsung


Rajah 5 Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan diketuai oleh Ustaz Ahmad Syazwan Bin Armi


Rajah 6 YDP PIBG bersama-sama dengan barisan pentadbir SKTPP2


Rajah 7 Murid-murid bersedia untuk Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan 1444H


Rajah 8 Ucapan Penyelaras Program, Ustazah Siti Norasyeqah Binti Besar


Rajah 9 Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Zanuddin Bin Sanuan


Rajah 10 Ucapan Perasmian oleh Dr. Idris Bin Hussain


Rajah 11 Sesi bergambar antara YDP PIBG, barisan pentadbir bersama-sama dengan 
guru-guru Panitia Pendidikan Islam


Rajah 12 Situasi Gimik Perasmian


Rajah 13 Adik Qaireen dengan bakat bercerita yang sangat luar biasa


Rajah 14 Persembahan duet oleh adik Hani Safeeya dengan adik Fatini


Rajah 15 Persembahan berkumpulan murid Tahun 4 dan 5 dengan lagu 
Rahmatan Lil A'lamin


Rajah 16 Tazkirah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd. Razis Bin Md. Shainisi


Rajah 17 Penyampaian cenderamata oleh Puan Zulastri kepada Ustaz Mohd. Razis


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts